Bolehkah bertanya?
Apakah hak kebebasan yang memerdekakan minda itu diperjudikan?
Kamu mahu ke Las Vegas?
Monte Carlo juga ada medan perjudian.
Dikau lupa di Genting Highland mu juga upaya dipertaruhkan
berbagai jenis aura?
Namun dikau berjudi pada nilai kemanusiaan.
Berjudi di atas kesengsaraan ummat yang dimiskinkan terlebih
dahulu perut dan mindanya.
Perhubungan siapa sebenarnya yang mahu dikau perjudikan?
Lazimnya tuduhan-tuduhanmu tidak berasas.
Adakah
wujud keberanian wanita-wanita untuk tampil ke hadapan untuk mengesahkan bahawa
wujud kebenaran untuk nasib mereka diperjudikan atas tawaran-tawaran
wang,tender,perjanjian dan muafakat yang dikompromikan misalnya pencarian cinta, kasih, simpati, belas kasihan dan tumpuan yang disediakan habuan yakni wang dengan
jumlah pakej yang lumayan?
Mereka
membenarkannya! Mereka memeriahkannya! Mereka menyambutnya!
Usah dikau abaikan itu.
Sejauh
manakah kebenaran wujud cabaran-cabaran sesama lelaki dari kalangan komuniti
eliet umpamanya, mencabuli kepercayaan wanita, kemudian mereka sedia
memperjudikan nasib wanita dengan sesama sendiri mencabar untuk menikah atau
menggauli secara berzina yang dimulai dengan sifat berpura-pura tertawan atau
tertarik yang berakhir dengan penterjemahan peradaban yang tidak ada nilai
moralnya?
Sebaliknya
dikau lupa wujud fenomena wanita yang perlu didanakan sedia diletakkan sebagai
pertaruhan untuk diperjudikan kecantikan, kesengsaraannya, bagi
diekspolitasikan sepenuhnya oleh media?
Jangan dikau abaikan anjuran muta'ah mu itu merendahkan lelaki-lelaki dan wanita-wanita mu yang beragama!
Adakah
ia menyelesaikan masalah jenayah dan kerosakan moral akhlak ummat?
Jika
ada dan ianya benar serta dipersetujui bolehkah dinyatakan ia dimunculkan dari
minda sebelah mana atas dasar apa juga atas sifat bagaimana demi matlamat apa
ia diwacanakan?
Apabila
menoleh dunia terabaikah syurga?
Apabila
menoleh akhirat terabaikah neraka?
"....supaya tidak ada alasan bagi manusia untuk menyalahkan Allah setelah tibanya para Rasul kerana itu adalah Maha Gagah Maha Bijaksana."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan