Saya berusaha untuk memisahkan mereka dengn kesemua catatan blog-blog saya apabila ternyata mereka masih memerlukan pendapatan dari riba kerana masih enggan menyatakan dengan jelas kepada masyarakat pemodal yahudi dan nasrani bahawa mereka tidak boleh berniaga dengan modal dan keuntungan dari riba.
'Siapakah 'mereka' yang dikau maksudkan itu tatkala guru-gurumu adalah wanita muslimin yang semakin dekat bersifat mukminah ya penulisku?'
Saya tidak tahu kerana keashikkan menulis membuatkan saya tidak memberi perhatian kepada perkara yang berada di luar lingkaran aktiviti menulis saya.
'Mereka mahu membuatkan dikau terhalang dari menulis dengan pelbagai aktiviti pembelajaran kerana mereka tahu kelemahan untuk membuatkan dikau berasa rendah diri adalah dengan menuntut perhatianmu untuk tidak menjadi pelajar tercorot di dalam kelasmu.'
Biarlah. Saya tidak ambil hati kerana saya tidak memilih untuk menjadi pelajar terbaik setelah anak gadis saya dengan sepenuh hati ingin menggalas kelemahan diri saya di dalam pelajaran.
'Bagaimanakah upaya membuatkan kamu berasa terkecewa wahai penulisku?'
Siapakah yang tidak basah apabila mandi?
Siapakah yang tidak panas jika berhampiran dengan api?
Siapakah yang tidak menggigil jika berada di tempat yang sejuk?
Siapakah yang tidak tertawa jika sedang gembira?
Siapakah yang tidak menangis jika sedang bersedih?
Siapakah?
Begini sahajalah.
Jika 'mereka' sukar menyatakan kepada rakan pelaburannya bahawa riba itu punca kemunduran peradabannya walau dipacu dengan ketinggian teknologi, biarlah sahaja saya menyatakan bahawa الجنة حق و النار حق
Tadabburkan ayat 148-
176 dari surah An-Nisa’ berulang kali kerana menjadi Haq Al-Haq yang menjadi
saksi ke atas setiap yang telah diperlakukan ke atas kelian.
148: Allah tidak menyukai perkataan buruk yang diucapkan secara berterus
terang kecuali oleh
ORANG YANG DIZALIMI.
Mengapa?
Kerana Allah Maha Mendengar Maha Mengetahui.
149: Jika kamu
menyatakan sesuatu kebajikan, menyembunyikanya atau memaafkan sesuatu
kesalahan orang lain sesungguhnya Allah Maha Pemaaf , Maha Berkuasa.
150: Sesungguhnya
orang-orang yang ingkar kepada Allah dan rasul-rasulNya dan bermaksud
membeza-bezakan keimanan kepada Allah dan rasul-rasulNya dengan berkata:
‘Kami
beriman kepada sebahagian dan kami mengingkari sebahagian yang lain,’ oleh niat
untuk mengambil jalan tengah (untuk beriman atau kafir)
151: Merekalah
orang-orang kafir yang sebenarnya. Dan Kami menyediakan untuk orang-orang kafir
itu azab yang menghinakan.
152: Adapun
orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasulNya tidak membeza-bezakan
di antara rasul-rasul, kelak Allah akan memberikan mereka pahala.
Allah Maha
Pegampun, Allah Maha Penyayang.
153: Ahli Kitab meminta
Rasulullah sallallah hu alaihiwassalam agar menurunkan kitab dari langit kepada
mereka. Sesungguhnya mereka juga telah meminta lebih besar dari itu. Mereka
berkata:
’ Perlihatkan Allah kepada kami secara nyata.’ MEREKA DISAMBAR PETIR KERANA KEZALIMAN
MEREKA. Kemudian mereka menyembah anak sapi (yakni patung anak lembu yang
diperbuat dari emas untuk disembah) walaupun setelah dilihat bukti-bukti
yang nyata, namun demikian Allah memaafkan mereka dan telah Kami berikan kepada
Musa kekuasaan yang nyata.
154: Dan Kami angkat
gunung (Sinai) di atas mereka bagi menguatkan perjanjian mereka. Dan Kami
perintahkan mereka,’ Masuklah pintu gerbang
(Baitumuqaddis) itu sambil bersujud,’ dan Kami perintahkan kepada
mereka, Janganlah kamu melanggar peraturan mengenai hari Sabat. Dan Kami telah
mengambil dari mereka perjanjian yang kukuh.
155: Maka (Kami hukum
mereka – oleh sambaran petir dan menjelmakan mereka sebagai kera) kerana:
MELANGGAR
PERJANJIAN.
KERANA
KEKAFIRAN KE ATAS KETERANGAN-KETERANGAN ALLAH.
KERANA MEREKA TELAH MEMBUNUH
NABI-NABI TANPA HAK.
KERANA
MEREKA MENGATAKAN ‘HATI KAMI TERTUTUP’.
Sebenarnya Allah telah
mengunci hati mereka kerana kekafirannya kerana itu hanya sebahagian kecil dari
mereka yang beriman.
156: Dan (Kami hukum
mereka) kerana KEKAFIRAN MEREKA TERHADAP NABI ISA dan
TUDUHAN KEJI MEREKA TERHADAP MARYAM.
(TUDUHAN
KEJI ITU IALAH NABI ISA LAHIR SEBAGAI ANAK HARAM KERANA IBUNYA HAMIL KETIKA
SEDANG HAIDH DAN DISELIMUTI OLEH ROH ESAU. NABI ISA ADALAH SEORANG YANG GILA, PENYEBAR KHURAFAT
YANG MENYESATKAN UMMAT MANUSIA KERANA ITU DIA DISALIB, DIBENAMKAN KE DALAM
NERAKA DAN DIJADIKAN BERHALA AGAR DISEMBAH OLEH PENGIKUTNYA.)
157: Dan (Kami hukum mereka)
kerana ucapan mereka:
SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MEMBUNUH
AL-MASIH, ISA PUTRA MARYAM, RASUL ALLAH.
Pada hal mereka TIDAK
membunuh Nabi Isa dan TIDAK menyalibnya TETAPI (yang mereka bunuh adalah)
seorang yang dimiripkan dengan Nabi Isa.
Sesungguhnya mereka yang berseliseh pendapat
tentang pembunuhan Nabi Isa selalu berada di dalam keraguan tentang pembunuhan
ini.
Mereka benar-benar
tidak tahu (siapakah sebenarnya yang telah dibunuh itu) melainkan menurut
persangkakan sahaja kerana tidak yakin telah membunuh Nabi Isa.
158: Tetapi Allah
telah mengangkat Nabi Isa alaihissalam
ke hadiratNya. Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana.
159: Tidak ada seorang
pun di antara Ahli Kitab yang tidak beriman kepada Nabi Isa menjelang
kewafatannya- (Orang yahudi dan nasrani akan beriman kepada Nabi Isa sebelum
baginda wafat kerana mengakui Nabi Isa bukan anak Allah tetapi adalah rasul
Allah.)
Dan pada hari kiamat
Nabi Isa akan menjadi saksi mereka.
160: Kerana kezaliman
orang-orang yahudi, Allah HARAMKAN bagi
mereka makanan-makanan yang baik-baik (pada zaman itu) yang pernah dihalalkan
buat mereka dan kerana (orang yahudi) sering menghalang (orang lain) dari jalan
Allah.
161: DAN KERANA MEREKA MENGAMALKAN RIBA, PADA HAL
SESUNGGUHNYA MEREKA TELAH DILARANG DARI RIBA.
DAN
KERANA MEREKA MEMAKAN HARTA ORANG LAIN SECARA TIDAK SAH YAKNI SECARA BATIL.
Dan Allah menyediakan
untuk orang-orang kafir di antara mereka azab yang pedih.
162: Tetapi
orang-orang yang ilmunya mendalam di antara mereka dan orang-orang yang
beriman, mereka beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepadamu (ya
Muhammad) dan kepada (kitab-kitab) yang diturunkan sebelummu, begitu pula mereka yang mengerjakan solat dan membayar zakat dan beriman kepada Allah dan hari akhirat.
Allah akan memberikan pahala yang besar kepada mereka.
163: Sesungguhnya Kami
mewahyukan kepadamu (ya Muhammad) sebagaimana Kami telah mewahyukan kepada Nabi
Nuh dan nabi-nabi setelahnya dan Kami telah mewahyukan kepada Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaakub, dan anak cucunya Isa,
Ayyub, Yunus, Harun dan Sulaiman.
Dan Kami telah
memberikan zabur kepada Daud.
164: Dan ada beberapa
rasul yang telah Kami kisahkan mereka kepadamu sebelumnyadan ada beberapa orang
rasul lain yang tidak Kami kisahkan mereka kepadamu. Dan kepada Musa, Allah
berfirman secara lansung.
165: Rasul-rasul itu
adalah sebagai pembawa berita gembira dan pemberi peringatan agar tidak ada
alasan bagi manusia untuk membantah Allah setelah rasul-rasul diutus. Allah
Maha Perkasa, Maha Bijaksana.
166: Tetapi Allah
menjadi saksi atas (Al-Quran) yang diturunkanNya kepadamu (ya Muhammad). Dia menurunkannya
dengan ilmuNya dan para malaikat pun menyaksikan. Dan cukuplah Allah menjadi
saksi.
167: Sesungguhnya
orang-orang yang kafir dan menghalang orang lain dari jalan Allah, benar-benar
telah sesat sejauh-jauhnya.
168: Sesungguhnya
orang-orang yang kafirdan melakukan kezaliman, Allah tidak akan mengampuni
mereka dan tidak pula akan menunjukkan kepada mereka jalan (yang lurus).
169: Kecuali jalan ke
neraka Jahanam, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Dan hal itu (sangat)
mudah bagi Allah.
(Anda wajar
memahami seruan dakwah ini yang mahukan anda tidak berada di dalam neraka tanpa
meminta harta dan wang anda)
170: Wahai manusia!
Sungguh telah datang Rasul (Muhammad sallallah hu alaihiwassalam) kepadamu
dengan membawa kebenaran dari Tuhanmu, maka berimanlah kepadaNya, itu lebih
baik buatmu.
Dan jika kamu kafir
(itu tidak merugikan Allah sedikit pun) kerana sesungguhya milik Allahlah apa
yang ada di langit dan di bumi. Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana.
171: Wahai Ahli
Kitab!Janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu, dan janganlah kami
mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar.
Sungguh, Al-Masih Isa
anak lelaki Maryam itu adalah utusan Allah dan (yang diciptakan dengan)
kalimatNya (tanpa bapa) yang disampaikanNya kepada Maryam dengan tiupan roh
dariNya.
Maka berimanlah kepada
Allah dan rasul-rasulNya.
Dan janganlah kamu
mengatakan, ‘Tuhan itu) tiga. Berhentilah
dari ucapan ini.
Itu
lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Esa. Mahasuci Dia dari
anggapan mempunyai anak.
Milik Allahlah apa
yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan cukuplah Allah sebagai
pelindung.
171: Al-Masih sama
sekali tidak ingkar menjadi hamba Allah dan begitulah pula para malaikat yang
terdekat kepada Allah (Jibrail, Mikail dan Israfil).
Dan barang siapa
enggan menyembahNya dan menyombongka diri maka Allah akan mengumpulkan mereka
semua kepadaNya.