Memaparkan catatan dengan label Tauhid. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tauhid. Papar semua catatan

Ahad, 16 November 2014

Generasi La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah

Hampir keseluruhan bulan-bulan di dalam tahun hijriah mengandungi peristiwa-peristiwa utama yang diceritakan di dalam Al-Quran pada sudut sejarah yang diberikan sorotan berfokus di dalam hadis Rasulullah sallallah hu alaihiwasalam.


Muharam misalnya adalah detik pertemuan bagi setiap permulaan yang sering didoakan oleh Kekasih ummah, Muhammad bin Abdullah sallallah hu alaihiwasalam pada purnama baru yang bersinar pada setiap permulaan bulan agar diperlihatkan kepada ummat manusia agar memperolehi keimanan, keselamatan, keislaman, ketenangan sakinah, keafiatan, rezeqi serta taufik hidayah dan apa sahaja yang Rabbul Jalil suka dan redhai (riwayat Atthabarani'an Ibnu Umar).


Mentari, bulan, bintang, planet, langit, awan serta seluruh makhluk di angkasa mempunyai Pemilik.


Amalan berpuasa pada  Asyura dan Tasyu'a adalah ibadah yang berkait dengan perkisahan kesyukuran Nabi Musa alaihissalam dan bani Israel yang terlepas dari kekejaman Firaun telah disambut dengan hak oleh Rasulullah sallallah hu alaihiwasalam bagi ummatnya muslimin untuk berpuasa sebelum atau selepas 10 Muharam.


Bagaimanakah kita mengabaikan kisah-kisah sejarah dari Al-Quran sehingga hampir kesemua perwatakan sifat manusia yang mulia dan yang cela telah berulang berkali-kali dibentuk oleh kemajuan tamadun serta peradaban kemodenan masa kini?


Apakah 12 Rabiul Awal menjadi peristiwa penting sekiranya tanpa tahun gajah?


Gajah asal usul habitatnya dinyatakan oleh Surah Al-Fiil dengan virus yang didatangkan dari angkasa tersimpan kukuh di dalam ingatan pembaca juz amma namun sejarah Doktor Livingstone lebih mendapat rujukan sifat berkasih sayang simpati ke atas khalayak yang serba naif di benua hitam dunia itu yang penuh dengan virus dan penyakit, tatkala Abrahah dihukum kerana berhajat merobohkan Baitullah.


Baitullah mempunyai sejarah di dalam kitab Al-Quran yang tidak pernah berubah bahasanya.

Niat dan rancangan yang disimpan bagi merobohkan Ka'abah sejak awal-awal lagi digagalkan sebelum 'Periqlytos' dilahirkan.


Tidak upaya buat kemajuan keintelektualan peradaban moden untuk menafikan keaslian bahasa Al-Quran yang memberikan nama Ahmad kepada Rasul yang akhir, Muhammad sallallah hu alaihiwasalam setelah bahasa kuno purba "Eudokia' musnah bersama keruntuhan bahasa ibrani dan arami serta tamadun yunani.



Virus yang didatangkan bersama burung-burung ababil itu telah membunuh haiwan sebesar gajah.

Rejab, Syakban, Ramadhan, Syawal, Zulkaedah dan Zulhijjah mengandungi peristiwa-peristiwa utama yang diceritakan di dalam Al-Quran pada sudut sejarah dan pernyataan Kekasih Allah sallallah hu alaihiwasalam di dalam hadisnya.


Siapakah yang merubah peristiwa-peristiwa yang disampaikan oleh malaikat Jibrail?


Usia-usia nabi-nabi ada yang mencapai ratusan tahun tanpa seorang pun disabitkan sebagai anak Tuhan bila hanya Nabi Adam alaihissalam sahaja yang dilahirkan tanpa ibu bapa, manakala Nabi Isa alaihissalam dilahirkan tanpa bapa. 

Nabi Adam dan Nabi Isa alaihissalam bukan anak-anak Tuhan (Allah).


Perintah mengorbankan Nabi Ismail alaihissalam antara peristiwa utama kepada ibadah haji ummat islam yang menjelaskan siapa Allah dan perbezaan Pencipta dengan makhluk yang diciptakanNya, yang dijelaskan dengan mudah bagi menolak konsep Bapa Tuhan, Anak Tuhan dan Roh Kudus.

Ketaatan kepada Allah yang tidak dibantah.

Apakah yang didoakan oleh seorang bapa yang mukmin?

Nabi Ibrahim berdoa mendapat seorang anak yang soleh.

Nabi Ibrahim bernikah dengan Siti Hajar yang melahirkan Nabi Ismail.

Hanya berlainan gender sahaja yang bernikah dapat membentuk  darah daging setelah sperma tersimpan di dalam ovari yang memenuhi maksud berakal oleh kesihatan dari cara hidup yang baik.


Al-Quran mempunyai kaedah kaji baka yang tunduk kepada Al-Malik melalui proses penciptaan Nabi Adam alaihissalam yang perlu dijelaskan dengan huraian yang nyata dan terang bagi mengesakan pentauhidan kepada Allah subhanahu wata'ala bahawa Allah tidak mempunyai anak, tidak mempunyai bapa dan tidak mempunyai ibu.


Dan Nabi Adam atau Nabi Isa bukan anak-anak lelaki Allah.







Sabtu, 12 Julai 2014

Ramadhan Berakidah Atau Akidah Itu Roh Ramadhan?

Setelah sekian lamanya Ramadhan menjadi lembayung kasih sayang antara para hamba dengan Pencipta mereka, wajah peribadi bagi mereka yang berpuasa pada bulan Ramadhan itu masihkah tidak beridentiti?


Bagaimanakah wajah dan identiti bagi pemilik Ramadhan yang berpuasa?

Wajah yang lesu?

Jasad yang beku?

Mata yang bersinar dan bercahaya meskipun sering beriring kuapan jemu?

Hati yang cemburu kerana ketiadaan ilmu?

Minda yang kaku kerana enggan berasa silu?


Bagaimanakah wajah dan identiti bagi pemilik Ramadhan yang berpuasa?

Tanpa sahur 

Tanpa juadah selain salad dan sayur?

Makan hanya di waktu tertentu dengan menu yang disyor?




Ramadhan 1435 mengetuk pintu sanubari.

Menyusun ruhani menyantun emosi mengakhlakkan diri

Berhari-hari Ramadhan memberkati berkali-kali juga kasih Allah memberi 

Masih juga dicari di mana hilangnya keinginan untuk menginsafi.



Al-Quran adalah mukjizat yang dikongsikan secara bersama oleh Al-Malik dengan KekasihNya Rasullullah sallallah hu alaihiwassalam.


Mukjizat ini juga dikongsikan oleh Rasulullullah sallallah hu alaihiwassalam dengan ummatnya yang tidak akan menjadi nabi atau rasul tetapi beramanah untuk menjadi saksi kerasulan Muhammad bin Abdullah sallallah hu alaihiwassalam.



Bahasa bisu berlegar dengan sulaman sakinah yang manisnya memenuhi segenab rasa..


Antara pengguna tanduk kecil dengan tanduk besar, tidakkah ia merujukkan sesuatu?


Masih surah Al-Kahfi memetakan minda ini.


Sepi selama ini kerana mahu berhati-hati

Setelah berjalan tanpa petunjuk 

Setelah sendirian dengan resah dan keliru

Setelah mata berbalut sentiasa tanpa melihat cahaya

Setelah diarah disuruh dipaksa mencari

Sepi selama ini kerana mahu berhati-hati


Setelah berserah kepada Al-Waliyy

Setelah tidak upaya bersembunyi dari Al-Muhsi

Aqal diserah kepada Al-Qawi

Kerana siapakah kita berbanding dengan Al-Hasib Al-Kaafi?


Ramadhan meletakkan sakinahnya di mana-mana

Ramadhan dimiliki alam angkasa dan benua

Bila Pemiliknya menebarkan sayap-sayap para malaikat

Untuk mengatur takdir setiap diri hamba-hambaNya...


Namun rumahku bukan diserata ceruk rantau yang boleh dinamakan kediaman

Rumahku bukan di sempadan yang tidak bertanda!

Rumahku bukan di pusara kuburan tanpa batu nesan!

Rumahku bukan di udara terawang-awangan!

Rumahku bukan di dasar lautan terbenamnya tulang-tulang ikan Nun!

Rumahku bukan di dalam hutan di atas pokok ran atau di dalam gua bersesawangkan najis kelawar! 

Saya bukan orang gelandangan yang terbuang atau diusir!

Saya bukan orang merempat kerana menjadi pelarian atau buruan!


Siapakah lelaki yang bertanduk yang ditakuti tatkala sejarah tentang haiwan-haiwan buas mengenai tanduk-tanduk kecil dan tanduk-tanduk besar hanya di atas kepala haiwan?

Adakah yang bertanduk itu adalah mahkota seorang Raja bila ditolak wanita memiliki pengibaratan bertanduk?






Sabtu, 16 Februari 2013

Ingatan


Catatan 10/1/2013

Bismillah hirrahma nirrahim


Saya tidak pasti bagaimana 'minda saya dimanipulasikan' sejak  meninggalkan tanah air kesan dari terhubung dengan gelombang frekuensi ... 


Lapangan luas gurun seperti tertaakul dengan sesuatu yang tidak dapat dipastikan ...


Dunia telah meniti usia kata minda...

Dibiarkan sahaja kerana fitrah kejadian bukan tanggungjawab akal untuk memikirkannya setelah dalil membuktikan alam ini miliki Pencipta yang dituntun oleh Rasulullah sallallahualaihiwasalam agar beriman dengannya bukan memikirkannya.


Ingatan semasa memasuki Oman ditangani dengan rasional.

Selat Hormuz di Teluk Arabia menemukan batu-batuan berusia billion tahun...



Ziarah musafir keluarga Harith/Lelawati ke Musandam 18/7/11



Adakah aras laut menimbulkan dinding yang tenggelam tatkala bahtera Nabi Nuh belayar?


Menelaah Jabal Syams dan perbukitan batu  di Musandam meninggalkan bualan di dalam jiwa ...


Permusafiran keluarga 18/7/11


Membaca ketidakpedulian bani Adam dekad mellinium terhadap keberdayaan Nabi Sulaiman (alaihissalam) berkomunikasi dengan makhluk alam yang lainnya sehingga menguasai makhluk di alam ghaib yang membawa kemakmuran kepada alam ketika capaian kemudahan kemodenan zaman belum wujud, membuatkan saya memahami pendirian muktazilah yang tergelincir imannya yang banyak terdapat di rantau teluk ini....

Ia juga mengimpakkan bagaimana peradaban eropah mengungguli hal-hal 'alam maya' sehingga mereka menguasai pembinaan jalur gelombang pada alam raya.


Fikiran tidak boleh sepenuhnya dipercayai jika tidak dihubungkan dengan dalil yang dibawa oleh nubuwwah rasul-rasul pada Al-Quran...

Menemukan wanita-wanita solehah membuatkan bahasa neuro saya disederhanakan....

Ia menemukan saya dengan pembicaraan tauhid yang sangat jelas huraiannya...

Sesuatu yang wajar kekal dilakukan agar status muslim tidak hanya menjadi status yang diwariskan kepada generasi demi generasi  melainkan perlu diusahakan pemilikan status mukmin sebagai usaha dan ikhtiar di dalam pendidikan islam...


Tarbiah sebagai muslim tidak wajar diganggu dengan apa-apa dakwaan.

Tarbiah sebagai muslim tidak wajar membina ikon tertentu bagi menggemilangkan usaha yang diberikan laras penanda bagi sesetengah bangsa dan kaum oleh perjuangan atau jasa...


Tauhid dengan sah dibicarakan dalam suasana yang sederhana di kelas...
Dalam suasana berkasih sayang untuk menekuni pengakuan Allah tanpa ilah yang lain untuk disembah dan RasulNya sallallahualaihiwasalam diakui sebagai pesuruhNya ... 
 

Rasul dan nabi adalah lelaki yang hanya bertugas menyampaikan bukan menyembunyikan.

Siapakah yang menyembunyikan penerangan dan keterangan kitab ... minda saya sangat sukar untuk ditahan dari berbicara...

Rukun Iman mendahului penghayatannya untuk difahami makna mengaku bagi menerima ikrar yang terkandung dari Rukun Islam.


Belajar untuk beriman .... sering saya suarakan ke dalam diri apabila memandang wajah wanita yang sederhana penampilannya ..... bukan belajar untuk mempertikai .... belajar untuk menjadi kukuh beriman bukan belajar untuk membantah ... belajar untuk merendahkan diri kerana mencari taqwa bukan belajar untuk berbangga dengan kepandaian yang dianugerah ...


Menghayati pengajaran yang disampaikan membuatkan  pemahaman tafsir dari ayat 43 surah An-Nur mengikat minda saya seketika yang seakan-akan menghilangkan diri saya pada kalimat 'Allah mengarak awan' dengan petunjuk kalimat '  oleh cikgu.



Apakah saya sengaja dibiarkan 'untuk sakit' tatkala saya waras dan berasional?


Saya mahu membuktikan jiwa dan fikiran saya tidak 'sakit'?

Allah mengarahkan awan berarak.


Sumber tenaga dari pancaran arus voltage terkandung sarat di dalam beberapa ayat dari Al-Quran.


Pelajaran Sains dengan pola metafizikal dari sistem pendidikan barat gagal menjadi teladan kepada pembinaan ummah ketika mana tanda-tanda kebesaran Allah tidak ditemui di dalam kelas-kelas di sekolah mereka.


Ingin saya nyatakan kepada cikgu bahawa saya sering mahu memudahkan cara pemahaman iman kesan tercabar oleh pemisahan agama dari menjadi budaya kepada sistem pendidikan di negara-negara di dunia muslim.


Ingin saya memohon agar belajar beriman ini menjadi pelajaran yang disukai oleh anak-anak tanpa mereka berasa ingin meminggir jauh oleh pelbagai tegahan dan larangan yang tegas oleh prinsip yang jelas tetapi gagal difahami oleh mereka.


Bagaimanakah tanda kebesaran Allah turut tidak ditemui dari sistem pendidikan sekolah di dunia muslim, agak keraskah soalan ini andai saya ujarkan kepada cikgu?



Kilat dari pemancar zarah-zarah beta menikam sista protozoa
Uraian molekul bergugusan
Adalah mikro efektif yang mulai menyaring
Menyejat mineral oksida
Menanti dakapan sinar infra merah yang jauh.


Meminta api yang jauh di perbukitan Sinai Nabi Musa alaihisallam, membuatkan saya mulai berfikir hikmah surah Al -Hadid menjadi surah di dalam Al-Quran dan kisah Nabi Daud (alaihisallam)  yang melembutkan besi dengan tangannya sahaja saat Tembuk Besi turut dibina oleh Zulkarnain...