Saya ingin mengenali wanita Yakjuj dan Makjuj setelah lelaki-lelaki Yakjuj dan Makjuj serta generasinya semakin dipelajari.
Kerumitan mempelajari akidah adalah pada bahasa. Ia sangat rumit apabila semakan dari terjemahan tidak dapat menepati keaslian wahyu-wahyu yang diturunkan yang masih kukuh dipelihara oleh Pemiliknya Rabbul Jalil dengan penyaksian malaikat-malaikat yang menempati sembilan puluh sembilan peratus penghuni di alam ini berbanding dengan jumlah manusia, jin dan para syaitan yang dikatakan hanya berjumlah satu peratus sahaja.
"Pengakhiran tamadun peradaban moden mungkin bermula di Saudi sekiranya 'jalang-jalang' dan para 'sundal' sedia dimadukan dengan tanda-tanda akhir zaman seperti mana yang sedang berlaku di tanah-tanah moden yang telah memulakan semula pembangunan kemajuan kemanusiaan dengan pembinaan kemajuan pasarana apabila lelaki-lelaki beragama mulai luput usaha untuk memperbaiki agama demi dunia dan akhirat ummat."
Saya tahu perbualan ini amat mengjengkilkan guru-guru saya yang sering memandang tajam dengan iringan emosi kepada kesemua catatan kecil ini.
"Jika pertanyaan saya kekal ditolak, silalah berikan penjelasan kerana syaitan mengelilingi hati-hati anak Adam, manusia di kalangan muslimin sendiri tidak dapat memandang ke alam malakut yang tinggi bila kini yang ditawarkan buat ummat adalah kecacatan tumit-tumit kaki para wanita setelah para lelaki baghal menjadi pembela mereka."
"Kami menjadikan roh yang dengannya Kami wahyukan cahaya kepadamu."
Adakalanya diam tidak banyak membantu dan kedegilan ini menjadi sukar untuk menjadi sifat diri kendiri.
Jika terlalu banyak bersuara dan bersoal jawab sesuai dengan hayat usia yang direzeqikan, setiap dari muslimin dan muslimat perlu tahu mengaplikasikan sifat-sifat wajib bagi Allah.
Cikgu-cikgu sering rela 'membunuh saya'.
Cahaya itu tidak boleh terpadam oleh imaginasi walaupun digunakan seluruh otak kanan dan otak kiri dari aqal yang dikurniakan oleh Ar-Rabb dalam memahami bahawa cahaya wahyu itu hanya diperolehi dari pemahaman akidah tauhid.
Wujud - yakni ada tanpa permulaan dan pengakhiran.
Aqal tidak wajar digunakan untuk memikirkan zatNya.
Memikirkan tanda-tanda kewujudanNya memadai menggunakan mata, telinga, hati, dan rohani bagi merasai keinsafan KebesaranNya mencipta siang dan malam dan segala isinya,cakerawala dan angkasa serta lautan yang luas.
Qidam - Sedia - permulaan kewujudan Allah tidak difikirkan, tidak dibahaskan dan tidak dibuat perbandingan untuk mencari asas Allah wujud apabila tidak ada sesuatu yang dapat dirahsiakan dari PengetahuanNya.
Baqa' - Kekal - Allah tidak mati, tidak rosak binasa sehingga kiamat kerana itu Allah bukan manusia bila sifat manusia yang berpancaindera dan beranggota badan berisiko dengan kecacatan apabila ditakdirkan ianya binasa.
Mukhalafatuhu lil Hawadis - berlainan dengan sifat makhluk yang diciptakanNya bila manusia haiwan dan tumbuh-tumbuhan wujud dari persenyawaan menurut fitrahnya, kerana itu pokok bukan tuhan, lembu bukan tuhan, patung berhala bukan tuhan, papan kayu yang dibentuk bukan tuhan, dewa-dewi bukan tuhan, batu, bukit dan gunung bukan tuhan, api bukan tuhan.
Tidak wujud pembaharuan pada nama dan sifat Allah apabila tidak ada sesuatu di dalam bumiNya ini yang boleh disamakan dengan Allah merujuk kepada manusia yang mempunyai anggota badan.
Allah tidak beranggota untuk 'menumbuk bola' atau menggunakan tanganNya untuk mencipta Nabi Adam alaihissalam.
Nabi Adam diwujudkan dengan sifat semula jadi manusia yang mempunyai sembilan rongga yakni liang : rongga dua mata, rongga dua telinga, rongga dua liang hidung dan satu rongga mulut, satu rongga kemaluan dan satu rongga dubur.
Allah tidak memilik sifat zahir seperti ini.
Nabi Adam berasal dari tanah-tanah yang dicampurkan dari tanah yang basah dan tanah yang kering dan tanah hitam yang mempunyai bau.
Al-Quran mempunyai kaedah kaji baka yang tunduk kepada Al-Malik melalui proses penciptaan Nabi Adam alaihissalam yang perlu dijelaskan dengan huraian yang jelas nyata dan terang bagi mengesakan pentauhidan kepada Allah subhanahu wata'ala bahawa Allah tidak mempunyai anak, tidak mempunyai bapa dan tidak mempunyai ibu.
Dan Nabi Adam atau Nabi Isa bukan anak-anak lelaki Allah.
Proses yang lama dikhabarkan direncanakan oleh Allah bagi membentuk jasad Nabi Adam sehingga seratus dua puluh tahun lamanya.
Adakah ini bagi menjelaskan tentang usia yang panjang yang dimiliki oleh generasi Nabi Adam dan peristiwa-peristiwa yang dilalui sejarahnya seperti yang disebutkan di dalam Al-Quran?
(Belum ditemui dari hadis Rasulullah sallallah hu alaihiwassalam bagi mengesahkannya)
Angin, air, api dan bumi dikatakan asas pembinaan sifat Nabi Adam.
Rohnya dimasukkan kemudian yang menyusun urat saraf dan lapisan pencernaan perut.
Qiyamuhu Binafsihi - berdiri sendiri tanpa kaki/tongkat/kasut yang bermakna Allah tidak mempunyai kaki seperti manusia. Allah Maha Hidup yang berdiri sendiri tanpa mengantuk atau tertidur adalah tanda Kebesaran dan KekuasaanNya.
Sesungguhnya orang-orang bukan muslim tidak memahami wahyu-wahyu biarpun mereka mempelajari secara kajian ilmiah sifat insan.
Namun cikgu-cikgu 'jauhku' tidak mengetahui bahawa wujud sifat bermain-main di tanah air ku sendiri apabila mengiringkan catatan akidah ini dengan pendapat bukan muslim dengan tajuk 'Human Resource'/