Sabtu, 20 Disember 2014

Apabila thanaif dan tejathanaif Itu Bukan Pelawak





Saya ingin mengenali wanita Yakjuj dan Makjuj setelah lelaki-lelaki Yakjuj dan Makjuj serta generasinya semakin dipelajari.

Kerumitan mempelajari akidah adalah pada bahasa. Ia sangat rumit apabila semakan dari terjemahan tidak dapat menepati keaslian wahyu-wahyu yang diturunkan yang masih kukuh dipelihara oleh Pemiliknya Rabbul Jalil dengan penyaksian malaikat-malaikat yang menempati sembilan puluh sembilan peratus penghuni di alam ini berbanding dengan jumlah manusia, jin dan para syaitan yang dikatakan hanya berjumlah satu peratus sahaja.


"Pengakhiran tamadun peradaban moden mungkin bermula di Saudi sekiranya 'jalang-jalang' dan para 'sundal' sedia dimadukan dengan tanda-tanda akhir zaman seperti mana yang sedang berlaku di tanah-tanah moden yang telah memulakan semula pembangunan kemajuan kemanusiaan dengan pembinaan kemajuan pasarana apabila lelaki-lelaki beragama mulai luput usaha untuk memperbaiki agama demi dunia dan akhirat ummat."

Saya tahu perbualan ini amat mengjengkilkan guru-guru saya yang sering memandang tajam dengan iringan emosi kepada kesemua catatan kecil ini.



"Jika pertanyaan saya kekal ditolak, silalah berikan penjelasan kerana syaitan mengelilingi hati-hati anak Adam, manusia di kalangan muslimin sendiri tidak dapat memandang ke alam malakut yang tinggi bila kini yang ditawarkan buat ummat adalah kecacatan tumit-tumit kaki para wanita setelah para lelaki baghal menjadi pembela mereka."


"Kami menjadikan roh yang dengannya Kami wahyukan cahaya kepadamu."



Adakalanya diam tidak banyak membantu dan kedegilan ini menjadi sukar untuk menjadi sifat diri kendiri. 



Jika terlalu banyak bersuara dan bersoal jawab sesuai dengan hayat usia yang direzeqikan, setiap dari muslimin dan muslimat perlu tahu mengaplikasikan sifat-sifat  wajib bagi Allah.

Cikgu-cikgu sering rela 'membunuh saya'.


Cahaya itu tidak boleh terpadam oleh imaginasi walaupun digunakan seluruh otak kanan dan otak kiri dari aqal yang dikurniakan oleh Ar-Rabb dalam memahami bahawa cahaya wahyu itu hanya diperolehi dari pemahaman akidah tauhid.


Wujud - yakni ada tanpa permulaan dan pengakhiran.

Aqal tidak wajar digunakan untuk memikirkan zatNya.

Memikirkan tanda-tanda kewujudanNya memadai menggunakan mata, telinga, hati, dan rohani bagi merasai keinsafan KebesaranNya mencipta siang dan malam dan segala isinya,cakerawala dan angkasa serta lautan yang luas.  


Qidam - Sedia - permulaan kewujudan Allah tidak difikirkan, tidak dibahaskan dan tidak dibuat perbandingan untuk mencari asas Allah wujud apabila tidak ada sesuatu yang dapat dirahsiakan dari PengetahuanNya.


Baqa' - Kekal - Allah tidak mati, tidak rosak binasa sehingga kiamat kerana itu Allah bukan manusia bila sifat manusia yang berpancaindera dan beranggota badan berisiko dengan kecacatan apabila ditakdirkan ianya binasa.


Mukhalafatuhu lil Hawadis - berlainan dengan sifat makhluk yang diciptakanNya bila manusia haiwan dan tumbuh-tumbuhan wujud dari persenyawaan menurut fitrahnya, kerana itu pokok bukan tuhan, lembu bukan tuhan, patung berhala bukan tuhan, papan kayu yang dibentuk bukan tuhan, dewa-dewi bukan tuhan, batu, bukit dan gunung bukan tuhan, api bukan tuhan. 

Tidak wujud pembaharuan pada nama dan sifat Allah apabila tidak ada sesuatu di dalam bumiNya ini yang boleh disamakan dengan Allah merujuk kepada manusia yang mempunyai anggota badan. 

Allah tidak beranggota untuk 'menumbuk bola' atau menggunakan tanganNya untuk mencipta Nabi Adam alaihissalam.

Nabi Adam diwujudkan dengan sifat semula jadi manusia yang mempunyai sembilan rongga yakni liang : rongga dua mata, rongga dua telinga, rongga dua liang hidung dan satu rongga mulut, satu rongga kemaluan dan satu rongga dubur.

Allah tidak memilik sifat zahir seperti ini.

Nabi Adam berasal dari tanah-tanah yang dicampurkan dari tanah yang basah dan tanah yang kering dan tanah hitam yang mempunyai bau.

Al-Quran mempunyai kaedah kaji baka yang tunduk kepada Al-Malik melalui proses penciptaan Nabi Adam alaihissalam yang perlu dijelaskan dengan huraian yang jelas nyata dan terang bagi mengesakan pentauhidan kepada Allah subhanahu wata'ala bahawa Allah tidak mempunyai anak, tidak mempunyai bapa dan tidak mempunyai ibu.

Dan Nabi Adam atau Nabi Isa bukan anak-anak lelaki Allah.

Proses yang lama dikhabarkan direncanakan oleh Allah bagi membentuk jasad Nabi Adam sehingga seratus dua puluh tahun lamanya.

Adakah ini bagi menjelaskan tentang usia yang panjang yang dimiliki oleh generasi Nabi Adam dan peristiwa-peristiwa yang dilalui sejarahnya seperti yang disebutkan di dalam Al-Quran?
(Belum ditemui dari hadis Rasulullah sallallah hu alaihiwassalam bagi mengesahkannya)


Angin, air, api dan bumi dikatakan asas pembinaan sifat Nabi Adam.
Rohnya dimasukkan kemudian yang menyusun urat saraf dan lapisan pencernaan perut.

Qiyamuhu Binafsihi - berdiri sendiri tanpa kaki/tongkat/kasut yang bermakna Allah tidak mempunyai kaki seperti manusia. Allah Maha Hidup yang berdiri sendiri tanpa mengantuk atau tertidur adalah tanda Kebesaran dan KekuasaanNya.



Sesungguhnya orang-orang bukan muslim tidak memahami wahyu-wahyu biarpun mereka mempelajari secara kajian ilmiah sifat insan.

Namun cikgu-cikgu 'jauhku' tidak mengetahui bahawa wujud sifat bermain-main di tanah air ku sendiri  apabila mengiringkan catatan akidah ini dengan pendapat bukan muslim dengan tajuk 'Human Resource'/




Ahad, 16 November 2014

Generasi La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah

Hampir keseluruhan bulan-bulan di dalam tahun hijriah mengandungi peristiwa-peristiwa utama yang diceritakan di dalam Al-Quran pada sudut sejarah yang diberikan sorotan berfokus di dalam hadis Rasulullah sallallah hu alaihiwasalam.


Muharam misalnya adalah detik pertemuan bagi setiap permulaan yang sering didoakan oleh Kekasih ummah, Muhammad bin Abdullah sallallah hu alaihiwasalam pada purnama baru yang bersinar pada setiap permulaan bulan agar diperlihatkan kepada ummat manusia agar memperolehi keimanan, keselamatan, keislaman, ketenangan sakinah, keafiatan, rezeqi serta taufik hidayah dan apa sahaja yang Rabbul Jalil suka dan redhai (riwayat Atthabarani'an Ibnu Umar).


Mentari, bulan, bintang, planet, langit, awan serta seluruh makhluk di angkasa mempunyai Pemilik.


Amalan berpuasa pada  Asyura dan Tasyu'a adalah ibadah yang berkait dengan perkisahan kesyukuran Nabi Musa alaihissalam dan bani Israel yang terlepas dari kekejaman Firaun telah disambut dengan hak oleh Rasulullah sallallah hu alaihiwasalam bagi ummatnya muslimin untuk berpuasa sebelum atau selepas 10 Muharam.


Bagaimanakah kita mengabaikan kisah-kisah sejarah dari Al-Quran sehingga hampir kesemua perwatakan sifat manusia yang mulia dan yang cela telah berulang berkali-kali dibentuk oleh kemajuan tamadun serta peradaban kemodenan masa kini?


Apakah 12 Rabiul Awal menjadi peristiwa penting sekiranya tanpa tahun gajah?


Gajah asal usul habitatnya dinyatakan oleh Surah Al-Fiil dengan virus yang didatangkan dari angkasa tersimpan kukuh di dalam ingatan pembaca juz amma namun sejarah Doktor Livingstone lebih mendapat rujukan sifat berkasih sayang simpati ke atas khalayak yang serba naif di benua hitam dunia itu yang penuh dengan virus dan penyakit, tatkala Abrahah dihukum kerana berhajat merobohkan Baitullah.


Baitullah mempunyai sejarah di dalam kitab Al-Quran yang tidak pernah berubah bahasanya.

Niat dan rancangan yang disimpan bagi merobohkan Ka'abah sejak awal-awal lagi digagalkan sebelum 'Periqlytos' dilahirkan.


Tidak upaya buat kemajuan keintelektualan peradaban moden untuk menafikan keaslian bahasa Al-Quran yang memberikan nama Ahmad kepada Rasul yang akhir, Muhammad sallallah hu alaihiwasalam setelah bahasa kuno purba "Eudokia' musnah bersama keruntuhan bahasa ibrani dan arami serta tamadun yunani.



Virus yang didatangkan bersama burung-burung ababil itu telah membunuh haiwan sebesar gajah.

Rejab, Syakban, Ramadhan, Syawal, Zulkaedah dan Zulhijjah mengandungi peristiwa-peristiwa utama yang diceritakan di dalam Al-Quran pada sudut sejarah dan pernyataan Kekasih Allah sallallah hu alaihiwasalam di dalam hadisnya.


Siapakah yang merubah peristiwa-peristiwa yang disampaikan oleh malaikat Jibrail?


Usia-usia nabi-nabi ada yang mencapai ratusan tahun tanpa seorang pun disabitkan sebagai anak Tuhan bila hanya Nabi Adam alaihissalam sahaja yang dilahirkan tanpa ibu bapa, manakala Nabi Isa alaihissalam dilahirkan tanpa bapa. 

Nabi Adam dan Nabi Isa alaihissalam bukan anak-anak Tuhan (Allah).


Perintah mengorbankan Nabi Ismail alaihissalam antara peristiwa utama kepada ibadah haji ummat islam yang menjelaskan siapa Allah dan perbezaan Pencipta dengan makhluk yang diciptakanNya, yang dijelaskan dengan mudah bagi menolak konsep Bapa Tuhan, Anak Tuhan dan Roh Kudus.

Ketaatan kepada Allah yang tidak dibantah.

Apakah yang didoakan oleh seorang bapa yang mukmin?

Nabi Ibrahim berdoa mendapat seorang anak yang soleh.

Nabi Ibrahim bernikah dengan Siti Hajar yang melahirkan Nabi Ismail.

Hanya berlainan gender sahaja yang bernikah dapat membentuk  darah daging setelah sperma tersimpan di dalam ovari yang memenuhi maksud berakal oleh kesihatan dari cara hidup yang baik.


Al-Quran mempunyai kaedah kaji baka yang tunduk kepada Al-Malik melalui proses penciptaan Nabi Adam alaihissalam yang perlu dijelaskan dengan huraian yang nyata dan terang bagi mengesakan pentauhidan kepada Allah subhanahu wata'ala bahawa Allah tidak mempunyai anak, tidak mempunyai bapa dan tidak mempunyai ibu.


Dan Nabi Adam atau Nabi Isa bukan anak-anak lelaki Allah.







Khamis, 13 November 2014

بسم الله الرحمن الرحيم

Hak Milik Terpelihara Kepada Hajjah Lelawati binti Mohd Ali

Bagi Menandakan pemilik blog ini adalah seorang wanita melayu muslim yang berakidah dengan kalimah syahadah

Berhati-Hati

Bismillah hir rahma nir rahim

Saya yakin blog ini telah disalahgunakan oleh pihak yang tidak dikenali.

Diminta berhati-hati kerana selaku pencatat dan penulis tunggal di blog ini saya dapati lokasi internet berada di Amerika tatkala saya sekarang ini menetap di Qatar.

Hal ini dipertikaikan kerana saya adalah seorang wanita melayu yang beragama islam yang telah berusia lima puluh satu tahun dan telah berkeluarga.
Saya berasa dari Kelang, Selangor di Malaysia.


Selasa, 7 Oktober 2014

Ayuh Mari Melontar Syaithon

الله اكبر ,الله اكبر, الله اكبر
لااله الاالله والله اكبر,
. الله اكبر ولله الحمد. 

الله اكبر, الله اكبر, الله اكبر
الله اكبركبيرا
 والحمد الله كثيرا
وسبحا ن الله بكرة واصيلا
لااله الاالله ولانعبداياه محلصين  له الدين 
 ولو كره الكفيرون
لااله الله وحده صدق وعده ونصرعبده
 واعزجنده وهزم الاحزاب وحده
 لااله الاالله والله اكبر,
 الله اكبر ولله الحمد


Berhutang dengan Allah atas penerimaan syahadah ini sangat-sangat memberatkan rohani ini.

Pernahkah berasa kita berhutang dengan lafaz La ilaha illa Allah, Muhammaddar Rasulullah walaupun telah menjadi muslim sejak di dalam kandungan ibu lagi?


Pernahkah berasa bimbang saat Kekasih Allah sallallah hu alaihiwassalam telah meminta ummatnya menyediakan jawapan di hadapan Allah kelak tentang amanah baginda sallallah hu alaihiwassalam sebagai rasul yang terakhir?


Tidak takutkah apabila kita menjadi saksi kepada setiap peristiwa dan perkara yang berlaku di atas muka bumi ini?


Siapakah yang membengkokkan fitrah para wanita muslimin?  

Sehingga wujud amalan nikah isabdha? Siapakah yang membengkok wanita musliminku?

Bila pernikahan isjtirak itu amalan yang diperadabkan oleh kemodenan dengan istilah berbeza oleh pemberian lesen untuk dipersekutukan wanita-wanitaku dengan ramai lelaki, siapakah yang mahu menafikan hutang kita dengan Allah?

Apakah nikah Maqt itu tidak berkedudukan nafsu haiwan yang menghina wanita-wanitaku sehingga mereka menjadi bengkok? Wanita muslimin tidak dipusakai dengan cara yang menjatuhkan maruah diri mereka.

Dalam pada ketika riba masih gagal dilupuskan dari menjadi sumber berpendapatan di dunia muslim oleh karenah mempiawaiakan keharmonian masyarakat dunia, kecelaan kita adalah bila diabaikan hak-hak wanita setelah atas nama Allah mereka dinikahi.
Kemahuan peradaban modenkah menjadikan wanita-wanitaku menyerah diri untuk direndahkan nilai diri mereka?

Siapakah yang bengkok pada pernikahan mubadalah? Mengulangi peristiwa-peristiwa yang diibadahkan oleh pekerjaan haji dan umrah tidak merugikan kita apabila pengulangan itu bagi mengingatkan kepada yang telah terlupa.



Nah telah terluruskah pernikahan mut'ah yang diikat dengan perjanjian bila pihak lelaki tidak melunaskan mas kahwinnya, tidak memberikan nafkah kepada kehidupannya.
Dayus yang manakah menjadi budaya serakah kita bila wanita-wanita 'bodoh' ini (dengan maaf) tidak mempunyai hak mempusakai harta suami kerana tiada ber'iddahsetelah diceraikan.

Dan si dungu manakah yang menerbitkan slot televisyen bagi dipertandingkan pencarian pasangan atau diprogrammkan seorang suami untuk lima isteri?

Siapakah gerangan badut dayus yang tertawa tersenyum simpul menontonnya jika bukan penonton di dunia muslim?



Membawa pendidikan ke dalam hutan atau pinggiran gurun sebenarnya menyuluh minda dan akal siapa bila bukan aturan syariat dari akidah islam yang mewacanakan penyusunan sistem pendidikan bagi ummat bila makanan halal itu tidak termasuk ke dalam amalan makanan sunnah bagi membersihkan jiwa akal dan rohani insan setelah hiburan disulami gemersik nafsu semata-mata yang tidak dipandu ke arah pembaikan akhlak?

Nestapa perubahan isi kandungan Bible tidak wajar ditangani oleh keaslian yang merungkaikan kebenaran Al-Quran yang disederhanakan oleh hadis Rasulullah sallallah hu alaihiwassalam pada perbuatan dan amalannya.



Siapakah yang membengkokkan kelurusan dan kebenaran kandungan Al-Quran bila masyarakat baru generasi bertamaddun mellinium ini tidak mengenali pernikahan syighar tetapi mengetahui malah mengamalkan pernikahan (bersekedudukan tanpa nikah) yang menukarkan anak atau bertukar saudara perempuan atau kaum wanita yang berada di bawah kekuasaan lelaki oleh darjatnya?


Kemodenan peradaban oleh adat yang tidak meluhurkan moral dan akhlak oleh pelacuran dan perzinaan dan perkahwiann liar dengan kanak-kanak perempuan oleh pernikahan sifah, telah diamalkan sejak zaman sebelum manusia bertamaddun. Lalu sekiranya ia masih kekal menjadi amalan pada dunia mellinium ini bukankah itu petanda kita adalah masyarakat jahiliah bila undang-undang yang menghukum tidak mendidik penjenayah.

Dan mengorbankan haiwan bukan jenayah terhadap haiwan bila yang dituntut oleh Allah ialah ketaatan ke atas perintahNya.




Yang dikatakan jenayah itu ialah apabila wujud keadaan yang bertujuan mencederakan tubuh badan sehingga membunuh. Merampas dan mencuri harta orang lain. Apakah bukan jenayah jika dengan sengaja membina keturunan dengan perzinaan dan meletakkan pertuduahn tanpa saksi ke atas marwah dan kehormatan mereka bepekerti baik yang tidak berzina?

Inilah akidah muslim yang tidak ada paksaan ke atas bukan muslim lalu jangan ganggu dan mendakwa blog ini hak anda yang tidak dikenali oleh penulis.















Khamis, 14 Ogos 2014

Tanah Siapa?

Sebelum jauh berduga selamat ulang tahun tanah air ke 57.


Bagaimana terlupa?

Sesudah Ramadhan ialah Syawal.

Bagaimana terleka?

Barakah masih berbekas dek ibadah beramal.


Apakah yang kita harapkan?

Pada sanjungankah untuk berasa mulia?

Tatkala kemuliaan dan sanjungan

Hanya  milik Allah sahaja.


Rukun Negara sahajakah bacaan 'suci' kami?

Bila lebih bermakna bacaan dan huraian Surah Al-Kahfi

Buat semua pemuda pemudi

Juga putra dan putri kami.


Apakah makna tanah air kepada penguasa?

Serupakah nilai mutu yang dirasa oleh rakyat jelata?

Pada wasiat iman yang berajak jejak ke syurga

Tidak dianggap kecil atau sedikit amal yang ikhlas semata-mata.



Seduduk rendah namun masihkah kita berdiri tak sama tinggi?

Kepada satu negara antara penguasa dan rakyat marhaen

Adakah kerana keturunan bangsawan darjat dinasti?

Hingga niat di hati, bicara di bibir, pada amal buat menjadi lain.



Bagaimanakah diaudit sabda Kekasih Allah sallallah hu alaihiwasalam yang juga bernegara

Pernah juga baginda menjadi penguasa

Pernah juga baginda terusir menjadi penghijrah

Agar tidak hanya menjadi simpanan di arkib 

Setelah ia hanya menjadi rujukan sarjana intelek melengkapkan tesis 

Atau rujukan bahan bagi ceramah dan tazkirah..


Imam As-Sayuthi pada sarah Al-Syadur menyatakan dari At-Thabarani dari Kitab Al-Kabeer.

Rasulullah sallallah hu alaihiwassalam berkata:

Malam kelmarin aku bermimpi telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh malaikat Izrail untuk mengambil nyawanya, malakait telah terhalang oleh ketaatannya kepada ke dua ibu bapanya.

Aku melihat juga seorang dari ummatku telah disediakan untuknya menerima siksa kubur, dia telah diselamatkan oleh wudhuknya.

Aku telah melihat juga seorang dari ummatku sedang dikelilingi oleh syaitan-syaitan, dia telah dibebaskan dari bahaya setan itu dengan zikirullah.

Aku telah melihat seorang dari ummatku telah diseret oleh malaikat azab, solatnya tiba melepaskannya dari malaikat.

Aku juga meihat seorang dari ummatku ditimpa kehausan yang sangat berat, dia dihalang dari meminumi air dari perigi dan telaga lalu tiba puasanya memberikan ia minuman sehingga berasa puas.

Aku melihat seorang dari ummatku mengunjungi kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpul, bila ia mendekati dia telah diusir dari situ lalu majulah mandi junubnya memimpinnya ke kumpulan itu sambil menunjukkannya supaya duduk.


Sambil duduk mengenang-ngenang setelah terbuang 

Ingin ditanya:

Bagaimanakah 'kebersihan' sebuah negara apabila 'kesuciannya' tidak barakah?




Sabtu, 12 Julai 2014

Rejab dan Syakban Mampu Meraikan Ramadhan

Tafakkur ketika membaca Al-Quran

Apakah yang terbit di hati?

Tafakkur ketika membaca Al-Quran

Apakah yang tersembunyi di emosi?

Hingga gugur ladungan air jernih

Bila tak mampu menakung sarat berat kolam mutiara

Tafakkur apakah ketika mengerti tafsir rangkai kisah Al-Quran?



Nasab dan keturunan 

Ramadhan mewasiatkan pemeliharaan keturunan 

Nabi Ibrahim pelahir rumpun keturunan

Siti Sarah dan Siti Hajar menerangkan erti kemuliaan dua keturunan.




'Prophet Jacob has his line to Prophet Joseph to have related to Prophet Moses, Prophet David, Prophet Solomon and get connect to Prophet Jesus..' the genealogy begun the roots from Prophet Abraham alaihissalam and his first wife, Sarah.'


'Bidadariku berbisik 

Bertukar nama oleh penterjemahan

Berubah makna dek keliru 

Begitulah asal usul Kejadian

Bukan kisah purba

Ia kisah kenabian ...


Hajar pembantu Sarah

Dikhabar ia adalah pemberian Raja Mesir

Saat pada ketika Ibrahim tiada berzuriat

Sarah meminta Nabi Ibrahim bernikah dengan Hajar ...



Bidadari di syurga

Menanti di dalam mahligai cinta

Lelaki-lelaki beramanah berakhlak oleh taqwa...



Wanita masih dengan rusuh yang huru hara

Lelaki yang satu di dunia, kembali bercinta di dalam syurga...


Wanita-wanita yang tidak mengganggu

Bila redha tiada bertemu Sang Arjuna Raja

Yakinlah cinta di syurga dibawa oleh pahala-pahala

Bagai bidadari, pria syurga juga  menunggunya tak jemu.'



Nabi Muhammad sallallah hu alaihissalam 

Pohon salasilahnya tidak serimbun pohon dan ranting Nabi Isa alaihissalam 

Pada jurai bersaudara dari kalangan para nabi dan rasul  

Itukah yang menjadi pembeza 

Hingga keselamatan menjadi ancaman

Bila kelemahan membaca sejarah 

Tidak mengaibkan? 

Berbanding membaca angka-angka

Pada perbezaan nilai-nilai nombornya?