Khamis, 28 Februari 2013

Saya Seorang Muslimah




Benar, lelaki-lelaki zaman ini sama seperti mana gadis-gadis, mereka seperti lebih memerlukan pakar pentrapi runding khidmat kecantikan yang mudah didapati di majalah-majalah yang hanya membentuk persekitaran luaran tanpa upaya menginteraksikan keperluan mendepani isu-isu kualiti dan mutu pengeluaran barangan.
  



Usaha-usaha baik ke arah memanjangkan tempuh hayat sesekali dengan jujur mengampaikan dilemma melihat tubuh-tubuh yang masih sihat tetapi sudah lanjut usia tanpa cergas tenaga oleh proses kedewasaan usia. 

 
Bahagiakah mereka dengan kehidupan yang disara oleh perkembangan kemajuan  zaman yang seringkali meminggirkan mereka hanya kerana tidak berupayanya mereka menambah pendapatan?


Bahagiakah warga emas yang sememang seusia dijamah oleh kekurangan kerana kedhaifan itu memang menjadi dakapan mereka yang diwarisi secara keturunan bernasabkan nenek moyang yang miskin bukan kerana malas berusaha tetapi kerana tidak memiliki harta?


Bahagiakah mereka dengan gelagat kerakusan dan ketamakan generasi yang sering sedia bersaing bagi mewarisi perebutan, kuasa harta juga nama malah atas perbezaan kegenderan?


Apakah dalam usaha mencari yang hak dan halal di dalam kehidupan, penghindaran dari terlibat dengan unsur pemalsuan, penipuan, permuslihatan sehingga mewujudkan perampasan hak milik samada dengan cara rasuah atau riba juga perjudian, kesemua kemiskinan dihalakan pemilikannya buat mereka yang tidak tahu telah dijadikan mangsa?


Lucu zaman ini membuatkan dia sering tergelak-gelak seorang diri tetapi belum sampai terjatuh dari kerusi atau katil.


Kesakitan zaman menjelang akhir zaman kian menyerlah.




“Salahkah berkuku panjang?”


Di dalam saya mencuba untuk  tidak mahu mengujarkan tentang psiktrit dan isu mental... dia bersuara tiba-tiba.

Ya sehingga saat ini saya tidak faham bagaimana kuku yang sengaja dipanjangkan di kalangan lelaki dan wanita muslim semakin menjadi fenomena.


“Sebagai seorag muslim dan muslimah kami tidak dibenarkan melanggan pelacur dan sesuatu yang sukar difahami dari tabiat dan gaya hidupmu ialah apakah setelah berkahwin setahun dua apabila kamu tertarik dengan orang lain maka kamu sedia meruntuhkan perkahwinanmu?" 


"Apakah rekod untuk meniduri rakan tugas atau jumlah rumah tangga yang berjaya diruntuhkan menjadi tema untuk membina kejayaan di kalangan masyarakatmu di barat wajar dikekalkan? Inikah kemegahan yang mahu dibanggakan."



Jika begitu nilai cinta yang kamu bawakan untuk dunia ianya tidak mempunyai nilai dan bertentangan dengan makna kasih sayang yang cuba saya sampaikan dari tuntutan berakhlak di dalam akidah saya sebagai seorang muslimah.   


Sesekali saya hairan dan terkejut dengan semangat cinta mu yang digambarkan secara stereo type oleh kebanyakan penerbitan holly wood mu yang pada beberapa saat sahaja pakaian mudah tertanggal tanpa ada sedikit jua pun pembuktian peradaban tamaddun yang kamu banggakan itu berjaya menjadi kayu pengukur untuk kami ikuti. 



Dia diam. 


"Ayuh menjawablah, apakah skrip penulis mu menyatakan wajar wujud watak pelakon mu yang membuka pakaian mereka?" 


“Rasanya bala yang menimpa dunia kian terzahir setelah Amerika mendapat pimpinan baru sehingga terlihat pergeseran gender yang kian tidak diterima oleh politik moden sehingga hambatan kekecewaan itu mereka sanggakan ke bahu dunia muslim dan medium hiburan telah digunakan sepenuhnya bagi menentukan arah hala dan tuju dunia alam dan penghuninya.”


Dia terdiam. Lantas rokok dikeluarkannya dan bauan wangi dari perfume yang dihidu manis tadi hilang.


“Maaf saya bukan perokok.”


Tahukah dia, silu yang ku simpan jauh ke sanubari tatkala melihat wanita berhijab dan berkelubung malah bertutup muka menghisap syisya.


Pernahkah dia mengerti keluhan luka yang sangat dalam di hati ini?







Saya Seorang Muslimah Yang Mukminah, InsyaAllah.

Catatan ini pernah ditinggalkan di salah satu blog saya yang telah terhapus kerana proses penaiktarafan medium interaksi di internet tanpa disedari oleh saya

Ia menjadi bukti bagaimana hak-hak cipta tidak dihormati oleh pihak yang dikatakan berwibawa kepada isu-isu kemanusiaan.

Apakah hak moral seorang penulis (walau pun tidak mempunyai buku) bukan sebahagian dari isu kemanusiaan?


Blog pertama saya yang mula dicatatkan pada tahun 2006


Apakah hak moral untuk dikenali sebagai pengarang kepada sesuatu karya dipandang kecil dan remeh oleh undang-undang?

Adakah integriti pengarang direndahkan oleh pengiktirafan tawaran untuk memiliki wang yang didanakan oleh lesen perjudian, slot permainan dan loteri?

Bagaimanakah jika pengarang itu seorang yang menganut islam dan tidak mengambil wang dari sumber perjudian dan loteri? 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Islam sebagai cara berdisplin yang mengatur usaha dan kerja membentuk sikap dan sifat, tabiat dan perbuatan upaya memancarkan pantulan kesucian rohani dari dalaman yang berkomitmen dengan hukum-hukum Allah.


Kekuatan rohaninya bermula dengan kalimah bismillah dan dari cara dan adab membersihkan diri dengan istinjak yakni membersihkan tangan dengan air bukan hanya dengan menggunakan tisu selepas membuang air kecil atau air besar.

"Memelihara kebersihan tanpa membasuh tangan selepas berqadha hajat?" senyum simpul ku hadiahkan kepada dia.


Pernahkah dia mencerminkan mukanya sambil meletakkan organsime virus dari bahan kumoh ke merata permukaan kulit dengan tangannya yang tidak dibasuh itu? 

Adakah dia tahu tentang coliforn dan escherichia coli pada setiap 100 ml jika disentuh bersama gegelang schistosomiasis yang halus bak spaghetti dan jenis yang sekufu dengannya sukar terhadam?

Lalu mengapakah dia masih mahu ditimpa perasaan untuk ada pertalian dengan saya?



"Bukankah dikau terlalu menitik beratkan tentang kesihatan dan pentingnya ketrampilan diri? Wajar apakah dikau berjauh  hati dengan pertanyaan ku itu?"


Jelingannya menjadikan wajahnya semakin menawan.



"Dikau tidak boleh lebih bermoral? Banyak-banyak soalan, ini yang dikau musykilkan?"


"Dikau tidak bersedia bersikap professional? Atau dikau tidak mengetahui dengan mendalam erti qadha hajat, bahasa sopan ku. Saya mahu menjadi sesopan diri mu yang tidak gemar menggunakan perkataan 'toilet' sebaliknya dikau meminta dilazimkan menggunakan perkataan 'wash room atau rest chamber malah lady room bagi menzahirkan kesusilaan mu yang beretika kerana kejiranan mu perlu dipelihara imej sosialnya."


"Dikau mengusulkan penggunaan plastik?"



"Tahukah dikau tentang qadha hajat?"



Marahnya menjadikan dia semakin ayu. 



"Dikau tidak berdaya tahan. Kami membina sifat insan untuk lebih beretika. Namun mengapakah kerakusan pemimpin diletakkan di atas bahu rakyat mereka? Soalan asas yang ini sahaja membuatkan dikau bermasam rupa. Sedangkan dikau mahu mempersoalkan bidang munakahat, adat nikah perkahwinan kami. Lalu daku wajar menegaskan mengenai keperluan bersuci sebagai asas untuk dikau lebih memahami tentang agama yang hanya menuntut keimanan dan ketaqwaan ini."



 "Hijau ku pada warna bukan pada apa yang dikau ujarkan."



"Telah ku katakan hijau di dunia ini belum sepenuhnya menentukan hijau di akhirat."



Jalur jurai nasab kekeluargaan kepada saya mesti dihormati. Bukan sebarangan atau sesiapa sahaja yang boleh dijadikan sebagai ahli keluarga. Persahabatan seseorang sebelum bernikah (diijab qabulkan)  tidak boleh penamaannya dimasukkan ke dalam keluarga kerana ia menimbulkan masaalah mengenai perwarisan harta sekiranya ada. 




Lalu apakah harta ghonimah sedia dibicarakan di dalam memahami makna bukan kesemua jenis harta itu wajar diambil oleh negara?


"Apakah perbezaan menggunakan tisu dengan plastik berbanding air?"



"Apabila dikau berbicara tentang kesihatan dikau tidak upaya melihat maksud bersuci kepada kami yang tanpanya seluruh ibadah kami tidak diterima."



"Kuku yang panjang inikah menjadi isu mu?"



Menarik nafas dalam-dalam. Mengeluh panjang-panjang....



"Lihat, banyak perkara kecil mengenai agama ku tidak dikau fahami. Ia masih tetap digariskan oleh fikh namun kaedah perlaksanaannya kepada ku di antara satu sama lain berbeza."


"Namun dikau kelihatan pengotor dan tidak berupaya memelihara kebersihan."


"Kebersihan buat mu ialah kelihatan jelita dan menawan siapa yang memandang mu. Itu niat mu. Niat ku kebersihan itu mengindahkan tingkah laku biar pun kecantikan tiada namun masih wujud keindahan dari dalam batin kita yakni hati yang ikhlas menjadi saranan agama yang berakhlak. Akidah ku turut mencatikkan akhlak ku meski pada pandangan mata mu ianya tidak begitu."



Di dalam diam ku ingin mengetahui adakah dia tahu makna beristinjak? 

Bagaimanakah mahu dijelaskan kepadanya bahawa pada ketika dan waktu ini wanita-wanita muslim yang mukmin diperlukan berada di tengah-tengah masyarakat dalam pelbagai sudut aktiviti bagi menjelaskan rahsia-rahsia ketenangan dan kesabaran yang dicapai melalui ibadah. 


Adakalanya wanita sememangnya suka berkhayal dan ianya memang menggusarkan khususnya gadis-gadis yang masih muda dan sangat berasa bahagia dengan keseronokan hidup oleh daya tenaga yang masih berdaya dizahirkan. 


Adakalanya keberanian dan nekad mereka sesekali menakutkan. 


Adakah kebelakangan ini kedapatan lelaki-lelaki yang begitu lemah lembut sifatnya dan keterlaluan ketrapiannya bagi membina imej penampilan menjadikan mereka kelihatan bagaikan peragawati. 

Benar, lelaki-lelaki muda zaman ini kebanyakan (juga yang segenarasi dengan saya) umpama sekelompok peragawan yang mulai berminat dengan hal ehwal keperawanan ... 


Sabtu, 16 Februari 2013

Ingatan


Catatan 10/1/2013

Bismillah hirrahma nirrahim


Saya tidak pasti bagaimana 'minda saya dimanipulasikan' sejak  meninggalkan tanah air kesan dari terhubung dengan gelombang frekuensi ... 


Lapangan luas gurun seperti tertaakul dengan sesuatu yang tidak dapat dipastikan ...


Dunia telah meniti usia kata minda...

Dibiarkan sahaja kerana fitrah kejadian bukan tanggungjawab akal untuk memikirkannya setelah dalil membuktikan alam ini miliki Pencipta yang dituntun oleh Rasulullah sallallahualaihiwasalam agar beriman dengannya bukan memikirkannya.


Ingatan semasa memasuki Oman ditangani dengan rasional.

Selat Hormuz di Teluk Arabia menemukan batu-batuan berusia billion tahun...



Ziarah musafir keluarga Harith/Lelawati ke Musandam 18/7/11



Adakah aras laut menimbulkan dinding yang tenggelam tatkala bahtera Nabi Nuh belayar?


Menelaah Jabal Syams dan perbukitan batu  di Musandam meninggalkan bualan di dalam jiwa ...


Permusafiran keluarga 18/7/11


Membaca ketidakpedulian bani Adam dekad mellinium terhadap keberdayaan Nabi Sulaiman (alaihissalam) berkomunikasi dengan makhluk alam yang lainnya sehingga menguasai makhluk di alam ghaib yang membawa kemakmuran kepada alam ketika capaian kemudahan kemodenan zaman belum wujud, membuatkan saya memahami pendirian muktazilah yang tergelincir imannya yang banyak terdapat di rantau teluk ini....

Ia juga mengimpakkan bagaimana peradaban eropah mengungguli hal-hal 'alam maya' sehingga mereka menguasai pembinaan jalur gelombang pada alam raya.


Fikiran tidak boleh sepenuhnya dipercayai jika tidak dihubungkan dengan dalil yang dibawa oleh nubuwwah rasul-rasul pada Al-Quran...

Menemukan wanita-wanita solehah membuatkan bahasa neuro saya disederhanakan....

Ia menemukan saya dengan pembicaraan tauhid yang sangat jelas huraiannya...

Sesuatu yang wajar kekal dilakukan agar status muslim tidak hanya menjadi status yang diwariskan kepada generasi demi generasi  melainkan perlu diusahakan pemilikan status mukmin sebagai usaha dan ikhtiar di dalam pendidikan islam...


Tarbiah sebagai muslim tidak wajar diganggu dengan apa-apa dakwaan.

Tarbiah sebagai muslim tidak wajar membina ikon tertentu bagi menggemilangkan usaha yang diberikan laras penanda bagi sesetengah bangsa dan kaum oleh perjuangan atau jasa...


Tauhid dengan sah dibicarakan dalam suasana yang sederhana di kelas...
Dalam suasana berkasih sayang untuk menekuni pengakuan Allah tanpa ilah yang lain untuk disembah dan RasulNya sallallahualaihiwasalam diakui sebagai pesuruhNya ... 
 

Rasul dan nabi adalah lelaki yang hanya bertugas menyampaikan bukan menyembunyikan.

Siapakah yang menyembunyikan penerangan dan keterangan kitab ... minda saya sangat sukar untuk ditahan dari berbicara...

Rukun Iman mendahului penghayatannya untuk difahami makna mengaku bagi menerima ikrar yang terkandung dari Rukun Islam.


Belajar untuk beriman .... sering saya suarakan ke dalam diri apabila memandang wajah wanita yang sederhana penampilannya ..... bukan belajar untuk mempertikai .... belajar untuk menjadi kukuh beriman bukan belajar untuk membantah ... belajar untuk merendahkan diri kerana mencari taqwa bukan belajar untuk berbangga dengan kepandaian yang dianugerah ...


Menghayati pengajaran yang disampaikan membuatkan  pemahaman tafsir dari ayat 43 surah An-Nur mengikat minda saya seketika yang seakan-akan menghilangkan diri saya pada kalimat 'Allah mengarak awan' dengan petunjuk kalimat '  oleh cikgu.



Apakah saya sengaja dibiarkan 'untuk sakit' tatkala saya waras dan berasional?


Saya mahu membuktikan jiwa dan fikiran saya tidak 'sakit'?

Allah mengarahkan awan berarak.


Sumber tenaga dari pancaran arus voltage terkandung sarat di dalam beberapa ayat dari Al-Quran.


Pelajaran Sains dengan pola metafizikal dari sistem pendidikan barat gagal menjadi teladan kepada pembinaan ummah ketika mana tanda-tanda kebesaran Allah tidak ditemui di dalam kelas-kelas di sekolah mereka.


Ingin saya nyatakan kepada cikgu bahawa saya sering mahu memudahkan cara pemahaman iman kesan tercabar oleh pemisahan agama dari menjadi budaya kepada sistem pendidikan di negara-negara di dunia muslim.


Ingin saya memohon agar belajar beriman ini menjadi pelajaran yang disukai oleh anak-anak tanpa mereka berasa ingin meminggir jauh oleh pelbagai tegahan dan larangan yang tegas oleh prinsip yang jelas tetapi gagal difahami oleh mereka.


Bagaimanakah tanda kebesaran Allah turut tidak ditemui dari sistem pendidikan sekolah di dunia muslim, agak keraskah soalan ini andai saya ujarkan kepada cikgu?



Kilat dari pemancar zarah-zarah beta menikam sista protozoa
Uraian molekul bergugusan
Adalah mikro efektif yang mulai menyaring
Menyejat mineral oksida
Menanti dakapan sinar infra merah yang jauh.


Meminta api yang jauh di perbukitan Sinai Nabi Musa alaihisallam, membuatkan saya mulai berfikir hikmah surah Al -Hadid menjadi surah di dalam Al-Quran dan kisah Nabi Daud (alaihisallam)  yang melembutkan besi dengan tangannya sahaja saat Tembuk Besi turut dibina oleh Zulkarnain...


Ahad, 10 Februari 2013

Bahaya Yang Di Datangkan Dari Bahasa?

Ahmad Hilman bin Harith kini akan berusia 17 tahun pada 24. Disember.2015
Ahmad Hilman bin Harith - anak bongsu lelaki kami yang kini berusia 14 tahun.



Catatan pagi Ahad dari Villa bernombor 6, Street 515, Beverley Hills Garden 11 di Abuhamour, Maamoura,Doha Qatar.

Tarikh : 20/Mei/2012



Waktu itu saya sedang menekuni bahasa yang menjadi identiti diri saya dan anak-anak berdiri tatkala kami pemaustautin tetap di Qatar. Tanpa bahasa kami tidak upaya dikenali peribadinya sementelahan etnik dari asia tenggara hampir serupa wajahnya. Sering etnik dari asia kecil menyamakan saya dan anak-anak sebagai etnik dari kepulauan jiran kami Indonesia, Filipina, Singapura malah Thailand juga Mynmar sesedap sesuka hati mereka, malah saya sukar menyembunyikan kekecewaan apabila ejaan bahasa melayu dikatakan mempunyai persamaan dengan bahasa malayalam.



Hati saya tertusuk sembilu. Lukanya tidak ada sesiapa yang tahu. Pedihnya sangat mengecamukkan jiwa saya yang sering menuturkan dengan perlahan 'biadab' dalam bentuk ejaan huruf-huruf bisu di skrin.




Bahaya yang didatangkan dari bahasa sangat parah kesannya ke atas manusia.


Saya melihat pemusnahan bahasa dengan tujuan yang sama. 

Keperluan melaraskan nilai komersial yang bermakna keuntungan lebih diutamakan.

Akses bagi jaringan 'networking' saya sebagai wanita yang mempunyai agama, bangsa dan bahasa seakan-akan kekal digunakan oleh waris-waris kronologi metos Marley.


Secara diam ku tanyakan adakah jenama-jenama laluan gelombang dan frekuensi serta satelite pada jaluran jalur lebar tanpa wayar pula menjadi sumber baru perompakan idea setelah ku kehilangan catatan di microsoft word?




Membaca puisi dari buku anak lelaki bongsu ku (Ahmad Hilman bin Harith) membuatkan saya tersenyum dengan usaha-usaha penakrifan masyarakat muslim di tanah teluk.


Seperti mana India yang kekal berasa gembira dan bangga kerana masih dijajah oleh bahasa, seolah-olah terlihat keadaan yang serupa di kalangan masyarakat tempatan. 

(Maafkan saya duhai rakan kenalan mengaji quran yang amat baik di Qatar)



"Why am i here?

I am here to have a beer.
My girlfriend is here.
I have no fear.
To tell to her.
Come to me my dear."
POEM DARI BUKU CATITAN AHMAD HILMAN BIN HARITH.



Saya berasa pedih dengan puisi mudah begini jika anak bongsu saya diminta untuk  mendeklamasikannya di dalam kelas. Ya saya sedih seorang diri. Perantau sememangnya sering sedih bersendirian.




Kaedah bersandarkan kepada konsep dan kehendak pluralis dan liberal menjadi sebahagian warna di sini.


Saya tersenyum dengan tertawa yang pahit kerana tertanya adakah sifat Marley atau Merlin akan turut dicerna dan dibentuk dari akidah muslim?



Adakah saya perlu bertanya kepada Cantebury Church pula setelah Vatican City?




"Tuan dan Puan, bersetujulah bahawa kita tidak boleh menggloblalisasikan sesuatu komitmen dengan cara memaksa atau rahsia."



Atau bolehkah saya berujar, "Adakah Tuan dan Puan juga mahu mempromosikan cara pemakanan yang melumpuhkan akal?"


Maksud saya bagaimanakah tulang tidak menjadi reput setelah mati dan dikuburkan bagi jenazah muslim yang beriman untuk diteladani oleh manusia yang masih hidup?


Mayat dibakar bukan urusan saya. Tetapi kepada saya makanan akal ialah zikrullah yang dinikmati oleh rohani bukan semata-mata memakan sayuran hijau bagi memelihara kesihatan. 

Apabila kebersihan itu yang dicernakan dari taharah merupakan sebahagian dari iman tidak wajar menjadikan kita lupa bahawa malu itu juga sebahagiannya dari iman.