Jumaat, 7 Jun 2013

Petikan Jiwa Buat Dinazamkan Minda


Catatan ini dinukilkan tatkala mengenangkan nasib isteri-isteri tahanan-tahanan ISA khususnya Puan Norlaila Othman,

1

Duhai wanita,

 2
Apakah kita tidak sedia berkroni dengan syurga?

3
Menyorot akar nasab keturunan ke manakah berakhirnya jika tidak ke syurga?

4
Apakah dikau tahu amat tidak secucuk dengan maksud keterangan surah Al-Qalam yang mahukan minda itu menjadi pena untuk didekatkan kejauhan akhirat itu dengan syurga setelah diketahui keadaan di neraka tatkala pembacaan itu mahu dicurigai?

5
Adakah kita selama ini gagal mengungguli pembicaraan maksud al-quran dan santunan hadis yang sumber kuasa bahasanya sebagai bahasa syurga disederhanakan, lantaran yang mahu digembur masih bukan lidah ibunda sehingga yang terpenjara di pintu ISA tidak diingini agar sedia Mahkamah Syariah berbuat jasa mengeluarkan perintah saman ke atas penjaksa, penjawat kerja yang memisahkan tanggungjawab kewajipan bersuami isteri yang berdepan dengan cabaran mendepani talak oleh sebutan fasakh tatkala mereka masih mahu kekal sebagai suami isteri?

6
Bagaimanakah para jejaka melupai tentang fasakh yang diberi amanah buat Mahkamah Syariah memelihara hak wanita sebagai muslim tatkala :

7
1- Suami yang dipastikan ghaib selama lebih setahun.

8
2- Suami yang tidak upaya memberi nafkah dalam tempuh tiga bulan.

9
3- Suami dengan sengaja tidak mahu menyetubuhi isteri dalam tempuh empat  bulan.

4- Suami yang dihukum penjara melebihi tiga tahun.

5- Suami yang tidak menunaikan kewajipan nafkah batin dalam tempuh setahun.

6- Suami yang mengalami keadaan mati pucuk tanpa pengetahuan isteri (bagaimana keadaannya jika didera di dalam penjara?)

7- Suami yang gila dan berpenyakit jangkitan kelamin tiada harapan sembuh lebih dua tahun.

8- Isteri yang dinikahi oleh wali sebelum mencapai usia 16 tahun yang masih suci.

9- Suami atau isteri yang menganiya pasangan mereka sehingga hidup suami atau isteri menderita, suami atau isteri yang berteman dengan lelaki atau wanita yang 'nakal' dan berperangai keji, suami yang memaksa isteri hidup secara lucah, suami atau isteri yang melupuskan harta pasangannya atau menyekat hak isteri terhadap hartanya, suami yang menghalang isteri dari menunaikan kewajipan dan amalan beragama, suami yang tidak upaya berlaku adil kepada isteri-isterinya oleh poligami dan hubungan sumbang mahram yang menatijjahkan ketidak upayaan dikenali susur akar keturunan.

Di manakah kita sewaktu penerapan nilai-nilai islam, hadhari dan pemakanan halal diagendakan setelah reformasi dan globlalisasi? 

Tiada ulasan: