Ahmad Hilman bin Harith - anak bongsu lelaki kami yang kini berusia 14 tahun.
Catatan pagi Ahad dari Villa bernombor 6, Street 515, Beverley Hills Garden 11 di Abuhamour, Maamoura,Doha Qatar.
Tarikh : 20/Mei/2012
Waktu itu saya sedang menekuni bahasa yang menjadi identiti diri saya dan anak-anak berdiri tatkala kami pemaustautin tetap di Qatar. Tanpa bahasa kami tidak upaya dikenali peribadinya sementelahan etnik dari asia tenggara hampir serupa wajahnya. Sering etnik dari asia kecil menyamakan saya dan anak-anak sebagai etnik dari kepulauan jiran kami Indonesia, Filipina, Singapura malah Thailand juga Mynmar sesedap sesuka hati mereka, malah saya sukar menyembunyikan kekecewaan apabila ejaan bahasa melayu dikatakan mempunyai persamaan dengan bahasa malayalam.
Hati saya tertusuk sembilu. Lukanya tidak ada sesiapa yang tahu. Pedihnya sangat mengecamukkan jiwa saya yang sering menuturkan dengan perlahan 'biadab' dalam bentuk ejaan huruf-huruf bisu di skrin.
Bahaya yang didatangkan dari bahasa sangat parah kesannya ke atas manusia.
Saya melihat pemusnahan bahasa dengan tujuan yang sama.
Keperluan melaraskan nilai komersial yang bermakna keuntungan lebih diutamakan.
Akses bagi jaringan 'networking' saya sebagai wanita yang mempunyai agama, bangsa dan bahasa seakan-akan kekal digunakan oleh waris-waris kronologi metos Marley.
Secara diam ku tanyakan adakah jenama-jenama laluan gelombang dan frekuensi serta satelite pada jaluran jalur lebar tanpa wayar pula menjadi sumber baru perompakan idea setelah ku kehilangan catatan di microsoft word?
Membaca puisi dari buku anak lelaki bongsu ku (Ahmad Hilman bin Harith) membuatkan saya tersenyum dengan usaha-usaha penakrifan masyarakat muslim di tanah teluk.
Seperti mana India yang kekal berasa gembira dan bangga kerana masih dijajah oleh bahasa, seolah-olah terlihat keadaan yang serupa di kalangan masyarakat tempatan.
(Maafkan saya duhai rakan kenalan mengaji quran yang amat baik di Qatar)
"Why am i here?
I am here to have a beer.
My girlfriend is here.
I have no fear.
To tell to her.
Come to me my dear."
POEM DARI BUKU CATITAN AHMAD HILMAN BIN HARITH.
Saya berasa pedih dengan puisi mudah begini jika anak bongsu saya diminta untuk mendeklamasikannya di dalam kelas. Ya saya sedih seorang diri. Perantau sememangnya sering sedih bersendirian.
Kaedah bersandarkan kepada konsep dan kehendak pluralis dan liberal menjadi sebahagian warna di sini.
Saya tersenyum dengan tertawa yang pahit kerana tertanya adakah sifat Marley atau Merlin akan turut dicerna dan dibentuk dari akidah muslim?
Adakah saya perlu bertanya kepada Cantebury Church pula setelah Vatican City?
"Tuan dan Puan, bersetujulah bahawa kita tidak boleh menggloblalisasikan sesuatu komitmen dengan cara memaksa atau rahsia."
Atau bolehkah saya berujar, "Adakah Tuan dan Puan juga mahu mempromosikan cara pemakanan yang melumpuhkan akal?"
Maksud saya bagaimanakah tulang tidak menjadi reput setelah mati dan dikuburkan bagi jenazah muslim yang beriman untuk diteladani oleh manusia yang masih hidup?
Mayat dibakar bukan urusan saya. Tetapi kepada saya makanan akal ialah zikrullah yang dinikmati oleh rohani bukan semata-mata memakan sayuran hijau bagi memelihara kesihatan.
Apabila kebersihan itu yang dicernakan dari taharah merupakan sebahagian dari iman tidak wajar menjadikan kita lupa bahawa malu itu juga sebahagiannya dari iman. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan