Selasa, 15 Mac 2016

Apabila Saya Tidak Berguru Dengan Mualaf


Apabila saya tidak pernah belajar dari mualaf.
Adakah kerana saya dilahirkan sebagai seorang muslim?

Apabila saya menolak mualaf untuk menjadi guru menunjuk ajar,
Adakah kerana fitrah yang terasuh dari ajaran emak dan almarhum abah yang sedar?


Apabila saya tidak pernah belajar akidah dengan mualaf,
Mahu diusirkah kesombongan yang tidak wujud?

Apabila saya tidak pernah belajar akidah dengan mualaf,
Dituntutkah untuk berbohong bagi menyepakati perkara yang tidak wujud?


Apabila saya tidak belajar dari mualaf
Wibawa siapa yang perlu digugah?

Apabila guru-guru saya bukan mualaf
Tenang siapa yang mahu disanggah?


Usah disangkakan ikan lais-lais tidak menyengat!


Apabila saya tidak pernah berguru dengan mualaf
Syahadah saya terbatalkah oleh rububiyyah  dan uluhiyyah
Dengan Asma dan Sifat yang pengakuannya dibuat di alam janin.


Apabila mualaf bukan muallimah saya
Terbatalkah pengakuan pentauhidan, pengesaan dan penyaksian lafaz syahadah itu?
Pada saat roh masih suci, bersih tanpa nafsu hawa dan syahwat kerana saya tidak belajar agama dari mualaf,
Lantaran rahim ibu tiada guru selain malaikat.


Saya tidak berikrar, tidak melafaz kalimah syahadah dengan nafsu dan syahwat!

Di rahim emak, perjanjian diperakui
Di rahim emak, malaikat meniup roh
Di rahim emak, saya beraku janji tidak sekali-kali akan menyekutukan Rabb!
Di rahim emak, saya memberi saksi Muhammad bin Abdullah sallallah hu alaihiwassalam adalah pesuruh Allah Ta’ala.
Di rahim emak, saya dijelmakan oleh lafaz ijab dan qabul cinta abah dan emak
Di rahim emak, saya tidak mengucap syahadah dengan niat-niat yang lain 
Melainkan terpilih untuk mendapat nikmat islam.


Apabila saya tidak belajar akidah dengan mualaf

Tiada sesiapa yang wajar berjauh hati

Oleh qadar Allah Ta'ala untuk dilahirkan sebagai muslimah oleh emak dan almarhum abah yang mengucap syahadah.



Jumaat, 13 November 2015

Syurga Itu Benar Dan Neraka Itu Juga Benar


Saya berusaha untuk memisahkan mereka dengn kesemua catatan blog-blog saya apabila ternyata mereka masih memerlukan pendapatan dari riba kerana masih enggan menyatakan dengan jelas kepada masyarakat pemodal yahudi dan nasrani bahawa mereka tidak boleh berniaga dengan modal dan keuntungan dari riba.


'Siapakah 'mereka' yang dikau maksudkan itu tatkala guru-gurumu adalah wanita muslimin yang semakin dekat bersifat mukminah ya penulisku?' 


Saya tidak tahu kerana keashikkan menulis membuatkan saya tidak memberi perhatian kepada perkara yang berada di luar lingkaran aktiviti menulis saya.


'Mereka mahu membuatkan dikau terhalang dari menulis dengan pelbagai aktiviti pembelajaran kerana mereka tahu kelemahan untuk membuatkan dikau berasa rendah diri adalah dengan menuntut perhatianmu untuk tidak menjadi pelajar tercorot di dalam kelasmu.' 


Biarlah. Saya tidak ambil hati kerana saya tidak memilih untuk menjadi pelajar terbaik setelah anak gadis saya dengan sepenuh hati ingin menggalas kelemahan diri saya di dalam pelajaran.


'Bagaimanakah upaya membuatkan kamu berasa terkecewa wahai penulisku?' 


Siapakah yang tidak basah apabila mandi? 

Siapakah yang tidak panas jika berhampiran dengan api?

Siapakah yang tidak menggigil jika berada di tempat yang sejuk?

Siapakah yang tidak tertawa jika sedang gembira?

Siapakah yang tidak menangis jika sedang bersedih?

Siapakah?



Begini sahajalah. 

Jika 'mereka' sukar menyatakan kepada rakan pelaburannya bahawa riba itu punca kemunduran peradabannya walau dipacu dengan ketinggian teknologi, biarlah sahaja saya menyatakan bahawa   الجنة حق و النار حق   

Tadabburkan ayat 148- 176 dari surah An-Nisa’ berulang kali kerana menjadi Haq Al-Haq yang menjadi saksi ke atas setiap yang telah diperlakukan ke atas kelian.

148: Allah tidak menyukai perkataan buruk yang diucapkan secara berterus terang kecuali oleh ORANG YANG DIZALIMI.

Mengapa? Kerana Allah Maha Mendengar Maha Mengetahui.



149: Jika kamu menyatakan sesuatu kebajikan, menyembunyikanya atau memaafkan sesuatu kesalahan orang lain sesungguhnya Allah Maha Pemaaf , Maha Berkuasa.


150: Sesungguhnya orang-orang yang ingkar kepada Allah dan rasul-rasulNya dan bermaksud membeza-bezakan keimanan kepada Allah dan rasul-rasulNya dengan berkata: 

 ‘Kami beriman kepada sebahagian dan kami mengingkari sebahagian yang lain,’ oleh niat untuk mengambil jalan tengah (untuk beriman atau kafir)


151: Merekalah orang-orang kafir yang sebenarnya. Dan Kami menyediakan untuk orang-orang kafir itu azab yang menghinakan.


152: Adapun orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasulNya tidak membeza-bezakan di antara rasul-rasul, kelak Allah akan memberikan mereka pahala. 
Allah Maha Pegampun, Allah Maha Penyayang.


153: Ahli Kitab meminta Rasulullah sallallah hu alaihiwassalam agar menurunkan kitab dari langit kepada mereka. Sesungguhnya mereka juga telah meminta lebih besar dari itu. Mereka berkata:

’ Perlihatkan Allah kepada kami secara nyata.’ MEREKA DISAMBAR PETIR KERANA KEZALIMAN MEREKA. Kemudian mereka menyembah anak sapi (yakni patung anak lembu yang diperbuat dari emas untuk disembah) walaupun setelah dilihat bukti-bukti yang nyata, namun demikian Allah memaafkan mereka dan telah Kami berikan kepada Musa kekuasaan yang nyata.


154: Dan Kami angkat gunung (Sinai) di atas mereka bagi menguatkan perjanjian mereka. Dan Kami perintahkan mereka,’ Masuklah pintu gerbang (Baitumuqaddis) itu sambil bersujud,’ dan Kami perintahkan kepada mereka, Janganlah kamu melanggar peraturan mengenai hari Sabat. Dan Kami telah mengambil dari mereka perjanjian yang kukuh.


155: Maka (Kami hukum mereka – oleh sambaran petir dan menjelmakan mereka sebagai kera) kerana:

MELANGGAR PERJANJIAN.

KERANA KEKAFIRAN KE ATAS KETERANGAN-KETERANGAN ALLAH.

KERANA MEREKA TELAH MEMBUNUH NABI-NABI TANPA HAK.

KERANA MEREKA MENGATAKAN ‘HATI KAMI TERTUTUP’.

Sebenarnya Allah telah mengunci hati mereka kerana kekafirannya kerana itu hanya sebahagian kecil dari mereka yang beriman.


156: Dan (Kami hukum mereka) kerana KEKAFIRAN MEREKA TERHADAP NABI ISA dan TUDUHAN KEJI MEREKA TERHADAP MARYAM.
(TUDUHAN KEJI ITU IALAH NABI ISA LAHIR SEBAGAI ANAK HARAM KERANA IBUNYA HAMIL KETIKA SEDANG HAIDH DAN DISELIMUTI OLEH ROH ESAU. NABI ISA ADALAH SEORANG YANG GILA, PENYEBAR KHURAFAT YANG MENYESATKAN UMMAT MANUSIA KERANA ITU DIA DISALIB, DIBENAMKAN KE DALAM NERAKA DAN DIJADIKAN BERHALA AGAR DISEMBAH OLEH PENGIKUTNYA.)

157: Dan (Kami hukum mereka) kerana ucapan mereka:

SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MEMBUNUH AL-MASIH, ISA PUTRA MARYAM, RASUL ALLAH.

Pada hal mereka TIDAK membunuh Nabi Isa dan TIDAK menyalibnya TETAPI (yang mereka bunuh adalah) seorang yang dimiripkan dengan Nabi Isa. 

Sesungguhnya mereka yang berseliseh pendapat tentang pembunuhan Nabi Isa selalu berada di dalam keraguan tentang pembunuhan ini.

Mereka benar-benar tidak tahu (siapakah sebenarnya yang telah dibunuh itu) melainkan menurut persangkakan sahaja kerana tidak yakin telah membunuh Nabi Isa.


158: Tetapi Allah telah mengangkat  Nabi Isa alaihissalam ke hadiratNya. Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana.


159: Tidak ada seorang pun di antara Ahli Kitab yang tidak beriman kepada Nabi Isa menjelang kewafatannya- (Orang yahudi dan nasrani akan beriman kepada Nabi Isa sebelum baginda wafat kerana mengakui Nabi Isa bukan anak Allah tetapi adalah rasul Allah.)
Dan pada hari kiamat Nabi Isa akan menjadi saksi mereka.


160: Kerana kezaliman orang-orang yahudi, Allah HARAMKAN bagi mereka makanan-makanan yang baik-baik (pada zaman itu) yang pernah dihalalkan buat mereka dan kerana (orang yahudi) sering menghalang (orang lain) dari jalan Allah.


161: DAN KERANA MEREKA MENGAMALKAN RIBA, PADA HAL SESUNGGUHNYA MEREKA TELAH DILARANG DARI RIBA.

DAN KERANA MEREKA MEMAKAN HARTA ORANG LAIN SECARA TIDAK SAH YAKNI SECARA BATIL.

Dan Allah menyediakan untuk orang-orang kafir di antara mereka azab yang pedih.


162: Tetapi orang-orang yang ilmunya mendalam di antara mereka dan orang-orang yang beriman, mereka beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepadamu (ya Muhammad) dan kepada (kitab-kitab) yang diturunkan sebelummu, begitu pula mereka yang mengerjakan solat dan membayar zakat dan beriman kepada Allah dan hari akhirat. 

Allah akan memberikan pahala yang besar kepada mereka.


163: Sesungguhnya Kami mewahyukan kepadamu (ya Muhammad) sebagaimana Kami telah mewahyukan kepada Nabi Nuh dan nabi-nabi setelahnya dan Kami telah mewahyukan kepada Ibrahim,  Ismail, Ishak, Yaakub, dan anak cucunya Isa, Ayyub, Yunus, Harun dan Sulaiman.
Dan Kami telah memberikan zabur kepada Daud.


164: Dan ada beberapa rasul yang telah Kami kisahkan mereka kepadamu sebelumnyadan ada beberapa orang rasul lain yang tidak Kami kisahkan mereka kepadamu. Dan kepada Musa, Allah berfirman secara lansung.


165: Rasul-rasul itu adalah sebagai pembawa berita gembira dan pemberi peringatan agar tidak ada alasan bagi manusia untuk membantah Allah setelah rasul-rasul diutus. Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana.


166: Tetapi Allah menjadi saksi atas (Al-Quran) yang diturunkanNya kepadamu (ya Muhammad). Dia menurunkannya dengan ilmuNya dan para malaikat pun menyaksikan. Dan cukuplah Allah menjadi saksi.


167: Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan menghalang orang lain dari jalan Allah, benar-benar telah sesat sejauh-jauhnya.


168: Sesungguhnya orang-orang yang kafirdan melakukan kezaliman, Allah tidak akan mengampuni mereka dan tidak pula akan menunjukkan kepada mereka jalan (yang lurus).


169: Kecuali jalan ke neraka Jahanam, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Dan hal itu (sangat) mudah bagi Allah.

(Anda wajar memahami seruan dakwah ini yang mahukan anda tidak berada di dalam neraka tanpa meminta harta dan wang anda)


170: Wahai manusia! Sungguh telah datang Rasul (Muhammad sallallah hu alaihiwassalam) kepadamu dengan membawa kebenaran dari Tuhanmu, maka berimanlah kepadaNya, itu lebih baik buatmu.

Dan jika kamu kafir (itu tidak merugikan Allah sedikit pun) kerana sesungguhya milik Allahlah apa yang ada di langit dan di bumi. Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana.



171: Wahai Ahli Kitab!Janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu, dan janganlah kami mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar.

Sungguh, Al-Masih Isa anak lelaki Maryam itu adalah utusan Allah dan (yang diciptakan dengan) kalimatNya (tanpa bapa) yang disampaikanNya kepada Maryam dengan tiupan roh dariNya.

Maka berimanlah kepada Allah dan rasul-rasulNya.

Dan janganlah kamu mengatakan, ‘Tuhan itu) tiga. Berhentilah dari ucapan ini.

Itu lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Esa. Mahasuci Dia dari anggapan mempunyai anak.

Milik Allahlah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan cukuplah Allah sebagai pelindung.


171: Al-Masih sama sekali tidak ingkar menjadi hamba Allah dan begitulah pula para malaikat yang terdekat kepada Allah (Jibrail, Mikail dan Israfil).

Dan barang siapa enggan menyembahNya dan menyombongka diri maka Allah akan mengumpulkan mereka semua kepadaNya.



Aqidah Muslimin


Alhamdulillah biarpun semakin lelah bila kerap diganggu namun hati ini tidak pula sedia mati kerana mata tidak mahu menjadi buta, telinga pula tidak ingin menjadi tuli meskipun bibirku sering sahaja ingin menjadi bisu setelah menyerahkan kepada jari-jari untuk menemani minda yang sering diundang untuk berkelahi!


Perundangan institusi keluarga islam sesungguhnya menyihatkan emosi dan akal fikiran!


Bagaimana?


Melalui pemanuskripan salasilahku meskipun nasab keluargaku bukan sesiapa malah tidak dikenali pun oleh sesiapa di atas bumi ini namun diketahui oleh khalayak yang berada di atas langit dan angkasa.


Bagaimana?


Dia yang menjadikan setiap manusia walau bagaimana manusia itu dibina untuk bersifat haiwan atau walau bagaimana panjang proses bagi menjadikan mereka umpama mesin yang diprogramkan dengan sifat taat tanpa membantah untuk hanya mengangguk membenarkan kata-kata walaupun menipu! 


Tidak keterlaluan apabil sedia diterima bahawa orang-orang melayu berkemungkinn ada yang nenek moyang mereka berasal dari tanah hijjaz. 

Berhentilah untuk berangan-angan mempunyai jalur kromosam yang dihasilkaan oleh Asid Deoksiribonukleik bangsa arab.


Mengapa?


Ini adalah kerana saya gagal menerima keinginan bangsa arab untuk menjadikan perkahwinan-perkahwinan lelaki atau wanita muslim mereka dengan bangsa afrika atau dengan bangsa yahudi dan nasrani malah dengan ras-ras Timur Jauh Tiongkok yang bertaburan di Asia Tenggara setelah wujud pendominan ras dari Asia Kecil yang turut membina diri bangsa ini.

Malah kesediaan dibina gen arab dengan kelompok khalayak pengamal dari medan hiburan holy wood boly wood yang hampir sebahagian sifat bina diri mereka ' tidak dapat diteladani' pada sudut akidah dan ibadaah untuk dijadikan contoh bagi membina masyarakat generasi muslim saya, membuatkn saya tidak tahu dari manakah saya perlu memulakan bagaimana saya menolak 'arabian son in laws and arabian daughter in laws' bagi bangsa arab yang telah mendanakan begitu banyak wang mereka untuk sesuatu yang saya pandang dingin, mahu menyatukan yahudi dan nasrani dengan bangsa arab.


Saya cuba memisahkan seketika perihal bangsa arab sebagai pelarian, melupakan seketika tentang saudara-saudara  seakidah saya yang masih kehilangan tanah untuk dimiliki setelah saya sedar saudara-saudara saya di Al-Aqsa kekal ditunjukkan jalan ke syurga.

Dan saya cuba menghindari dari menerima sahaja tanpa alasan mengikuti sahaja trend semasa dunia hari ini yang masih inginkan perubahan tatkala sebenarnya mereka masih ingin mengekalkan tradis-tradisi dari sistem lama walaupun setelah komunism, kapitalism, sekularism dan liberalism serta modernism berada di dalam demokrasi. 


Lalu kerana itukah dikau mahukan Raja-Raja dan Sultan-Sultan Melayu muslimmu tersenarai sebagai pentajdid meskipun akhlak dan moral dan pegangan agama mereka upaya dipertikaikan?


Sekurang-kuragnya pemeliharaan akidah di tanah air saya upaya disandarkan ke atas Duli-Duli Yang Mulia Baginda Sultan-Sultan dan Raja-Raja yang beragama islam dan upaya beramanah dengan kuasa dan tanggung jawab mereka sebagai Ketua Agama di negeri-negeri dan jajahan baginda yang akan dibacakan perbuatannya di hadapan Allah Ta'ala di akhirat kelak. 


Adakah dikau  maksudkan tentang ikhtiar dan kudrat akhir Raja-Raja dan Sultan-Sultanmu dalam memaktubkan Perlembagaan Undang-Undang Negaramu sewaktu pengusulan Suruhajaya Reid yang lalu?


Agama rasmi bagi Persekutan Tanah Melayu yang dikenali kemudian sebagai Malaysia ialah Islam maka dengan sendirinya tidak wajar wujud pertikaian kuasa untuk mengawal pengembangan agama bukan islam di kalangan orang-orang Islam.

Dengan lain perkataan ia menjelaskan bahawa undang-undang Islam hanya untuk ummat Islam sahaja dan ia memberi makna yang mendalam bahawa Raja-Raja dan Sultan-Sultan Melayu muslim sepenuhnya berhak tanpa pertikaian menurut undang-undang untuk bertindak dengaan nasihat perundangan mengawal pengembangan agama bukan islam di kalangan orang-orang islam di negara kami.





Jumaat, 12 Jun 2015

Kamu Muslimkah Tatkala Daku Tidak Mengikutimu!

Bilamana malaikat dihitung sehingga seramai 99.9 peratus di muka bumi

Apakah yang mahu dinafikan?

Bilamana pada setiap manusia ada Raqib dan 'Atiq menjadi saksi

Apakah yang mahu dihujjahkan?

Bilamana 7 billion di ganda duakan di bumi

Apakah yang mahu dihujjahkan?

Bilamana ada sejumlah 14 billion malaikat Raqib dan 'Atiq sama menghuni

Apakah yang mahu dihujjahkan?

Bila tiada rahsia upaya tersembunyi

Ramadhan bulan bagi para muslimin dan muslimin.


Bersuaralah Demi Rindu Al-Qadar

Alhamdulillah

Allah hu Akbar

Masih KasihMu melembarkan bentangan cinta untuk Al-Qadar dinikmati

Alhamdulillah 

Allah hu Akbar

Nafas pinjaman Mu masih mendenyutkan jantung ini

Meski sesekali sering sakit dan pedih meresapi sanubari

Namun firman Mu tidak mampu membuatkan ku berpaling lagi

"Katakanlah Muhammad (sallallah hu alaihiwassalam) :
Sesungguhnya apa yang diwahyukan kepadaku ialah bahawa Tuhanmu adalah Tuhan Yang Esa, maka apakah kamu telah berserah diri?"


Allah hu Akbar 

Alhamdulillah

Bulan Syakban akan pergi kerana memaklumi bulan Ramadhan yang dirindu

Antaranya dengan bulan Rejab dan bulan Ramadhan tiada saling iri kerana cemburu

Mana mungkin daku menjadi bisu

Bila firman Mu menenangkan jiwaku

"Maka jika mereka berpaling, maka katakanlah Muhammad (sallallah hu alaihiwassalam)
Aku telah menyampaikan kepadamu (ajaran) yang sama dan aku tidak tahu apakah yang diancamkan kepadamu itu sudah dekat atau masih jauh."


Merenung pada usia bonda yang berbeza hitung tiga puluh dua tahun dengan usiaku

Ia membuang resah ia melontar jauh gelisah ia mengusir rawan di qalbu

Bila bonda masih tersenyum gagah berdiri tanpa dibantu

Apakah daku wajar menjadi bisu membeku?




Akidah Sahih

Akidah bukan ideologi kerana ia merupakan sistem cara hidup.

Perkara ini yang masih tidak berdaya difahami oleh penganut agama lain apabila terlalu banyak masa dibazirkan untuk bermusuh dan membenci islam di benua barat, eropah juga asia selain di timur tengah sendiri. Ia juga dikesankan oleh tuntutan politik barat.


Akidah sebagai sistem pengurusan masih kurang diterjemahkan oleh kebanyakan negara di dunia islam.


Ahli waris di dalam institusi kekeluargaan islam hanya wujud dari pernikahan yang sah ijab, qabul dan penyaksiannya. 

Anak angkat yakni anak orang lain yang diambil menjadi anak sendiri tidak menjadi ahli waris kepada pewarisan harta kecuali apabila ia diwasiatkaan sebagai pemberian hadiah.


Ahli Waris tergolong kepada dua puluh lima status ke atas jenazah lelaki dan perempuan yakni dipecahkan kepada lima belas status untuk jenazah lelaki dan sepuluh status bagi jenazah perempuan. 

Dengan syarat yang sah ahli waris-ahli waris adalah terhad kepada bapa,ibu, anak lelaki, anak perempuan dan suami atau isteri.

Penyusunan Family Tree kepada saya amat wajar menyedari tentang perbezaan kaedah pemahaman nasab keluarga di kalangan pengguna muslim kerana ia bukan semata-mata sepohon jurai keturunan.

Family Tree wajar bersedia menambah pengetahuan bahawa anak-anak angkat yakni anak  yang bukan anak sendiri distatuskan sebagai orang asing pada sudut pentakrifan ahli waris.

Umpamanya apabila wujud ahli waris yang dilahirkan tanpa perkahwinan oleh perzinaan, apabila ahli waris menjadi  murtad yakni membebaskan dirinya yang muslim menjadi bukan muslim, ahli waris yang membunuh misalnya membunuh bapa atau ibu atau saudaranya yang lelaki mahu pun yang perempuan selain hamba yang dimiliki (zaman rasullullah sallallah hu alaihiwassallam serta para sahabat)


Perbezaan di antara cara penggabungan susunan ahli keluarga pelayar bukan muslim dengan pelayar yang muslim di Family Tree dan Geni mesti dijadikan sebagai sebahagian dari cara dan kaedah yang memberi pengetahuan kepada kita betapa pentingnya keluarga sebagai ahli terdekat untuk diberikan keutamaan penghargaan dan bantuan juga kasih sayang selain belas kasihan dan simpati apatah lagi jika mereka terdiri dari mereka yang perlu dibantu oleh kesusahan mereka.

Geni dot com berkesempatan membuka minda penggunanya dari kalangan masyarakat nasrani juga yahudi dan mereka yang bukan beragama samawi untuk memahami keintelektualan Nabi Muhammad sallallah hu alihiwassallam yang berpesan bahawa tidak boleh orang islam mewarisi orang kafir dan tidak pula orang kafir boleh mewarisi orang islam riwayat dari Bukhari dan Muslim.

Dengan kata lain harta bagi orang-orang nasrani tidak boleh diwarisi oleh orang yahudi, harta bagi orang islam tidak boleh diwarisi oleh orang nasrani dan begitulah seterusnya bagi hak penganut agama-agama yang lain.

Ini tidak bermakna wujud pendiskriminasian selain dari membezakan erti dan makna keluarga yang sah dengan rakan-rakan.


Selain itu apabila kami yakni pengguna muslim di geni dot com mengenali susunan ahli keluarga (nasab keturunan), kami berupaya menghindari pernikahan yang tidak sah dari syariah undang-undang keluarga islam oleh sifat semahram kerana wujud wanita-wanita yang diharamkan untuk dinikahi/dikahwini :

1- Isteri bapa yang telah ditalaki atau isteri bapa itu ditinggalkan kerana kematian bapa.

2- Ibunya sendiri yang termasuk neneknya di sebelah ibu dan bapa.

3- Anak perempuannya sendiri yang terdiri dari cucu-cicitnya dan yang sama taraf status.

4- Adik perempuan yang sekandung yakni sama ibu bapanya, adik perempuan seayah atau seibu.

5- Ibu saudaranya sendiri yakni adik beradik di sebelah bapa  yang sebapa atau seibu.

6- Ibu saudaranya sendiri dari pihak ibu (khalah - yakni adik beradik ibu yang sekandung, sebapa atau seibu).

7- Anak dari saudara lelakinya (anak saudara yakni anak abang/adiknya).

8- Anak dari saudara perempuannya (anak saudara yakni anak kakak/adiknya).

9- Anak dari hubungan susuan.

10-Ibu Mertua.

11-Anak perempuan kepada suami/isterinya (anak tiri).

12-Menantu  (isteri kepada anak lelaki yang mana perempuan itu bukan anak angkat).

13-Memperisterikan dua wanita yang sekandung pada satu masa.

14-Wanita yang bersuami.

15-Wanita musyrik jika dia tidak menerima islam sebelum berkahwin.

Selain itu muslimin tidak mengamalkan konsep perkahwinan Mutt'ah.

Sabtu, 7 Februari 2015

Kita Mahu Ke Syurga Atau Ke Mana?

Apabila tidak mempunyai rakan berbangsa yahudi kemungkinan besar kesemua pertanyaan yang terkumpul terbiar begitu sahaja apabila bangsa arab bukan lagi berada di dalam dekad jahiliah tatkala saya berada jauh dari tanah air.

"Dikau menafikan bangsa-bangsa lain?"

"Agama monoteisme umumnya dapat dicirikan oleh bangsa arab, yahudi, nasrani juga bangsa parsi. Bukan saya menafikan bangsa lain tetapi agama samawi berbeza dengan agama tabii."


Diam adalah cara terbaik untuk kami setakat ini dari semakin berbeza yang bermakna semakin bersalah faham yang pasti menyukarkan apabila saling berpandangan.

Menurut catatan Imam Bukhari dan Imam Muslim, "yang baik di masa jahiliahnya dan baik pada masa Islamnya apabila mereka mengerti syariat Islam."

Aqal untuk berfikir dengan pimpinan Al-Quran dan hadis bukan membebaskan fikiran tanpa sempadan. Namun apabila diminta supaya diam mungkin menulis sahaja pilihan yang terakhir yang ada kepadanya.


Lalu dicatatkan catatan ini tanpa tahu bangsa yang mana lebih layak ditujukan untuk menjawabnya.

Penegasan Al-Quran dari surah Bani Israel ayat 4 bermaksud:
"Dan telah Kami (Allah) tentukan kepada bani Israel di dalam kitab itu, sesungguhnya kamu akan merosakkan bumi dua kali,  dan kamu akan sombong dengan kesombongan yang besar."

Surah Bani Israel ayat 5 bermaksud:
"Maka apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) yang pertama dari (kejahatan) kedua itu, 
Kami (Allah) datangkan kepadamu hamba-hamba Kami (Allah) yang perkasa, lalu mereka bermaharajalela di kampung-kampung (pinggir-pinggir negeri/sempadan). Dan ketetapan itu pasti terlaksana/berlaku."

Surah Bani Israel ayat 6 bermaksud:
"Kemudian Kami (Allah) berikan kepadamu giliran untuk mengalahkan mereka. Kami (Allah) membantu kamu dengan harta kekayaan dan anak-anak dan Kami jadikan kamu kelompok yang lebih besar."


Dia tidak tahu jika cikgu-cikgu berbangsa arab saya yang berasa 'jauh hati' dengan semua ini tatkala saya tidak mempunyai rakan berbangsa yahudi dan parsi.


Adakah syariah yang diubah dari masa ke semasa oleh keimanan para ulamak menerusi ijtihad tidak wajar menjadi perkara yang dibenarkan berada pada lingkaran pelajar-pelajar muslim meskipun diketahui wujud pembelajaran perbandingan agama di kalangan pelajar dan pensyarah bukan muslim di universiti di negara yahudi dan nasrani?


"Justeru itu dikau menghala perhatianmu untuk menjejaki nasab kekeluargaanmu bagi melupakan perkara-perkara yang berada di dalam fikiranmu?"


Bersuara pula emosi sanubarinya yang paling dalam.


Untuk apakah nasab kekeluargaan nasab Nabi Ibrahim alaisalam dibaca bila kesempatan dan peluang pembaikan kesilapan kekal ditradiskan oleh sistem negara utama dunia yang mensasarkan keganasan ke atas muslim dan muslimat yang tidak bersalah di dalam isu-isu kemanusiaan?

Lalu pohon apa yang mahu ditandakan sebagai pohon keluarga manusia apabila tokoh keamanan dunia masih mengabaikan kaedah yang telah dinyatakan oleh peristiwa-peristiwa dari Al-Quran tatkala penguatkuasaan gereja pernah melakukan hukuman yang dijelaskan oleh Al-Quran tetapi hukum perundangan islam dan masyarakatnya diwar-warkan sebagai kejam pada zaman ini?

Ayat 33 dari Suarah Al-Ma'idah:
Sesungguhnya pembalasan terhadap orang yang memerangi Allah dan RasulNya (sallallah hu alaihiwasalam), dan yang membuat kerosakan di muka bumi hukumnya ialah :
1- Dibunuh
2- Disalib
3- Dipotong tangan dan kaki secara bersilang
4- Dibuang ke luar negara.

KECUALI APABILA MEREKA BERTAUBAT SEBELUM KAMU MENANGKAP MEREKA.

Pembuktian perundangan dari fikh islam tidak membunuh tanpa hak, perundangan islam tidak menyalib, perundangan islam tidak memotong tangan dan kaki secara bersilang semenjak berdirinya pemerintahan islam di Kota Mukmin Madinah Al-Munawarah di bawah pemerintahan Rasululullah sallallah hu alaihiwasalam dan Khalifah Ar-Rashidin.

Apabila memandang kepada pemerintahan pada dekad ini sebagai contoh , kekal Mesir tidak mengamalkan amalan demokrasi yang sihat apabila kesempatan untuk melihat modeul sebuah kerajaan islam dikhianati sebelum pindaan Perlembagaan Mesir dilakukan oleh perwakilan sah yang mewakili pengundi.

Tidakkah dunia telah dirugikan untuk melihat kesederhanaan Ikhwan Muslimin?

Projek pemimpin alaf baru juga dirugikan oleh minda yang tertutup untuk melihat kesederhanaan islam pada praktik pemerintahan.

Dana penajaan bagi kempen memberdayakan sistem pilihanraya dengan tujuan pengurusan ekonomi wajarkah menjadikan keselamatan sebagai cagarannya ke atas dunia muslim?

Apakah yang diingini oleh sesetengah pihak ke atas hubungan ukhuwwah islamiah muslimin sedunia?