Ahad, 8 Jun 2014

Akidahku

Menemukan semula catatan yang masih relevan biarpun telah berusia enam tahun.

Asas-asas fardhu ain membentuk syaksiah seorang muslim...  


Semasa masih di alam kanak-kanak tatkala pernah mendengar pengisian iman di kelas pengajian yang emak sertai, sering hati payah menghadami erti tauhid Asma’ Wassyifat. 

Apabila ditafsirkan erti tauhid Rubbubiah dan Uluhiyyah hati kembali terdiam lantaran kejahilan yang menguasai minda sehingga niat tidak dikasadkan untuk mencari erti rasa keinginan beragama yang membawa jiwa untuk rasa bertanggungjawab.

Waktu itu keashikkan bermain pondok-pondok sambil berlakon bermain berkahwin olok-olok menjadikan kelalaian adalah peneman yang paling akrab sehingga terhimpun kekeliruan yang mencalarkan indera rasa.

Perjuangan waktu itu sekadar mahu dihambat sebanyak mungkin rasa keseronokan yang tidak mengayamkan kebenaran kerana diri mahu membesarkan rasa nikmat yang kemanisannya menyampingkan rasa kegentaran kepada kebesaran Pencipta.

Roh bahasa waktu itu amat mendakapi jiwa.

Tidak seriau atau berasa risau akan ketidak fahaman bahasa kerana maksud yang disampaikan adalah terang dan jelas cuma bermasalah pada hati yang tidak bermata untuk memahami bahawa istilah dan ungkapan apabila tidak difahami fikiran juga tidak akan terbuka.

Waktu itu amat bangga bila bahasa melayu rohnya tidak tercemar.

Tidak rengkas tidak pula dieja mengikut mudah bibir menyebutnya.

Tiada rasa ingin melarikan diri bila sifat wujud itu ertinya ada, mustahil Allah tiada dinyatakan dengan terang dengan kalimah yang padat bukti dan dalilnya.

Mudah apabila diminta melihat bumi, tanah, laut dan langit pasti ada yang menciptakannya itulah bukti Allah ada.

Qidam maknanya sedia, mustahil Allah bersifat baharu.


Perlahan-lahan sifat-sifat Allah mulai kesemuanya dihayati bila bahasa melayu digunakan tanpa diselang selikan oleh tafsiran bahasa yang tidak difahami.

Allah kekal, mustahil binasa kerana Kemuliaan dan KebesaranNya yang tidak ada permulaan dan tiada pengakhirannya.


Kematian dan kebinasaan adalah sifat makhluk ciptaanNya. Kiamat adalah masa hadapan ummat yang menunjukkan Allah hidup buat selama-lamanya.

Amat dirindui untuk merasakan saat gembira menghayati ilmu dengan bahasa yang menjadikan kita faham dan mudah dizahirkan rasa kekecewaan pada anak-anak yang sering terkial-kial dalam menafsirkan maksud oleh huraian ungkapan yang tidak dimengertikan.


Waktu itu tiada unsur lawak yang bersulam maksud bersirat.

Waktu itu amat sukar mahu memahami erti syirik sedangkan pada ketika itu jiwa amat mudah dilemahkan oleh rasa takut pada bayang-bayang hitam. Sedangkan itu berkait soalnya dengan alam ghaib.


Iman tidak berdiri sendiri tanpa iktikad yang sungguh-sungguh kepercayaan kepada Allah yang Esa di mana malaikat adalah makhluk taat yang sebahagiannya bertugas menyampaikan kitab kepada rasul untuk menerangkan hari kebangkitan adalah perhitungan untuk manusia di hari kiamat.

Percaya kepada qadha dan qadar memberi peluang untuk berdaya usaha sebelum bertawakkal yang tidak diperolehi semata-mata dengan niat bagi muslim awam seperti saya.

Kini ke manakah hilangnya rasa dari hasrat yang bernyala untuk dimengerti erti menjadi muslim andai petunjuk yang dibanggai  adalah yang berlawanan dari apa yang dianjurkan oleh nabi-nabi dan para rasul?

Bukankah islam adalah agama para rasul dan nabi-nabi?

Inginkah terus kekal di dalam kesesatan lantaran jahil memahami natijah bahawa dengan berakidah kehidupan itu dapat disempurnakan?

Selasa, 27 Mei 2014

Menafikan Yang Mana Dan Membetulkan Apa?


Melangkah kaki ke kelas baru dengan minda yang setengah lesu.

Sering bertukar guru menjadikan minda termanggu..

Sering ditukar lokasi minda semakin sangsi...

Namun apakah benar usia yang tua keberanian turut merundum 

Untuk berasa sinis bagi berasa kagum

Pada yang muda yang tidak sedia berumah di tepi laut

Walau sedar taufan dan ombak serta ribut  

Mampu menggugah nekad bila tohmahan disebut?



Ahhhh saya tidak dapat menulis sebuah sajak buat mengusir kelesuan ini.



Bismillah hir Rahma nir Rahim

(Betapa tidak indahnya bahasa Mu Ya Rabb bila ditulis dengan bahasa asing namun daku tidak boleh berkomunikasi dengan menggunakan bahasa arab)


Surah Al-Kahfi dibaca berulang Jumaat.


Banyak bacaan minda yang menata berkali-kali hingga gusar aqal menjadi sesat. 

Pembinaan tamadun akhir zaman menerusi dailog di antara Nabi Khidir dengan Nabi Musa alaihissalam dibaca dengan realiti sekarang.


Al-Quran tidak meramalkan masa hadapan ummat apabila membentangkan pengesaan Pencipta alam 

1   Pembinaan tamadun akhir zaman menerusi Rasul-Rasul dan Nabi-Nabi dengan urusan kekayaan sebagai pemerintah oleh Nabi Sulaiman, Nabi Daud, Nabi Musa alaihisalam dan Nabi Muhammad sallallah hu alaihiwassalam akhirnya memenuhi risalah yang menyempurnakan Islam untuk membahagiakan ummat akhir zaman mendapat pahala menjadi saksi kebenaran dan amanah penyampaian Kekasih Allah sallallah hu alaihiwassalam.
    
     Siapakah yang tinggal di dalam gua dan apakah gua menjadi kediaman masa kini?

     
     Bagaimanakah perumahan masih tidak mencukupi permintaan tatkala pelarian kekal meningkat statusnya sebagai manusia yang tiada kerakyatan kerana tiada bernegara?

     Adakah kelemahan mengurus yang diberikan Allah kepada manusia tetap mahu dinafikan oleh khalayak yang menjadi pengurus dunia dan ummatnya?
    
     Mengapakah sistem telekomunikasi tidak dikuasai oleh mereka yang sangat hampir dan dekat dengan Allah tatkala cahaya-cahaya para malaikat menjadi jalur benang gelombang bagi menolak kuasa atom ion binaan manusia yang memasuki wilayah tertinggi kekuasaan Allah setelah manusia diberikan bumi untuk menguruskannya?


Tatkala kisah para rasul dan nabi adalah kisah purbakala menurut sesetengah pendapat, kita masih gagal untuk menafikan bahawa kisah nabi-nabi dan rasul-rasul adalaa kias dari perintah solat sewaktu peristiwa Isra’k dan Mikra’j, pengusulan bilangan rakaat solat bagi ummat Nabi Muhammad sallallah hu alaihiwasalam yang upaya difahami oleh Nabi Musa alaihisallam.   


     Dari 50 rakaat menjadi 5 rakaat adalah synopsis kekritikalan pemikiran masa hadapan khalayak yang hidupnya masih di dalam zon pra tamadun material binaan manusia tetapi telah mendiami wilayah kekuasaan tertinggi Allah yang mendiami Arasy yang agung.

    
     Tidakkah benar wilayah milik Allah juga mahu dicerobohi oleh para hamba ciptaanNya apabila mencari kediaman lain di alam cakrawala yang mempunyai tingkat dan lapisan berlapis yang tidak diberikan sebagai kediaman manusia.

     Kesan lebihan wang di pasarankah menjadikan kemiskinan ummat di dunia gagal ditangani?

     Atau kenaikan harga minyakkah oleh proses pengeluarannya tidak menyaingi dengan kos pembinaan pelancaran ke angkasa? 


     Wang perak selepas puluhan tahun atau ratusan tahun mempunyai nilai yang terubah kerana apa? 
    
     Bagaimanakah nilai mata wang yang lebih rendah dikhuatiri oleh pendominasian pasaran dunia. 


     Adakah kerana kekukuhannya yang tidak mengurangkan kuasa pembeli? 


     'Global positioning systemkah  menerusi matahari bila terbit ia condong daripada gua ke sebelah kanan dan apabila ia tenggelam ia meninggalkan mereka di sebelah kiri sedangkan mereka berada di tengah gua. 

     Israk dan Mikraj kiranya masih menjadikan Baitul Muqaddis hanya milik bangsa yahudi tatkala perjalanan ke angkasa ditempuhi oleh Rasullulah sallallah hu alaihiwassalam nabi bagi orang muslimin?


     
I

Jumaat, 10 Januari 2014

Menjelang Ulang Tahun Mu Kekasih Ummat/ 12 RabiulAwal 1435Hijriah


Pagi Jumaat menjelang ulangtahun Kekasih Allah sallallah hu alaihiwassalam yang dicatatkan dilahirkan pada hari Isnin bersamaan 20 April 571..mengembalikan kelaziman bagi mengulangi pertanyaan-pertanyaan mengenai iman di dalam realiti kehidupan para muslim.

Islam dahulu atau imannya yang tiba terlebih awal?

Minda ini sukar menghentikan perbualan.

Keterbatasan akal menjadikan manusia memerlukan iman.

Lantas kerana itu iman mempunyai rukun-rukunnya.

Ia tidak terbit begitu sahaja.

Justeru itu melalui imanlah muslim berakidah.

Tanpa iman manusia hanya beragama.

Islam adalah agama para nabi dan rasul-rasul.



Apakah yang ingin dikau sampaikan wahai minda?

Apakah benar kita tidak membenci musuh yang membenci kita?

Apakah boleh syariat diubah?

Tidakkah Islam itu telah diubah, diselewengkan  dan dipinda setelah ummat zaman itu melupai ajaran-ajaran Islam yang dibawa oleh nabi-nabi sebelum kelahiran Nabi Muhammad bin Abdullah sallallah hu alaihiwassalam?

Dikau menyatakan tentang Sunnah melalui hadis Rasulullah sallallah hu alaihiwassalam?

Ummat keliru dan kita ini sering buntu.

Sunnah itu penegasan untuk iman dikukuhkan kerana iman dizahirkan melalui amalan ibadah dan akhlak yang menghubungkan muslim dengan Penciptanya dan perhubungan sesama mereka.


Masih ada yang dikau sembunyikan wahai minda.

Adakah ia berkenaan pertanyaan saya terhadap AIPAC?

Mengapakah bangsa yahudi dan nasrani tidak mahu menjejaki syurga setelah mengetahui kebanyakan mereka akan menjadi ahli neraka?


Apakah yang tidak diberitakan oleh Al-Quran untuk diabaikan bahawa terkandung di dalamnya petikan-petikan doa-doa Puteri Balqis, Nabi Nuh alaihisalam, Nabi Hud alaihisalam, Nabi Ibrahim alaihisalam, Nabi Zakaria alaihisalam, Nabi Ayub alaihisalam, Nabi Luth alaihisalam, Nabi Musa alaihisalam, Nabi Sulaiman alaihisalam, Nabi Ayub alaihisalam, Nabi Yusuf alaihisalam, Nabi Zakaria alaihisalam dan Nabi Isa alaihisalam yakni nabi-nabi dan rasul 'ulul azmi' yang diturunkan suhuf, Zabur, Taurat dan Injil kepada mereka.


Maksud mu syariat adalah berdasarkan keperluan zaman dan ianya boleh diubah?

Syariat dari Al-Quran telah menyempurnakan cabang-cabang perbezaan syariat pada zaman nabi-nabi dan rasul yang terdahulu zamannya dari zaman Rasulullah sallallah hu alaihiwassalam.

Nubuwwah telah dikhatamkan oleh junjungan kekasihku Rasulullah sallallah hu alaihiwassalam.
Sunnah baginda telah menegaskan kesemua kekeliruan dan sudah tiada apa-apa lagi yang wajar dipertikaikan.


Apakah yang berbeza itu perlu menjadikan kita saling bersengketa wahai emosi?

Kita masih upaya mengesahkan persamaan hari-hari di syurga ya minda.


Bagaimana?

Ada dinyatakan bahawa hari-hari di dunia tidak banyak berbeza dengan sebutan hari-hari di dalam syurga.

Adakah kerana itu hanya yang bijaksana sahaja sedia menjadikan hari Jumaat sebagai hari hujung minggunya di dunia ini?

Hari Jumaat di dalam syurga diberitakan bahawa adalah bagaikan hari raya pada setiap minggu oleh penghuni syurga. Mereka saling berziarah dengan kenderaan yang diukur dengan kelajuan cahaya.


Ya apabila hari-hari di syurga tidak dinamakan Sunday bukan pula Monday tidak dinamakan Tuesday bukan Wednesday. Bukan Thursday bukan Friday tidak juga Saturday...masih ada yang sama yang kita nikmati di dunia ini apabila layak memasuki syurga.

















Jumaat, 20 September 2013

Kerana Akhirat Masa Hadapan Ummat

بسم الله

Catatan pagi Jumaat

Termanggu seketika tatkala berbual dengan anak ku saat menanti azan.

Betapa kecacatan yang amat parah ke atas iman semakin dirasakan hasil keterlaluan dibenarkan khalayak seniman artis menjadi ikon dan imej bagi institusi kekeluargaan islam dan pendidikannya.

Saya termenung panjang menyedari kekuatan akidah semakin diperculaskan sebelumnya generasi akhir zaman benar-benar berhadapan dengan realiti akhir zaman itu sendiri.


“Solat subuh dulu sebelum tidur. Sebentar lagi azan menandakan waktu subuh sudah masuk.”

“Ya …along solat.”

“Usah hingga tidak solat Long…emak mahu naik ke atas nie.”

“Along tidak pernah tidak solat,sebelum ke tempat kerja along solat dulu.”

“Itu qadha solat sebab along tidak terbangun untuk solat.”

“Yang penting along tidak tinggal solat…walaupun dengan mengqadhakkan solat.”

 لا حول ولا قوة الا باالله العلي العظيم


Perbualan jujur dengan anak menjadi secerbis kelukaan kerana masih kukuhnya kesekularan dan hipotesis  ‘islam itu mudah’ dicanangkan sehingga ia dihadami tanpa ditaakulkan.

Apabila iman direalitikan ke kaca televisyen … sangat mudah ibadah dilakukan sehingga ia mempersonakan dan menjadikan keashikkan tanpa upaya menilai kekurangan ilmunya.

Apabila agama menjadi perniagaan ke radas teknologi … sangat mudah info dimaklumatkan walau pun tidak sahih untuk dijadikan pengetahuan.

Apabila pendidikan dikomersialkan untuk menjana pendapatan ... semakin dikenali jurai nasab Rasullullah sallallah hu alaihiwassallam yang tidak mengambil zakat serta sedekah untuk diri sendiri.

Benarkah ia sedemikian rupa?


Lalu semakin ingin dituntut agar suami-suami bagi isteri-isteri muslim tidak mengautoritikan kuasa mereka agar para isteri upaya menjejak ke syurga.

Bagaimanakah jadinya seandainya takrif derhaka itu hanya bersandarkan pengetahuan yang direalitikan berdasarkan pegangan dan kepercayaan nilai mereka yang tidak berakidah meskipun beragama?

Tersangat ingin dituntut agar usah dibicara tentang neraka untuk para isteri yang beriman dengan dakwa ‘menderhaka’ tatkala hanya nilai-nilai pegangan budaya dan adat resam sahaja kelihatan seorang isteri itu ‘tidak mentaati’ suami tatkala di dalam konteks kehidupan  isteri-suami masih sah akidahnya, masih jelas tuntutan kalimah syahadahnya  yang tidak menderhakai Allah dan mengasihi Rasullullah sallallah hu alaihiwassallam. 

Tafsiran Al-Quran bagaimanakah boleh lebih menjelaskan ketaatan isteri itu tidak seputar di dalam konsep ‘penceritaan Al-Hakim yang menyatakan antara kewajiban seorang isteri terhadap suaminya ialah :

1-Jika mengalir darah dan nanah dari ke dua lubang hidung suaminya lalu dijilat nanah dan darah itu masih belum sempurna kewajiban si isteri terhadap suaminya.

Bagaimanakah sehingga begitu sekali payah dan sukar untuk ditunaikan kewajiban dan tanggungjawab seorang isteri muslim terhadap suaminya yang muslim?


Sifat taqwa dimiliki oleh setiap lelaki dan wanita muslim apabila mereka mentaati perintah Allah dan menghindari larangan Allah pada zahir dan batinnya. 

Antara sifat taqwa yang difahami adalah Allah ditaati dan tidak dimaksiati, Allah diingati bukan dilupai dan nikmat Allah disyukuri bukan dikufuri.


Bagaimanakah dihenti menjadikan artis sebagai idola iman?



Jumaat, 26 Julai 2013

Cemburu Ramadhan

Anakku Siti Hanan perlahan-lahan melepaskan rasa dengan luahan hati 'sukar untuk melihat lelaki yang boleh disamakan dengan cerita-cerita emak tentang arwah Atuk MohdAli' yakni atuknya di sebelah saya. 


Katanya lagi dia tidak faham mengapa wanita yang melebihi usia tiga puluh tahun memilih untuk menjadi isteri kepada lelaki yang sudah sedia mempunyai isteri. Malah dia juga tidak memahami bagaimanakah lelaki yang sudah mempunyai isteri yang telah memberikannya anak-anak lelaki dan anak perempuan mudah juga hilang kerasionalan untuk menggalas tanggungjawab yang akan dimulainya semula sewaktu bernikah kali pertama dahulu dengan menambah isteri kedua.


Saya sukar untuk memberikan jawapan yang boleh memuaskan hati satu-satunya anak dara saya ini.


'Jika tidak berkahwin tidak mengapakan emak.'


Bagai disambar halilintar saya mengingini hujan turun dengan lebat ke dalam jiwa nurani ini.


'Akak cemburu kerana apakah yang tidak cukup lagi buat lelaki-lelaki setelah Allah menyediakan lagi bidadari-bidadari di syurga untuk menjadi isteri mereka setelah mereka mempunyai lebih isteri semasa hidup di dunia. Apakah mereka tidak melihat hak yang tidak diberikan kepada isteri mereka yang hanya akan mempunyai seorang suami sahaja dan lelaki itu adalah lelaki yang sama yang menyakitinya semasa hidup di dunia!'


Sejauh manakah perkahwinan itu sebenarnya telah memelihara sebahagian dari agama muslimin pesanan iman Kekasih Allah sallallah hu alaihiwasalam ditaakul di dalam diam setelah mendengar bicara nurani hati anak saya yang sangat mendalam sentuhannya.


Dia bukan membantah tidak pula dia memfitnah apabila mengujarkan soalan begitu kepada saya.


Ukhuwwah Ramadhan ini memadrasahkan minda saya zahir dan batin setelah menyepikan seketika aktiviti menulis hal-hal berkaitan dengan bacaan-bacaan saya.


Aruah abah saya MohdAli bin Ahmad sangat pengasih dan bersifat lemah lembut walaupun dia seorang angota polis yang sangat besar susuk tubuh badannya, seorang lelaki yang sangat-sangat menyayangi isteri dan enam orang anak perempuannya. Bayangkan mempunyai enam orang anak perempuan yang tidak memberikan apa-apa kelebihan kepadanya malah mungkin menyukarkan arwah abah saya kerana kami semua ketika itu kesemuanya masih kecil lagi dan sangat bergantung kepada kegagahannya untuk mendapatkan bantuan.


Seingat saya wajah aruah abah sering melukiskan senyuman yang manis. Berbicara dengan lembut walaupun ketika di dalam keletihan. Masih mahu membawa saya dan saudara kembar bersiar-siar menaiki lambrettanya walau pun kesuntukan masa untuk pergi ke tempat kerja. Sering menemani emak di dapur walau hanya sekadar berbual pada waktu emak bersendirian dengan urusan rumahtangganya yang hanya selesai pada waktu hari sudah jauh malam. Masih segar di ingatan saya ketika melihat emak sering menggosokkan belakang aruah abah apabila tangannya tidak mampu mencapainya ketika mandi. Dengan wang gaji yang kecil aruah abah mampu menyewa rumah yang sederhana besarnya untuk kediaman kami, membeli perkakas perabut yang diperlukan lengkap serba satu.


Paling saya ingati telatah kami yang tidak menyukai tabiat aruah abah yang sangat menghormati lelaki dan wanita berusia tua yang mungkin dilihatnya sebagai ibubapanya sehingga sering membawa pulang penggali kubur ke rumah kami. Lelaki yang sering memakai pakaian buruk dan berbau busuk itu tidak kami benarkan abah memabawanya naik ke atas rumah. Bertahun-tahun lelaki tua inilah yang menjaga rapi pusara abah sehingga sentiasa bersih tanpa kami pernah mengucapkan terima kasih.


Setelah dewasa barulah saya memahami tabiat sikap sifat dan perangai saya sangat dibina oleh karektor aruah abah dan luahan emosi yang banyak disampaikan di dalam tulisan juga turut dicernakan oleh tabiat aruah abah.

Saya menemui catatan aruah abah yang menunjukkan marahnya setelah permohonan cutinya bagi menziarahi ibunya yang sedang sakit ditolak oleh Tuan OCPD yang merupakan Ketua di Balai Polis di Alor Star ketika itu. Pegawai berbangsa cina itu dimakinya didalam bentuk tulisan setelah permohonan cuti kali keduanya juga ditolak setelah berita kematian ibunya aruah Shamsiah binti Jangge diterima.


Proses pembelajaran tanpa formal ini secara tersendiri telah mengasuh cara saya beremosi. Menguruskan emosi dengan hak yang dipulihkan oleh keimanan saya kepada islam menjadikan ianya banyak menyederhanakan sikap saya. Lingkaran kehidupan saya adalah dibina untuk membantah dan memprotes dengan tahap paling minima yang mampu saya lakukan.


Aruah abah saya seorang lelaki yang miskin ketika itu. Mungkin kerana kemiskinannya menjadikan arwah abah tidak menghisap rokok. Kemiskinannya menjadikan aruah abah saya meningalkan kenangan kepada kami adik beradik hanya dengan kasih sayangnya sahaja,tidak ada apa-apa yang ditinggalkannya kepada kami kecuali sebuah rumah yang tidak pernah diketahuinya telah berjaya dimilikinya yang menjadikan isteri dan anak-anak perempuannya tidak hidup melarat meminta belas bantuan dari kaum kerabat atau handai dan taulan setelah kehilangan sumber pencarian rezeki.



'Jika kakak tidak mahu berkahwin jangan pula terlintas untuk menjadi lesbian!'

Jelas dan tegas saya nyatakan kepadanya. 



'Perkahwinan boleh menjadi wajib. boleh menjadi sunat, boleh menjadi harus, boleh menjadi makruh malah boleh menjadi haram. Jangan hanya fikir tentang hukum wajib dan sunat sahaja.'


Apakah yang difahami oleh lelaki-lelaki dan perempuan yang berniat untuk berkahwin terhadap pesanan iman Rasulullah sallallah hu alaihiwasalam bahawa sesiapa yang berkahwin bermakna dia telah memelihara sebahagian dari agamanya'.


Apakah wajar poligami dikomersialkan untuk diglamourkan ibadah?


Sengkek sangatkah lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan muslim yang berpoligami dan mengingini pula ia menjadi seri untuk dipopularkan ibadah yang tidak menjadi pilihan terbaik untuk semua lelaki mahupun wanita yang beriman dengan agamanya?



'Emak juga andai boleh menjadi kanak-kanak semula tidak memilih untuk berumah tangga.' 


Saya mengusik hati gadis sunti yang sering perlu tabah untuk melayaninya agar tenteram dan tidak berasa tertekan dengan perkara yang masih belum banyak diperolehi ilmunya.


Sesungguhnya saya amat bersyukur apabila anak dara saya sangat mengambil berat mengenai diri saya sebagaimana saudara-saudara lelakinya yang sering merahsiakan keperihatinan mereka terhadap kedamaian serta ketenangan yang saya inginkan.

Khamis, 27 Jun 2013

Fikh Aqidah Menerusi Munakahat

Catatan saya masih merujuk kepada hubung komunikasi dengan geni dot com.

Keturunan adalah generasi.


Keturunan tidak dilahirkan menerusi perzinaan.



Theology bani nasrani wajar melihat keterangan yang jelas bahawa generasi dilahirkan menerusi perkahwinan yang di paksikan dengan akidah sebagai dimensi ummat tanpa perlu disudutkan pada 3 sisi  atau 4 sisi penglihatan apabila ia diasaskan menerusi pengetahuan dan pembuktian kerana kepatuhan kepada perintah dan larangan Ar-Rabb yang diwahyukan dalam Al-Quran dan seerah Rasullullah sallallah hu alaihiwassalam.




Saya membina kepercayaan di setiap medan interaksi di jalur lebar gelombang dan frekuensi.

Saya membina nama sebagai produk diri dalam menghayati insan sebagai modal pelaburan yang dibentuk oleh iman.

Jesteru itu setiap ruang seupaya mungkin dimanafaatkan.

Memandangkan aplikasi siber telah banyak disalahgunakan oleh mereka yang tidak mengambil peduli hakikat kepercayaan pengguna siber yang membina jaringan terhadap laman yang ditawarkan untuk memudahkan hubungan atau mencari peluang bagi memudahkan masa bagi menjimatkan tenaga, masa dan wang (bagi yang berjauhan)  dalam mencari peluang bagi mendapatkan pekerjaan/bantuan dan perkhidmatan.

Hakikatnya masih tidak semua negara dan rakyatnya berjaya menyedia dan menyempurnakan perkhidmatan urus niaga menerusi internet.

Sistem saluran maklumat pula apabila sepenuhnya dikawal dengan niat-niat untuk menyempurnakan kebebasan bermaklumat dan berpengetahuan  ia tidak banyak membantu untuk difahami fungsi memiliki jaringan bermaklumat.


Semakin mengecewakan apabila wujud di sesetengah lokasi oleh kejayaan akses Global Positioning System yang mengaktifkan aktiviti mendapatkan wang dari kemudahan mengklik yang tidak diketahui wujud oleh sesetengah pihak terutamanya bagi kanak-kanak yang masih berada di bawah usia untuk membuat keputusan, rasional untuk satu penanggunganjawaban tidak lagi hanya diletakan ke atas kerajaan, badan NGO serta institusi pendidikan setelah kumpulan komuniti tersendiri bagi generasi eletronik digital sepenuhnya mendominasi program pentransimisi permaklumatan.


Adalah tidak wajar Family Tree menerusi Geni dot com menggabungkan nama keluarga yang dipertautkan melalui perkahwinan untuk diklafikasikan ianya sebagai sebuah keluarga.

Diberikan misalannya :

Menggabungkan nama pena saya tejathanaif @ thanaif (tanpa nama sebenar saya) dengan keluarga besar Abdul Hamid yakni bapa mertua saya membuka ruang kesempatan untuk pihak geni dot com memahami bagaimana fikh perundangan islam pada prinsipnya melarang peniagaan yang mempunyai unsur-unsur pemerdayaan/muslihat, penipuan, pendiskriminasian yang menjurus kepada wujudnya kezaliman apabila informasi maklumat peribadi digunakan bagi aktiviti yang menyalahi undang-undang sivil misalnya penjualan makanan tidak halal, kegiatan pengedaran narkotik, pelacuran, penyeludupan, arak, pemalsuan dokumen imigresen dan pelbagai jenis yang setaraf dengannya.


Menggabungkan lain-lain ahli keluarga yang hanya diikat oleh perkahwinan (di mana wujud perkahwinan yang telah berakhir oleh perceraian) misalnya, menjadikan keluarga ipar atau menantu adik beradik sendiri sebagai ahli keluarga selain kehadiran anak-anak angkat sebenarnya perlu menjadi pengetahuan untuk ahli thelogy nasrani, yahudi malah penganut agama bukan samawi bagi mempelajari makna dan pengertian mengenai Ahli-Ahli Waris yang dilahirkan dari Al-Quran dan keterangan Hadis Rasulullah sallallah hualaihiwassalam.


Ini adalah kerana wujud di dalam institusi kekeluarga islam, HAK-HAK BAGI PENUNTUTAN DAN PEMBAHAGIAN HARTA/ HARTA PUSAKA YANG MENGADILKAN HAK BAGI AHLI WARIS.


Rabu, 26 Jun 2013

Keturunan Menurut Fikh Islam

 26/4/2013

Hari ini bertarikh 26 April tahun 2013.  Dan saya kembali dapat memasuki semula genidotcom setelah lama tidak melayari laman yang saya anggap telah memanipulasikan informasi pengguna yang mempunyai kepercayaan untuk menjejaki susur keluarga melalui tawaran perkhidmatan yang ditawarkan oleh genidotcom.

Saya mengusahakan secara persendirian waktu menjejaki susur galur nasab emak (Hajjah Nafsiah binti Salleh) dan abah (allahyarhamhu 14556 Mohd Ali bin Ahmad)



Waktu mula menyusun susunan keluarga saya sendiri, saya mengunakan nama pena thanaif dan tejathanaif kerana saya adalah penulis yang aktif di siber ketika itu.


Penulisan saya melalui blog mengketengahkan idea penulisan yang dinukilkan dengan sepenuh kesedaran realiti bahawa saya berada di tanah semenanjung  arab yakni di Qatar.


Kedudukan di tengah benua menjadikan minda masyarakat Qatar seperti dicabar dari pelbagai sudut kerana mereka dilihat sangat 'kerdil' untuk mewakili dunia arab setelah berjaya menewaskan Amerika dan England untuk terpilih menjadi penaja bagi siri kejuaraan Piala Dunia acara bola sepak oleh FIFA bagi tahun 2022.

Tekanan dan cabaran itu ditelaah dengan sepenuh keterbukaan walau pun sesekali saya sendiri tidak dapat menerima proses bagaimana cabaran itu hampir menenggelamkan fokus untuk mengisi pembangunan keinsanan di lapangan kesukanan.


Pelbagai medium cuba dinteraksikan bagi melokasikan Doha sebagai bandar yang diurus tadbir oleh orang arab yang bersikap terbuka walau pun masih kekal sifat konservetifnya, namun sesalur dari genidotcom ini amat-amat mencabar kesabaran saya.


Lantas kerana itu saya catatkan kelemahan yang dizahirkan oleh genidotcom antaranya ialah :


1-     Kelemahan yang masih menggunakan email untuk mendapat pengesahan ahli keluarga. 
Cara ini gagal dilihat sebagai cara yang tepat dan fleksibel kerana emak saya malah ada di antara kakak-kakak saya tidak menggunakan internet secara aktif malah bapa dan ibu saudara saya kebanyakannya telah berusia melebihi enam puluh tahun.

2-     Kelemahan lainnya ialah masih kekal mengaitkan perbincangan keluarga lain dengan profil saya  sendiri.

3-     Genidotcom gagal mengenal pasti bangsa, agama dan negara pengguna website ini apabila mempaparkan etnik dan bangsa lain ke atas profil (tejathanaif @ thanaif) yakni Lelawati binti MohdAli.

4-     Genidotcom mengabaikan dengan tidak mengambil kira bahawa susunan keluarga wajar bermula dari nasab generasi pembina profil. Misalnya apabila sesuatu penyusunan nasab diri sendiri dibuat sudah tentu ianya mesti bermula dari ke dua ibu bapa pembina profil itu. Misalnya selepas saya melengkapi susunan keluarga saya yang terdiri dari suami dan anak-anak sudah tentu saya perlu melihat kepada susunan keluarga adik beradik saya sendiri dengan pasangan mereka dan anak-anak mereka.  

Tujuan genidotcom sudah tentu berbeza dengan niat saya menyusun salasilah keluarga bagi (tejathanaif @ thanaif) yakni diri sayasendiri, Lelawati binti MohdAli.

Akhirnya genidotcom upaya merajahkan susunan keluarga yang saya informasikan di website mereka.






5-     Genidotcom mesti menghormati siapa yang menyusun keluarga dan siapa keluarga yang diperlukan untuk penyusunan  itu dilengkapi susur salasilah keluarganya. 
Maksud saya ialah genidotcom mesti mengasingkan keluarga pasangan yakni suami atau isteri pembina profil dari diletakkan kepada jalur susunan keluarga pembina profil atau menjadi pemoderator bagi menambah atau meminda nasab keluarga pasangan mereka.

 Sangat penting ahli keluarga pasangan tidak dibenarkan menjadi pengendali yang bertindak menambah informasi keluarga pembina profil. 

Ini bagi menghindari pertindihan yang diwujudkan sekiranya ada persamaan nama bagi ahli keluarga suami atau isteri.  

Kepada penganut islam keluarga yang dibina dari perkahwinan adalah berbeza dengan keluarga yang dibina oleh pertalian darah. 

Wujud perbezaan hak dan tanggungjawab yang bersifat amanah yang gagal difahami oleh masyarakat bukan muslim.

6-     Genidotcom wajar mewujudkan hubungan dengan ahli kaji penyelidikan sains dari unit kajian baka/ keluarga negara pengguna-pengguna website ini jika benar-benar ianya mempunyai manafaat. Atau membina hubungan dengan mewujudkan jabatan/jawatankuasa yang upaya menasihati aspek-aspek keagamaan yang sangat kukuh membina keluarga mereka yang beragama islam.

7-     Saya berpendapat Genidotcom wajar memahami kewujudan wanita di dalam keluarga wanita-wanita itu sendiri kerana kedudukan wanita muslim setelah berkahwin tidak menghilangkan keberadaan dan haknya di dalam perundangan islam berbanding wanita kristian yang menggunakan nama suami setelah berkahwin yang mana sebelum itu mereka membawa nama keluarga yakni nama bapa mereka.  

Persaudaraan melalui perkahwinan menjadikan wujud ketoleransian untuk saling menghormati batas dan sempadan yang ditentukan oleh fikh.

8-    Sekiranya Genidotcom upaya memanafaatkan interaksi pengguna yang mempercayai website mereka Genidotcom berupaya memahami dengan bersedia mempelajari bagaimana proses perlaksanaan  syariah islam adalah bertujuan memelihara kemuliaan pembinaan keluarga bermula dari munakahat kerana membina kekeluargaan di dalam agama islam adalah bertujuan untuk membina keturunan. 

Keturunan inilah generasi yng dilahirkan bagi setiap ummat mengikut zaman mereka.