Jumaat, 13 November 2015

Syurga Itu Benar Dan Neraka Itu Juga Benar


Saya berusaha untuk memisahkan mereka dengn kesemua catatan blog-blog saya apabila ternyata mereka masih memerlukan pendapatan dari riba kerana masih enggan menyatakan dengan jelas kepada masyarakat pemodal yahudi dan nasrani bahawa mereka tidak boleh berniaga dengan modal dan keuntungan dari riba.


'Siapakah 'mereka' yang dikau maksudkan itu tatkala guru-gurumu adalah wanita muslimin yang semakin dekat bersifat mukminah ya penulisku?' 


Saya tidak tahu kerana keashikkan menulis membuatkan saya tidak memberi perhatian kepada perkara yang berada di luar lingkaran aktiviti menulis saya.


'Mereka mahu membuatkan dikau terhalang dari menulis dengan pelbagai aktiviti pembelajaran kerana mereka tahu kelemahan untuk membuatkan dikau berasa rendah diri adalah dengan menuntut perhatianmu untuk tidak menjadi pelajar tercorot di dalam kelasmu.' 


Biarlah. Saya tidak ambil hati kerana saya tidak memilih untuk menjadi pelajar terbaik setelah anak gadis saya dengan sepenuh hati ingin menggalas kelemahan diri saya di dalam pelajaran.


'Bagaimanakah upaya membuatkan kamu berasa terkecewa wahai penulisku?' 


Siapakah yang tidak basah apabila mandi? 

Siapakah yang tidak panas jika berhampiran dengan api?

Siapakah yang tidak menggigil jika berada di tempat yang sejuk?

Siapakah yang tidak tertawa jika sedang gembira?

Siapakah yang tidak menangis jika sedang bersedih?

Siapakah?



Begini sahajalah. 

Jika 'mereka' sukar menyatakan kepada rakan pelaburannya bahawa riba itu punca kemunduran peradabannya walau dipacu dengan ketinggian teknologi, biarlah sahaja saya menyatakan bahawa   الجنة حق و النار حق   

Tadabburkan ayat 148- 176 dari surah An-Nisa’ berulang kali kerana menjadi Haq Al-Haq yang menjadi saksi ke atas setiap yang telah diperlakukan ke atas kelian.

148: Allah tidak menyukai perkataan buruk yang diucapkan secara berterus terang kecuali oleh ORANG YANG DIZALIMI.

Mengapa? Kerana Allah Maha Mendengar Maha Mengetahui.



149: Jika kamu menyatakan sesuatu kebajikan, menyembunyikanya atau memaafkan sesuatu kesalahan orang lain sesungguhnya Allah Maha Pemaaf , Maha Berkuasa.


150: Sesungguhnya orang-orang yang ingkar kepada Allah dan rasul-rasulNya dan bermaksud membeza-bezakan keimanan kepada Allah dan rasul-rasulNya dengan berkata: 

 ‘Kami beriman kepada sebahagian dan kami mengingkari sebahagian yang lain,’ oleh niat untuk mengambil jalan tengah (untuk beriman atau kafir)


151: Merekalah orang-orang kafir yang sebenarnya. Dan Kami menyediakan untuk orang-orang kafir itu azab yang menghinakan.


152: Adapun orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasulNya tidak membeza-bezakan di antara rasul-rasul, kelak Allah akan memberikan mereka pahala. 
Allah Maha Pegampun, Allah Maha Penyayang.


153: Ahli Kitab meminta Rasulullah sallallah hu alaihiwassalam agar menurunkan kitab dari langit kepada mereka. Sesungguhnya mereka juga telah meminta lebih besar dari itu. Mereka berkata:

’ Perlihatkan Allah kepada kami secara nyata.’ MEREKA DISAMBAR PETIR KERANA KEZALIMAN MEREKA. Kemudian mereka menyembah anak sapi (yakni patung anak lembu yang diperbuat dari emas untuk disembah) walaupun setelah dilihat bukti-bukti yang nyata, namun demikian Allah memaafkan mereka dan telah Kami berikan kepada Musa kekuasaan yang nyata.


154: Dan Kami angkat gunung (Sinai) di atas mereka bagi menguatkan perjanjian mereka. Dan Kami perintahkan mereka,’ Masuklah pintu gerbang (Baitumuqaddis) itu sambil bersujud,’ dan Kami perintahkan kepada mereka, Janganlah kamu melanggar peraturan mengenai hari Sabat. Dan Kami telah mengambil dari mereka perjanjian yang kukuh.


155: Maka (Kami hukum mereka – oleh sambaran petir dan menjelmakan mereka sebagai kera) kerana:

MELANGGAR PERJANJIAN.

KERANA KEKAFIRAN KE ATAS KETERANGAN-KETERANGAN ALLAH.

KERANA MEREKA TELAH MEMBUNUH NABI-NABI TANPA HAK.

KERANA MEREKA MENGATAKAN ‘HATI KAMI TERTUTUP’.

Sebenarnya Allah telah mengunci hati mereka kerana kekafirannya kerana itu hanya sebahagian kecil dari mereka yang beriman.


156: Dan (Kami hukum mereka) kerana KEKAFIRAN MEREKA TERHADAP NABI ISA dan TUDUHAN KEJI MEREKA TERHADAP MARYAM.
(TUDUHAN KEJI ITU IALAH NABI ISA LAHIR SEBAGAI ANAK HARAM KERANA IBUNYA HAMIL KETIKA SEDANG HAIDH DAN DISELIMUTI OLEH ROH ESAU. NABI ISA ADALAH SEORANG YANG GILA, PENYEBAR KHURAFAT YANG MENYESATKAN UMMAT MANUSIA KERANA ITU DIA DISALIB, DIBENAMKAN KE DALAM NERAKA DAN DIJADIKAN BERHALA AGAR DISEMBAH OLEH PENGIKUTNYA.)

157: Dan (Kami hukum mereka) kerana ucapan mereka:

SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MEMBUNUH AL-MASIH, ISA PUTRA MARYAM, RASUL ALLAH.

Pada hal mereka TIDAK membunuh Nabi Isa dan TIDAK menyalibnya TETAPI (yang mereka bunuh adalah) seorang yang dimiripkan dengan Nabi Isa. 

Sesungguhnya mereka yang berseliseh pendapat tentang pembunuhan Nabi Isa selalu berada di dalam keraguan tentang pembunuhan ini.

Mereka benar-benar tidak tahu (siapakah sebenarnya yang telah dibunuh itu) melainkan menurut persangkakan sahaja kerana tidak yakin telah membunuh Nabi Isa.


158: Tetapi Allah telah mengangkat  Nabi Isa alaihissalam ke hadiratNya. Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana.


159: Tidak ada seorang pun di antara Ahli Kitab yang tidak beriman kepada Nabi Isa menjelang kewafatannya- (Orang yahudi dan nasrani akan beriman kepada Nabi Isa sebelum baginda wafat kerana mengakui Nabi Isa bukan anak Allah tetapi adalah rasul Allah.)
Dan pada hari kiamat Nabi Isa akan menjadi saksi mereka.


160: Kerana kezaliman orang-orang yahudi, Allah HARAMKAN bagi mereka makanan-makanan yang baik-baik (pada zaman itu) yang pernah dihalalkan buat mereka dan kerana (orang yahudi) sering menghalang (orang lain) dari jalan Allah.


161: DAN KERANA MEREKA MENGAMALKAN RIBA, PADA HAL SESUNGGUHNYA MEREKA TELAH DILARANG DARI RIBA.

DAN KERANA MEREKA MEMAKAN HARTA ORANG LAIN SECARA TIDAK SAH YAKNI SECARA BATIL.

Dan Allah menyediakan untuk orang-orang kafir di antara mereka azab yang pedih.


162: Tetapi orang-orang yang ilmunya mendalam di antara mereka dan orang-orang yang beriman, mereka beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepadamu (ya Muhammad) dan kepada (kitab-kitab) yang diturunkan sebelummu, begitu pula mereka yang mengerjakan solat dan membayar zakat dan beriman kepada Allah dan hari akhirat. 

Allah akan memberikan pahala yang besar kepada mereka.


163: Sesungguhnya Kami mewahyukan kepadamu (ya Muhammad) sebagaimana Kami telah mewahyukan kepada Nabi Nuh dan nabi-nabi setelahnya dan Kami telah mewahyukan kepada Ibrahim,  Ismail, Ishak, Yaakub, dan anak cucunya Isa, Ayyub, Yunus, Harun dan Sulaiman.
Dan Kami telah memberikan zabur kepada Daud.


164: Dan ada beberapa rasul yang telah Kami kisahkan mereka kepadamu sebelumnyadan ada beberapa orang rasul lain yang tidak Kami kisahkan mereka kepadamu. Dan kepada Musa, Allah berfirman secara lansung.


165: Rasul-rasul itu adalah sebagai pembawa berita gembira dan pemberi peringatan agar tidak ada alasan bagi manusia untuk membantah Allah setelah rasul-rasul diutus. Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana.


166: Tetapi Allah menjadi saksi atas (Al-Quran) yang diturunkanNya kepadamu (ya Muhammad). Dia menurunkannya dengan ilmuNya dan para malaikat pun menyaksikan. Dan cukuplah Allah menjadi saksi.


167: Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan menghalang orang lain dari jalan Allah, benar-benar telah sesat sejauh-jauhnya.


168: Sesungguhnya orang-orang yang kafirdan melakukan kezaliman, Allah tidak akan mengampuni mereka dan tidak pula akan menunjukkan kepada mereka jalan (yang lurus).


169: Kecuali jalan ke neraka Jahanam, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Dan hal itu (sangat) mudah bagi Allah.

(Anda wajar memahami seruan dakwah ini yang mahukan anda tidak berada di dalam neraka tanpa meminta harta dan wang anda)


170: Wahai manusia! Sungguh telah datang Rasul (Muhammad sallallah hu alaihiwassalam) kepadamu dengan membawa kebenaran dari Tuhanmu, maka berimanlah kepadaNya, itu lebih baik buatmu.

Dan jika kamu kafir (itu tidak merugikan Allah sedikit pun) kerana sesungguhya milik Allahlah apa yang ada di langit dan di bumi. Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana.



171: Wahai Ahli Kitab!Janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu, dan janganlah kami mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar.

Sungguh, Al-Masih Isa anak lelaki Maryam itu adalah utusan Allah dan (yang diciptakan dengan) kalimatNya (tanpa bapa) yang disampaikanNya kepada Maryam dengan tiupan roh dariNya.

Maka berimanlah kepada Allah dan rasul-rasulNya.

Dan janganlah kamu mengatakan, ‘Tuhan itu) tiga. Berhentilah dari ucapan ini.

Itu lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Esa. Mahasuci Dia dari anggapan mempunyai anak.

Milik Allahlah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan cukuplah Allah sebagai pelindung.


171: Al-Masih sama sekali tidak ingkar menjadi hamba Allah dan begitulah pula para malaikat yang terdekat kepada Allah (Jibrail, Mikail dan Israfil).

Dan barang siapa enggan menyembahNya dan menyombongka diri maka Allah akan mengumpulkan mereka semua kepadaNya.



Tiada ulasan: