Sabtu, 12 Julai 2014

Ramadhan Berakidah Atau Akidah Itu Roh Ramadhan?

Setelah sekian lamanya Ramadhan menjadi lembayung kasih sayang antara para hamba dengan Pencipta mereka, wajah peribadi bagi mereka yang berpuasa pada bulan Ramadhan itu masihkah tidak beridentiti?


Bagaimanakah wajah dan identiti bagi pemilik Ramadhan yang berpuasa?

Wajah yang lesu?

Jasad yang beku?

Mata yang bersinar dan bercahaya meskipun sering beriring kuapan jemu?

Hati yang cemburu kerana ketiadaan ilmu?

Minda yang kaku kerana enggan berasa silu?


Bagaimanakah wajah dan identiti bagi pemilik Ramadhan yang berpuasa?

Tanpa sahur 

Tanpa juadah selain salad dan sayur?

Makan hanya di waktu tertentu dengan menu yang disyor?




Ramadhan 1435 mengetuk pintu sanubari.

Menyusun ruhani menyantun emosi mengakhlakkan diri

Berhari-hari Ramadhan memberkati berkali-kali juga kasih Allah memberi 

Masih juga dicari di mana hilangnya keinginan untuk menginsafi.



Al-Quran adalah mukjizat yang dikongsikan secara bersama oleh Al-Malik dengan KekasihNya Rasullullah sallallah hu alaihiwassalam.


Mukjizat ini juga dikongsikan oleh Rasulullullah sallallah hu alaihiwassalam dengan ummatnya yang tidak akan menjadi nabi atau rasul tetapi beramanah untuk menjadi saksi kerasulan Muhammad bin Abdullah sallallah hu alaihiwassalam.



Bahasa bisu berlegar dengan sulaman sakinah yang manisnya memenuhi segenab rasa..


Antara pengguna tanduk kecil dengan tanduk besar, tidakkah ia merujukkan sesuatu?


Masih surah Al-Kahfi memetakan minda ini.


Sepi selama ini kerana mahu berhati-hati

Setelah berjalan tanpa petunjuk 

Setelah sendirian dengan resah dan keliru

Setelah mata berbalut sentiasa tanpa melihat cahaya

Setelah diarah disuruh dipaksa mencari

Sepi selama ini kerana mahu berhati-hati


Setelah berserah kepada Al-Waliyy

Setelah tidak upaya bersembunyi dari Al-Muhsi

Aqal diserah kepada Al-Qawi

Kerana siapakah kita berbanding dengan Al-Hasib Al-Kaafi?


Ramadhan meletakkan sakinahnya di mana-mana

Ramadhan dimiliki alam angkasa dan benua

Bila Pemiliknya menebarkan sayap-sayap para malaikat

Untuk mengatur takdir setiap diri hamba-hambaNya...


Namun rumahku bukan diserata ceruk rantau yang boleh dinamakan kediaman

Rumahku bukan di sempadan yang tidak bertanda!

Rumahku bukan di pusara kuburan tanpa batu nesan!

Rumahku bukan di udara terawang-awangan!

Rumahku bukan di dasar lautan terbenamnya tulang-tulang ikan Nun!

Rumahku bukan di dalam hutan di atas pokok ran atau di dalam gua bersesawangkan najis kelawar! 

Saya bukan orang gelandangan yang terbuang atau diusir!

Saya bukan orang merempat kerana menjadi pelarian atau buruan!


Siapakah lelaki yang bertanduk yang ditakuti tatkala sejarah tentang haiwan-haiwan buas mengenai tanduk-tanduk kecil dan tanduk-tanduk besar hanya di atas kepala haiwan?

Adakah yang bertanduk itu adalah mahkota seorang Raja bila ditolak wanita memiliki pengibaratan bertanduk?






Tiada ulasan: