Rabu, 26 Jun 2013

Keturunan Menurut Fikh Islam

 26/4/2013

Hari ini bertarikh 26 April tahun 2013.  Dan saya kembali dapat memasuki semula genidotcom setelah lama tidak melayari laman yang saya anggap telah memanipulasikan informasi pengguna yang mempunyai kepercayaan untuk menjejaki susur keluarga melalui tawaran perkhidmatan yang ditawarkan oleh genidotcom.

Saya mengusahakan secara persendirian waktu menjejaki susur galur nasab emak (Hajjah Nafsiah binti Salleh) dan abah (allahyarhamhu 14556 Mohd Ali bin Ahmad)



Waktu mula menyusun susunan keluarga saya sendiri, saya mengunakan nama pena thanaif dan tejathanaif kerana saya adalah penulis yang aktif di siber ketika itu.


Penulisan saya melalui blog mengketengahkan idea penulisan yang dinukilkan dengan sepenuh kesedaran realiti bahawa saya berada di tanah semenanjung  arab yakni di Qatar.


Kedudukan di tengah benua menjadikan minda masyarakat Qatar seperti dicabar dari pelbagai sudut kerana mereka dilihat sangat 'kerdil' untuk mewakili dunia arab setelah berjaya menewaskan Amerika dan England untuk terpilih menjadi penaja bagi siri kejuaraan Piala Dunia acara bola sepak oleh FIFA bagi tahun 2022.

Tekanan dan cabaran itu ditelaah dengan sepenuh keterbukaan walau pun sesekali saya sendiri tidak dapat menerima proses bagaimana cabaran itu hampir menenggelamkan fokus untuk mengisi pembangunan keinsanan di lapangan kesukanan.


Pelbagai medium cuba dinteraksikan bagi melokasikan Doha sebagai bandar yang diurus tadbir oleh orang arab yang bersikap terbuka walau pun masih kekal sifat konservetifnya, namun sesalur dari genidotcom ini amat-amat mencabar kesabaran saya.


Lantas kerana itu saya catatkan kelemahan yang dizahirkan oleh genidotcom antaranya ialah :


1-     Kelemahan yang masih menggunakan email untuk mendapat pengesahan ahli keluarga. 
Cara ini gagal dilihat sebagai cara yang tepat dan fleksibel kerana emak saya malah ada di antara kakak-kakak saya tidak menggunakan internet secara aktif malah bapa dan ibu saudara saya kebanyakannya telah berusia melebihi enam puluh tahun.

2-     Kelemahan lainnya ialah masih kekal mengaitkan perbincangan keluarga lain dengan profil saya  sendiri.

3-     Genidotcom gagal mengenal pasti bangsa, agama dan negara pengguna website ini apabila mempaparkan etnik dan bangsa lain ke atas profil (tejathanaif @ thanaif) yakni Lelawati binti MohdAli.

4-     Genidotcom mengabaikan dengan tidak mengambil kira bahawa susunan keluarga wajar bermula dari nasab generasi pembina profil. Misalnya apabila sesuatu penyusunan nasab diri sendiri dibuat sudah tentu ianya mesti bermula dari ke dua ibu bapa pembina profil itu. Misalnya selepas saya melengkapi susunan keluarga saya yang terdiri dari suami dan anak-anak sudah tentu saya perlu melihat kepada susunan keluarga adik beradik saya sendiri dengan pasangan mereka dan anak-anak mereka.  

Tujuan genidotcom sudah tentu berbeza dengan niat saya menyusun salasilah keluarga bagi (tejathanaif @ thanaif) yakni diri sayasendiri, Lelawati binti MohdAli.

Akhirnya genidotcom upaya merajahkan susunan keluarga yang saya informasikan di website mereka.






5-     Genidotcom mesti menghormati siapa yang menyusun keluarga dan siapa keluarga yang diperlukan untuk penyusunan  itu dilengkapi susur salasilah keluarganya. 
Maksud saya ialah genidotcom mesti mengasingkan keluarga pasangan yakni suami atau isteri pembina profil dari diletakkan kepada jalur susunan keluarga pembina profil atau menjadi pemoderator bagi menambah atau meminda nasab keluarga pasangan mereka.

 Sangat penting ahli keluarga pasangan tidak dibenarkan menjadi pengendali yang bertindak menambah informasi keluarga pembina profil. 

Ini bagi menghindari pertindihan yang diwujudkan sekiranya ada persamaan nama bagi ahli keluarga suami atau isteri.  

Kepada penganut islam keluarga yang dibina dari perkahwinan adalah berbeza dengan keluarga yang dibina oleh pertalian darah. 

Wujud perbezaan hak dan tanggungjawab yang bersifat amanah yang gagal difahami oleh masyarakat bukan muslim.

6-     Genidotcom wajar mewujudkan hubungan dengan ahli kaji penyelidikan sains dari unit kajian baka/ keluarga negara pengguna-pengguna website ini jika benar-benar ianya mempunyai manafaat. Atau membina hubungan dengan mewujudkan jabatan/jawatankuasa yang upaya menasihati aspek-aspek keagamaan yang sangat kukuh membina keluarga mereka yang beragama islam.

7-     Saya berpendapat Genidotcom wajar memahami kewujudan wanita di dalam keluarga wanita-wanita itu sendiri kerana kedudukan wanita muslim setelah berkahwin tidak menghilangkan keberadaan dan haknya di dalam perundangan islam berbanding wanita kristian yang menggunakan nama suami setelah berkahwin yang mana sebelum itu mereka membawa nama keluarga yakni nama bapa mereka.  

Persaudaraan melalui perkahwinan menjadikan wujud ketoleransian untuk saling menghormati batas dan sempadan yang ditentukan oleh fikh.

8-    Sekiranya Genidotcom upaya memanafaatkan interaksi pengguna yang mempercayai website mereka Genidotcom berupaya memahami dengan bersedia mempelajari bagaimana proses perlaksanaan  syariah islam adalah bertujuan memelihara kemuliaan pembinaan keluarga bermula dari munakahat kerana membina kekeluargaan di dalam agama islam adalah bertujuan untuk membina keturunan. 

Keturunan inilah generasi yng dilahirkan bagi setiap ummat mengikut zaman mereka.

Tiada ulasan: