Memaparkan catatan dengan label Akidah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Akidah. Papar semua catatan

Jumaat, 13 November 2015

Syurga Itu Benar Dan Neraka Itu Juga Benar


Saya berusaha untuk memisahkan mereka dengn kesemua catatan blog-blog saya apabila ternyata mereka masih memerlukan pendapatan dari riba kerana masih enggan menyatakan dengan jelas kepada masyarakat pemodal yahudi dan nasrani bahawa mereka tidak boleh berniaga dengan modal dan keuntungan dari riba.


'Siapakah 'mereka' yang dikau maksudkan itu tatkala guru-gurumu adalah wanita muslimin yang semakin dekat bersifat mukminah ya penulisku?' 


Saya tidak tahu kerana keashikkan menulis membuatkan saya tidak memberi perhatian kepada perkara yang berada di luar lingkaran aktiviti menulis saya.


'Mereka mahu membuatkan dikau terhalang dari menulis dengan pelbagai aktiviti pembelajaran kerana mereka tahu kelemahan untuk membuatkan dikau berasa rendah diri adalah dengan menuntut perhatianmu untuk tidak menjadi pelajar tercorot di dalam kelasmu.' 


Biarlah. Saya tidak ambil hati kerana saya tidak memilih untuk menjadi pelajar terbaik setelah anak gadis saya dengan sepenuh hati ingin menggalas kelemahan diri saya di dalam pelajaran.


'Bagaimanakah upaya membuatkan kamu berasa terkecewa wahai penulisku?' 


Siapakah yang tidak basah apabila mandi? 

Siapakah yang tidak panas jika berhampiran dengan api?

Siapakah yang tidak menggigil jika berada di tempat yang sejuk?

Siapakah yang tidak tertawa jika sedang gembira?

Siapakah yang tidak menangis jika sedang bersedih?

Siapakah?



Begini sahajalah. 

Jika 'mereka' sukar menyatakan kepada rakan pelaburannya bahawa riba itu punca kemunduran peradabannya walau dipacu dengan ketinggian teknologi, biarlah sahaja saya menyatakan bahawa   الجنة حق و النار حق   

Tadabburkan ayat 148- 176 dari surah An-Nisa’ berulang kali kerana menjadi Haq Al-Haq yang menjadi saksi ke atas setiap yang telah diperlakukan ke atas kelian.

148: Allah tidak menyukai perkataan buruk yang diucapkan secara berterus terang kecuali oleh ORANG YANG DIZALIMI.

Mengapa? Kerana Allah Maha Mendengar Maha Mengetahui.



149: Jika kamu menyatakan sesuatu kebajikan, menyembunyikanya atau memaafkan sesuatu kesalahan orang lain sesungguhnya Allah Maha Pemaaf , Maha Berkuasa.


150: Sesungguhnya orang-orang yang ingkar kepada Allah dan rasul-rasulNya dan bermaksud membeza-bezakan keimanan kepada Allah dan rasul-rasulNya dengan berkata: 

 ‘Kami beriman kepada sebahagian dan kami mengingkari sebahagian yang lain,’ oleh niat untuk mengambil jalan tengah (untuk beriman atau kafir)


151: Merekalah orang-orang kafir yang sebenarnya. Dan Kami menyediakan untuk orang-orang kafir itu azab yang menghinakan.


152: Adapun orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasulNya tidak membeza-bezakan di antara rasul-rasul, kelak Allah akan memberikan mereka pahala. 
Allah Maha Pegampun, Allah Maha Penyayang.


153: Ahli Kitab meminta Rasulullah sallallah hu alaihiwassalam agar menurunkan kitab dari langit kepada mereka. Sesungguhnya mereka juga telah meminta lebih besar dari itu. Mereka berkata:

’ Perlihatkan Allah kepada kami secara nyata.’ MEREKA DISAMBAR PETIR KERANA KEZALIMAN MEREKA. Kemudian mereka menyembah anak sapi (yakni patung anak lembu yang diperbuat dari emas untuk disembah) walaupun setelah dilihat bukti-bukti yang nyata, namun demikian Allah memaafkan mereka dan telah Kami berikan kepada Musa kekuasaan yang nyata.


154: Dan Kami angkat gunung (Sinai) di atas mereka bagi menguatkan perjanjian mereka. Dan Kami perintahkan mereka,’ Masuklah pintu gerbang (Baitumuqaddis) itu sambil bersujud,’ dan Kami perintahkan kepada mereka, Janganlah kamu melanggar peraturan mengenai hari Sabat. Dan Kami telah mengambil dari mereka perjanjian yang kukuh.


155: Maka (Kami hukum mereka – oleh sambaran petir dan menjelmakan mereka sebagai kera) kerana:

MELANGGAR PERJANJIAN.

KERANA KEKAFIRAN KE ATAS KETERANGAN-KETERANGAN ALLAH.

KERANA MEREKA TELAH MEMBUNUH NABI-NABI TANPA HAK.

KERANA MEREKA MENGATAKAN ‘HATI KAMI TERTUTUP’.

Sebenarnya Allah telah mengunci hati mereka kerana kekafirannya kerana itu hanya sebahagian kecil dari mereka yang beriman.


156: Dan (Kami hukum mereka) kerana KEKAFIRAN MEREKA TERHADAP NABI ISA dan TUDUHAN KEJI MEREKA TERHADAP MARYAM.
(TUDUHAN KEJI ITU IALAH NABI ISA LAHIR SEBAGAI ANAK HARAM KERANA IBUNYA HAMIL KETIKA SEDANG HAIDH DAN DISELIMUTI OLEH ROH ESAU. NABI ISA ADALAH SEORANG YANG GILA, PENYEBAR KHURAFAT YANG MENYESATKAN UMMAT MANUSIA KERANA ITU DIA DISALIB, DIBENAMKAN KE DALAM NERAKA DAN DIJADIKAN BERHALA AGAR DISEMBAH OLEH PENGIKUTNYA.)

157: Dan (Kami hukum mereka) kerana ucapan mereka:

SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MEMBUNUH AL-MASIH, ISA PUTRA MARYAM, RASUL ALLAH.

Pada hal mereka TIDAK membunuh Nabi Isa dan TIDAK menyalibnya TETAPI (yang mereka bunuh adalah) seorang yang dimiripkan dengan Nabi Isa. 

Sesungguhnya mereka yang berseliseh pendapat tentang pembunuhan Nabi Isa selalu berada di dalam keraguan tentang pembunuhan ini.

Mereka benar-benar tidak tahu (siapakah sebenarnya yang telah dibunuh itu) melainkan menurut persangkakan sahaja kerana tidak yakin telah membunuh Nabi Isa.


158: Tetapi Allah telah mengangkat  Nabi Isa alaihissalam ke hadiratNya. Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana.


159: Tidak ada seorang pun di antara Ahli Kitab yang tidak beriman kepada Nabi Isa menjelang kewafatannya- (Orang yahudi dan nasrani akan beriman kepada Nabi Isa sebelum baginda wafat kerana mengakui Nabi Isa bukan anak Allah tetapi adalah rasul Allah.)
Dan pada hari kiamat Nabi Isa akan menjadi saksi mereka.


160: Kerana kezaliman orang-orang yahudi, Allah HARAMKAN bagi mereka makanan-makanan yang baik-baik (pada zaman itu) yang pernah dihalalkan buat mereka dan kerana (orang yahudi) sering menghalang (orang lain) dari jalan Allah.


161: DAN KERANA MEREKA MENGAMALKAN RIBA, PADA HAL SESUNGGUHNYA MEREKA TELAH DILARANG DARI RIBA.

DAN KERANA MEREKA MEMAKAN HARTA ORANG LAIN SECARA TIDAK SAH YAKNI SECARA BATIL.

Dan Allah menyediakan untuk orang-orang kafir di antara mereka azab yang pedih.


162: Tetapi orang-orang yang ilmunya mendalam di antara mereka dan orang-orang yang beriman, mereka beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepadamu (ya Muhammad) dan kepada (kitab-kitab) yang diturunkan sebelummu, begitu pula mereka yang mengerjakan solat dan membayar zakat dan beriman kepada Allah dan hari akhirat. 

Allah akan memberikan pahala yang besar kepada mereka.


163: Sesungguhnya Kami mewahyukan kepadamu (ya Muhammad) sebagaimana Kami telah mewahyukan kepada Nabi Nuh dan nabi-nabi setelahnya dan Kami telah mewahyukan kepada Ibrahim,  Ismail, Ishak, Yaakub, dan anak cucunya Isa, Ayyub, Yunus, Harun dan Sulaiman.
Dan Kami telah memberikan zabur kepada Daud.


164: Dan ada beberapa rasul yang telah Kami kisahkan mereka kepadamu sebelumnyadan ada beberapa orang rasul lain yang tidak Kami kisahkan mereka kepadamu. Dan kepada Musa, Allah berfirman secara lansung.


165: Rasul-rasul itu adalah sebagai pembawa berita gembira dan pemberi peringatan agar tidak ada alasan bagi manusia untuk membantah Allah setelah rasul-rasul diutus. Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana.


166: Tetapi Allah menjadi saksi atas (Al-Quran) yang diturunkanNya kepadamu (ya Muhammad). Dia menurunkannya dengan ilmuNya dan para malaikat pun menyaksikan. Dan cukuplah Allah menjadi saksi.


167: Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan menghalang orang lain dari jalan Allah, benar-benar telah sesat sejauh-jauhnya.


168: Sesungguhnya orang-orang yang kafirdan melakukan kezaliman, Allah tidak akan mengampuni mereka dan tidak pula akan menunjukkan kepada mereka jalan (yang lurus).


169: Kecuali jalan ke neraka Jahanam, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Dan hal itu (sangat) mudah bagi Allah.

(Anda wajar memahami seruan dakwah ini yang mahukan anda tidak berada di dalam neraka tanpa meminta harta dan wang anda)


170: Wahai manusia! Sungguh telah datang Rasul (Muhammad sallallah hu alaihiwassalam) kepadamu dengan membawa kebenaran dari Tuhanmu, maka berimanlah kepadaNya, itu lebih baik buatmu.

Dan jika kamu kafir (itu tidak merugikan Allah sedikit pun) kerana sesungguhya milik Allahlah apa yang ada di langit dan di bumi. Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana.



171: Wahai Ahli Kitab!Janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu, dan janganlah kami mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar.

Sungguh, Al-Masih Isa anak lelaki Maryam itu adalah utusan Allah dan (yang diciptakan dengan) kalimatNya (tanpa bapa) yang disampaikanNya kepada Maryam dengan tiupan roh dariNya.

Maka berimanlah kepada Allah dan rasul-rasulNya.

Dan janganlah kamu mengatakan, ‘Tuhan itu) tiga. Berhentilah dari ucapan ini.

Itu lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Esa. Mahasuci Dia dari anggapan mempunyai anak.

Milik Allahlah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan cukuplah Allah sebagai pelindung.


171: Al-Masih sama sekali tidak ingkar menjadi hamba Allah dan begitulah pula para malaikat yang terdekat kepada Allah (Jibrail, Mikail dan Israfil).

Dan barang siapa enggan menyembahNya dan menyombongka diri maka Allah akan mengumpulkan mereka semua kepadaNya.



Jumaat, 12 Jun 2015

Akidah Sahih

Akidah bukan ideologi kerana ia merupakan sistem cara hidup.

Perkara ini yang masih tidak berdaya difahami oleh penganut agama lain apabila terlalu banyak masa dibazirkan untuk bermusuh dan membenci islam di benua barat, eropah juga asia selain di timur tengah sendiri. Ia juga dikesankan oleh tuntutan politik barat.


Akidah sebagai sistem pengurusan masih kurang diterjemahkan oleh kebanyakan negara di dunia islam.


Ahli waris di dalam institusi kekeluargaan islam hanya wujud dari pernikahan yang sah ijab, qabul dan penyaksiannya. 

Anak angkat yakni anak orang lain yang diambil menjadi anak sendiri tidak menjadi ahli waris kepada pewarisan harta kecuali apabila ia diwasiatkaan sebagai pemberian hadiah.


Ahli Waris tergolong kepada dua puluh lima status ke atas jenazah lelaki dan perempuan yakni dipecahkan kepada lima belas status untuk jenazah lelaki dan sepuluh status bagi jenazah perempuan. 

Dengan syarat yang sah ahli waris-ahli waris adalah terhad kepada bapa,ibu, anak lelaki, anak perempuan dan suami atau isteri.

Penyusunan Family Tree kepada saya amat wajar menyedari tentang perbezaan kaedah pemahaman nasab keluarga di kalangan pengguna muslim kerana ia bukan semata-mata sepohon jurai keturunan.

Family Tree wajar bersedia menambah pengetahuan bahawa anak-anak angkat yakni anak  yang bukan anak sendiri distatuskan sebagai orang asing pada sudut pentakrifan ahli waris.

Umpamanya apabila wujud ahli waris yang dilahirkan tanpa perkahwinan oleh perzinaan, apabila ahli waris menjadi  murtad yakni membebaskan dirinya yang muslim menjadi bukan muslim, ahli waris yang membunuh misalnya membunuh bapa atau ibu atau saudaranya yang lelaki mahu pun yang perempuan selain hamba yang dimiliki (zaman rasullullah sallallah hu alaihiwassallam serta para sahabat)


Perbezaan di antara cara penggabungan susunan ahli keluarga pelayar bukan muslim dengan pelayar yang muslim di Family Tree dan Geni mesti dijadikan sebagai sebahagian dari cara dan kaedah yang memberi pengetahuan kepada kita betapa pentingnya keluarga sebagai ahli terdekat untuk diberikan keutamaan penghargaan dan bantuan juga kasih sayang selain belas kasihan dan simpati apatah lagi jika mereka terdiri dari mereka yang perlu dibantu oleh kesusahan mereka.

Geni dot com berkesempatan membuka minda penggunanya dari kalangan masyarakat nasrani juga yahudi dan mereka yang bukan beragama samawi untuk memahami keintelektualan Nabi Muhammad sallallah hu alihiwassallam yang berpesan bahawa tidak boleh orang islam mewarisi orang kafir dan tidak pula orang kafir boleh mewarisi orang islam riwayat dari Bukhari dan Muslim.

Dengan kata lain harta bagi orang-orang nasrani tidak boleh diwarisi oleh orang yahudi, harta bagi orang islam tidak boleh diwarisi oleh orang nasrani dan begitulah seterusnya bagi hak penganut agama-agama yang lain.

Ini tidak bermakna wujud pendiskriminasian selain dari membezakan erti dan makna keluarga yang sah dengan rakan-rakan.


Selain itu apabila kami yakni pengguna muslim di geni dot com mengenali susunan ahli keluarga (nasab keturunan), kami berupaya menghindari pernikahan yang tidak sah dari syariah undang-undang keluarga islam oleh sifat semahram kerana wujud wanita-wanita yang diharamkan untuk dinikahi/dikahwini :

1- Isteri bapa yang telah ditalaki atau isteri bapa itu ditinggalkan kerana kematian bapa.

2- Ibunya sendiri yang termasuk neneknya di sebelah ibu dan bapa.

3- Anak perempuannya sendiri yang terdiri dari cucu-cicitnya dan yang sama taraf status.

4- Adik perempuan yang sekandung yakni sama ibu bapanya, adik perempuan seayah atau seibu.

5- Ibu saudaranya sendiri yakni adik beradik di sebelah bapa  yang sebapa atau seibu.

6- Ibu saudaranya sendiri dari pihak ibu (khalah - yakni adik beradik ibu yang sekandung, sebapa atau seibu).

7- Anak dari saudara lelakinya (anak saudara yakni anak abang/adiknya).

8- Anak dari saudara perempuannya (anak saudara yakni anak kakak/adiknya).

9- Anak dari hubungan susuan.

10-Ibu Mertua.

11-Anak perempuan kepada suami/isterinya (anak tiri).

12-Menantu  (isteri kepada anak lelaki yang mana perempuan itu bukan anak angkat).

13-Memperisterikan dua wanita yang sekandung pada satu masa.

14-Wanita yang bersuami.

15-Wanita musyrik jika dia tidak menerima islam sebelum berkahwin.

Selain itu muslimin tidak mengamalkan konsep perkahwinan Mutt'ah.

Sabtu, 7 Februari 2015

Kita Mahu Ke Syurga Atau Ke Mana?

Apabila tidak mempunyai rakan berbangsa yahudi kemungkinan besar kesemua pertanyaan yang terkumpul terbiar begitu sahaja apabila bangsa arab bukan lagi berada di dalam dekad jahiliah tatkala saya berada jauh dari tanah air.

"Dikau menafikan bangsa-bangsa lain?"

"Agama monoteisme umumnya dapat dicirikan oleh bangsa arab, yahudi, nasrani juga bangsa parsi. Bukan saya menafikan bangsa lain tetapi agama samawi berbeza dengan agama tabii."


Diam adalah cara terbaik untuk kami setakat ini dari semakin berbeza yang bermakna semakin bersalah faham yang pasti menyukarkan apabila saling berpandangan.

Menurut catatan Imam Bukhari dan Imam Muslim, "yang baik di masa jahiliahnya dan baik pada masa Islamnya apabila mereka mengerti syariat Islam."

Aqal untuk berfikir dengan pimpinan Al-Quran dan hadis bukan membebaskan fikiran tanpa sempadan. Namun apabila diminta supaya diam mungkin menulis sahaja pilihan yang terakhir yang ada kepadanya.


Lalu dicatatkan catatan ini tanpa tahu bangsa yang mana lebih layak ditujukan untuk menjawabnya.

Penegasan Al-Quran dari surah Bani Israel ayat 4 bermaksud:
"Dan telah Kami (Allah) tentukan kepada bani Israel di dalam kitab itu, sesungguhnya kamu akan merosakkan bumi dua kali,  dan kamu akan sombong dengan kesombongan yang besar."

Surah Bani Israel ayat 5 bermaksud:
"Maka apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) yang pertama dari (kejahatan) kedua itu, 
Kami (Allah) datangkan kepadamu hamba-hamba Kami (Allah) yang perkasa, lalu mereka bermaharajalela di kampung-kampung (pinggir-pinggir negeri/sempadan). Dan ketetapan itu pasti terlaksana/berlaku."

Surah Bani Israel ayat 6 bermaksud:
"Kemudian Kami (Allah) berikan kepadamu giliran untuk mengalahkan mereka. Kami (Allah) membantu kamu dengan harta kekayaan dan anak-anak dan Kami jadikan kamu kelompok yang lebih besar."


Dia tidak tahu jika cikgu-cikgu berbangsa arab saya yang berasa 'jauh hati' dengan semua ini tatkala saya tidak mempunyai rakan berbangsa yahudi dan parsi.


Adakah syariah yang diubah dari masa ke semasa oleh keimanan para ulamak menerusi ijtihad tidak wajar menjadi perkara yang dibenarkan berada pada lingkaran pelajar-pelajar muslim meskipun diketahui wujud pembelajaran perbandingan agama di kalangan pelajar dan pensyarah bukan muslim di universiti di negara yahudi dan nasrani?


"Justeru itu dikau menghala perhatianmu untuk menjejaki nasab kekeluargaanmu bagi melupakan perkara-perkara yang berada di dalam fikiranmu?"


Bersuara pula emosi sanubarinya yang paling dalam.


Untuk apakah nasab kekeluargaan nasab Nabi Ibrahim alaisalam dibaca bila kesempatan dan peluang pembaikan kesilapan kekal ditradiskan oleh sistem negara utama dunia yang mensasarkan keganasan ke atas muslim dan muslimat yang tidak bersalah di dalam isu-isu kemanusiaan?

Lalu pohon apa yang mahu ditandakan sebagai pohon keluarga manusia apabila tokoh keamanan dunia masih mengabaikan kaedah yang telah dinyatakan oleh peristiwa-peristiwa dari Al-Quran tatkala penguatkuasaan gereja pernah melakukan hukuman yang dijelaskan oleh Al-Quran tetapi hukum perundangan islam dan masyarakatnya diwar-warkan sebagai kejam pada zaman ini?

Ayat 33 dari Suarah Al-Ma'idah:
Sesungguhnya pembalasan terhadap orang yang memerangi Allah dan RasulNya (sallallah hu alaihiwasalam), dan yang membuat kerosakan di muka bumi hukumnya ialah :
1- Dibunuh
2- Disalib
3- Dipotong tangan dan kaki secara bersilang
4- Dibuang ke luar negara.

KECUALI APABILA MEREKA BERTAUBAT SEBELUM KAMU MENANGKAP MEREKA.

Pembuktian perundangan dari fikh islam tidak membunuh tanpa hak, perundangan islam tidak menyalib, perundangan islam tidak memotong tangan dan kaki secara bersilang semenjak berdirinya pemerintahan islam di Kota Mukmin Madinah Al-Munawarah di bawah pemerintahan Rasululullah sallallah hu alaihiwasalam dan Khalifah Ar-Rashidin.

Apabila memandang kepada pemerintahan pada dekad ini sebagai contoh , kekal Mesir tidak mengamalkan amalan demokrasi yang sihat apabila kesempatan untuk melihat modeul sebuah kerajaan islam dikhianati sebelum pindaan Perlembagaan Mesir dilakukan oleh perwakilan sah yang mewakili pengundi.

Tidakkah dunia telah dirugikan untuk melihat kesederhanaan Ikhwan Muslimin?

Projek pemimpin alaf baru juga dirugikan oleh minda yang tertutup untuk melihat kesederhanaan islam pada praktik pemerintahan.

Dana penajaan bagi kempen memberdayakan sistem pilihanraya dengan tujuan pengurusan ekonomi wajarkah menjadikan keselamatan sebagai cagarannya ke atas dunia muslim?

Apakah yang diingini oleh sesetengah pihak ke atas hubungan ukhuwwah islamiah muslimin sedunia?






Ahad, 16 November 2014

Generasi La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah

Hampir keseluruhan bulan-bulan di dalam tahun hijriah mengandungi peristiwa-peristiwa utama yang diceritakan di dalam Al-Quran pada sudut sejarah yang diberikan sorotan berfokus di dalam hadis Rasulullah sallallah hu alaihiwasalam.


Muharam misalnya adalah detik pertemuan bagi setiap permulaan yang sering didoakan oleh Kekasih ummah, Muhammad bin Abdullah sallallah hu alaihiwasalam pada purnama baru yang bersinar pada setiap permulaan bulan agar diperlihatkan kepada ummat manusia agar memperolehi keimanan, keselamatan, keislaman, ketenangan sakinah, keafiatan, rezeqi serta taufik hidayah dan apa sahaja yang Rabbul Jalil suka dan redhai (riwayat Atthabarani'an Ibnu Umar).


Mentari, bulan, bintang, planet, langit, awan serta seluruh makhluk di angkasa mempunyai Pemilik.


Amalan berpuasa pada  Asyura dan Tasyu'a adalah ibadah yang berkait dengan perkisahan kesyukuran Nabi Musa alaihissalam dan bani Israel yang terlepas dari kekejaman Firaun telah disambut dengan hak oleh Rasulullah sallallah hu alaihiwasalam bagi ummatnya muslimin untuk berpuasa sebelum atau selepas 10 Muharam.


Bagaimanakah kita mengabaikan kisah-kisah sejarah dari Al-Quran sehingga hampir kesemua perwatakan sifat manusia yang mulia dan yang cela telah berulang berkali-kali dibentuk oleh kemajuan tamadun serta peradaban kemodenan masa kini?


Apakah 12 Rabiul Awal menjadi peristiwa penting sekiranya tanpa tahun gajah?


Gajah asal usul habitatnya dinyatakan oleh Surah Al-Fiil dengan virus yang didatangkan dari angkasa tersimpan kukuh di dalam ingatan pembaca juz amma namun sejarah Doktor Livingstone lebih mendapat rujukan sifat berkasih sayang simpati ke atas khalayak yang serba naif di benua hitam dunia itu yang penuh dengan virus dan penyakit, tatkala Abrahah dihukum kerana berhajat merobohkan Baitullah.


Baitullah mempunyai sejarah di dalam kitab Al-Quran yang tidak pernah berubah bahasanya.

Niat dan rancangan yang disimpan bagi merobohkan Ka'abah sejak awal-awal lagi digagalkan sebelum 'Periqlytos' dilahirkan.


Tidak upaya buat kemajuan keintelektualan peradaban moden untuk menafikan keaslian bahasa Al-Quran yang memberikan nama Ahmad kepada Rasul yang akhir, Muhammad sallallah hu alaihiwasalam setelah bahasa kuno purba "Eudokia' musnah bersama keruntuhan bahasa ibrani dan arami serta tamadun yunani.



Virus yang didatangkan bersama burung-burung ababil itu telah membunuh haiwan sebesar gajah.

Rejab, Syakban, Ramadhan, Syawal, Zulkaedah dan Zulhijjah mengandungi peristiwa-peristiwa utama yang diceritakan di dalam Al-Quran pada sudut sejarah dan pernyataan Kekasih Allah sallallah hu alaihiwasalam di dalam hadisnya.


Siapakah yang merubah peristiwa-peristiwa yang disampaikan oleh malaikat Jibrail?


Usia-usia nabi-nabi ada yang mencapai ratusan tahun tanpa seorang pun disabitkan sebagai anak Tuhan bila hanya Nabi Adam alaihissalam sahaja yang dilahirkan tanpa ibu bapa, manakala Nabi Isa alaihissalam dilahirkan tanpa bapa. 

Nabi Adam dan Nabi Isa alaihissalam bukan anak-anak Tuhan (Allah).


Perintah mengorbankan Nabi Ismail alaihissalam antara peristiwa utama kepada ibadah haji ummat islam yang menjelaskan siapa Allah dan perbezaan Pencipta dengan makhluk yang diciptakanNya, yang dijelaskan dengan mudah bagi menolak konsep Bapa Tuhan, Anak Tuhan dan Roh Kudus.

Ketaatan kepada Allah yang tidak dibantah.

Apakah yang didoakan oleh seorang bapa yang mukmin?

Nabi Ibrahim berdoa mendapat seorang anak yang soleh.

Nabi Ibrahim bernikah dengan Siti Hajar yang melahirkan Nabi Ismail.

Hanya berlainan gender sahaja yang bernikah dapat membentuk  darah daging setelah sperma tersimpan di dalam ovari yang memenuhi maksud berakal oleh kesihatan dari cara hidup yang baik.


Al-Quran mempunyai kaedah kaji baka yang tunduk kepada Al-Malik melalui proses penciptaan Nabi Adam alaihissalam yang perlu dijelaskan dengan huraian yang nyata dan terang bagi mengesakan pentauhidan kepada Allah subhanahu wata'ala bahawa Allah tidak mempunyai anak, tidak mempunyai bapa dan tidak mempunyai ibu.


Dan Nabi Adam atau Nabi Isa bukan anak-anak lelaki Allah.







Ahad, 8 Jun 2014

Akidahku

Menemukan semula catatan yang masih relevan biarpun telah berusia enam tahun.

Asas-asas fardhu ain membentuk syaksiah seorang muslim...  


Semasa masih di alam kanak-kanak tatkala pernah mendengar pengisian iman di kelas pengajian yang emak sertai, sering hati payah menghadami erti tauhid Asma’ Wassyifat. 

Apabila ditafsirkan erti tauhid Rubbubiah dan Uluhiyyah hati kembali terdiam lantaran kejahilan yang menguasai minda sehingga niat tidak dikasadkan untuk mencari erti rasa keinginan beragama yang membawa jiwa untuk rasa bertanggungjawab.

Waktu itu keashikkan bermain pondok-pondok sambil berlakon bermain berkahwin olok-olok menjadikan kelalaian adalah peneman yang paling akrab sehingga terhimpun kekeliruan yang mencalarkan indera rasa.

Perjuangan waktu itu sekadar mahu dihambat sebanyak mungkin rasa keseronokan yang tidak mengayamkan kebenaran kerana diri mahu membesarkan rasa nikmat yang kemanisannya menyampingkan rasa kegentaran kepada kebesaran Pencipta.

Roh bahasa waktu itu amat mendakapi jiwa.

Tidak seriau atau berasa risau akan ketidak fahaman bahasa kerana maksud yang disampaikan adalah terang dan jelas cuma bermasalah pada hati yang tidak bermata untuk memahami bahawa istilah dan ungkapan apabila tidak difahami fikiran juga tidak akan terbuka.

Waktu itu amat bangga bila bahasa melayu rohnya tidak tercemar.

Tidak rengkas tidak pula dieja mengikut mudah bibir menyebutnya.

Tiada rasa ingin melarikan diri bila sifat wujud itu ertinya ada, mustahil Allah tiada dinyatakan dengan terang dengan kalimah yang padat bukti dan dalilnya.

Mudah apabila diminta melihat bumi, tanah, laut dan langit pasti ada yang menciptakannya itulah bukti Allah ada.

Qidam maknanya sedia, mustahil Allah bersifat baharu.


Perlahan-lahan sifat-sifat Allah mulai kesemuanya dihayati bila bahasa melayu digunakan tanpa diselang selikan oleh tafsiran bahasa yang tidak difahami.

Allah kekal, mustahil binasa kerana Kemuliaan dan KebesaranNya yang tidak ada permulaan dan tiada pengakhirannya.


Kematian dan kebinasaan adalah sifat makhluk ciptaanNya. Kiamat adalah masa hadapan ummat yang menunjukkan Allah hidup buat selama-lamanya.

Amat dirindui untuk merasakan saat gembira menghayati ilmu dengan bahasa yang menjadikan kita faham dan mudah dizahirkan rasa kekecewaan pada anak-anak yang sering terkial-kial dalam menafsirkan maksud oleh huraian ungkapan yang tidak dimengertikan.


Waktu itu tiada unsur lawak yang bersulam maksud bersirat.

Waktu itu amat sukar mahu memahami erti syirik sedangkan pada ketika itu jiwa amat mudah dilemahkan oleh rasa takut pada bayang-bayang hitam. Sedangkan itu berkait soalnya dengan alam ghaib.


Iman tidak berdiri sendiri tanpa iktikad yang sungguh-sungguh kepercayaan kepada Allah yang Esa di mana malaikat adalah makhluk taat yang sebahagiannya bertugas menyampaikan kitab kepada rasul untuk menerangkan hari kebangkitan adalah perhitungan untuk manusia di hari kiamat.

Percaya kepada qadha dan qadar memberi peluang untuk berdaya usaha sebelum bertawakkal yang tidak diperolehi semata-mata dengan niat bagi muslim awam seperti saya.

Kini ke manakah hilangnya rasa dari hasrat yang bernyala untuk dimengerti erti menjadi muslim andai petunjuk yang dibanggai  adalah yang berlawanan dari apa yang dianjurkan oleh nabi-nabi dan para rasul?

Bukankah islam adalah agama para rasul dan nabi-nabi?

Inginkah terus kekal di dalam kesesatan lantaran jahil memahami natijah bahawa dengan berakidah kehidupan itu dapat disempurnakan?

Jumaat, 7 Jun 2013

Warkah Buat Pencinta Lelaki Dan Wanita

1
Bolehkah bertanya?

2
Apakah hak kebebasan yang memerdekakan minda itu diperjudikan?

3
Kamu mahu ke Las Vegas?

4
Monte Carlo juga ada medan perjudian.

5
Dikau lupa di Genting Highland mu juga upaya dipertaruhkan berbagai jenis aura?

6
Namun dikau berjudi pada nilai kemanusiaan.

7
Berjudi di atas kesengsaraan ummat yang dimiskinkan terlebih dahulu perut dan mindanya.

8
Perhubungan siapa sebenarnya yang mahu dikau perjudikan?

9
Lazimnya tuduhan-tuduhanmu tidak berasas.

Adakah wujud keberanian wanita-wanita untuk tampil ke hadapan untuk mengesahkan bahawa wujud kebenaran untuk nasib mereka diperjudikan atas tawaran-tawaran wang,tender,perjanjian dan muafakat yang dikompromikan misalnya pencarian cinta, kasih, simpati, belas kasihan dan tumpuan yang disediakan habuan yakni wang dengan jumlah pakej yang lumayan?

Mereka membenarkannya! Mereka memeriahkannya! Mereka menyambutnya! 
Usah dikau abaikan itu.

Sejauh manakah kebenaran wujud cabaran-cabaran sesama lelaki dari kalangan komuniti eliet umpamanya, mencabuli kepercayaan wanita, kemudian mereka sedia memperjudikan nasib wanita dengan sesama sendiri mencabar untuk menikah atau menggauli secara berzina yang dimulai dengan sifat berpura-pura tertawan atau tertarik yang berakhir dengan penterjemahan peradaban yang tidak ada nilai moralnya?

Sebaliknya dikau lupa wujud fenomena wanita yang perlu didanakan sedia diletakkan sebagai pertaruhan untuk diperjudikan kecantikan, kesengsaraannya, bagi diekspolitasikan sepenuhnya oleh media? 

Jangan dikau abaikan anjuran muta'ah mu itu merendahkan lelaki-lelaki dan wanita-wanita mu yang beragama!

Adakah ia menyelesaikan masalah jenayah dan kerosakan moral akhlak ummat?

Jika ada dan ianya benar serta dipersetujui bolehkah dinyatakan ia dimunculkan dari minda sebelah mana atas dasar apa juga atas sifat bagaimana demi matlamat apa ia diwacanakan?

Apabila menoleh dunia terabaikah syurga?

Apabila menoleh akhirat terabaikah neraka?

18
"....supaya tidak ada alasan bagi manusia untuk menyalahkan Allah setelah tibanya para Rasul kerana itu adalah Maha Gagah Maha Bijaksana."