Jumaat, 12 Jun 2015

Kamu Muslimkah Tatkala Daku Tidak Mengikutimu!

Bilamana malaikat dihitung sehingga seramai 99.9 peratus di muka bumi

Apakah yang mahu dinafikan?

Bilamana pada setiap manusia ada Raqib dan 'Atiq menjadi saksi

Apakah yang mahu dihujjahkan?

Bilamana 7 billion di ganda duakan di bumi

Apakah yang mahu dihujjahkan?

Bilamana ada sejumlah 14 billion malaikat Raqib dan 'Atiq sama menghuni

Apakah yang mahu dihujjahkan?

Bila tiada rahsia upaya tersembunyi

Ramadhan bulan bagi para muslimin dan muslimin.


Bersuaralah Demi Rindu Al-Qadar

Alhamdulillah

Allah hu Akbar

Masih KasihMu melembarkan bentangan cinta untuk Al-Qadar dinikmati

Alhamdulillah 

Allah hu Akbar

Nafas pinjaman Mu masih mendenyutkan jantung ini

Meski sesekali sering sakit dan pedih meresapi sanubari

Namun firman Mu tidak mampu membuatkan ku berpaling lagi

"Katakanlah Muhammad (sallallah hu alaihiwassalam) :
Sesungguhnya apa yang diwahyukan kepadaku ialah bahawa Tuhanmu adalah Tuhan Yang Esa, maka apakah kamu telah berserah diri?"


Allah hu Akbar 

Alhamdulillah

Bulan Syakban akan pergi kerana memaklumi bulan Ramadhan yang dirindu

Antaranya dengan bulan Rejab dan bulan Ramadhan tiada saling iri kerana cemburu

Mana mungkin daku menjadi bisu

Bila firman Mu menenangkan jiwaku

"Maka jika mereka berpaling, maka katakanlah Muhammad (sallallah hu alaihiwassalam)
Aku telah menyampaikan kepadamu (ajaran) yang sama dan aku tidak tahu apakah yang diancamkan kepadamu itu sudah dekat atau masih jauh."


Merenung pada usia bonda yang berbeza hitung tiga puluh dua tahun dengan usiaku

Ia membuang resah ia melontar jauh gelisah ia mengusir rawan di qalbu

Bila bonda masih tersenyum gagah berdiri tanpa dibantu

Apakah daku wajar menjadi bisu membeku?




Akidah Sahih

Akidah bukan ideologi kerana ia merupakan sistem cara hidup.

Perkara ini yang masih tidak berdaya difahami oleh penganut agama lain apabila terlalu banyak masa dibazirkan untuk bermusuh dan membenci islam di benua barat, eropah juga asia selain di timur tengah sendiri. Ia juga dikesankan oleh tuntutan politik barat.


Akidah sebagai sistem pengurusan masih kurang diterjemahkan oleh kebanyakan negara di dunia islam.


Ahli waris di dalam institusi kekeluargaan islam hanya wujud dari pernikahan yang sah ijab, qabul dan penyaksiannya. 

Anak angkat yakni anak orang lain yang diambil menjadi anak sendiri tidak menjadi ahli waris kepada pewarisan harta kecuali apabila ia diwasiatkaan sebagai pemberian hadiah.


Ahli Waris tergolong kepada dua puluh lima status ke atas jenazah lelaki dan perempuan yakni dipecahkan kepada lima belas status untuk jenazah lelaki dan sepuluh status bagi jenazah perempuan. 

Dengan syarat yang sah ahli waris-ahli waris adalah terhad kepada bapa,ibu, anak lelaki, anak perempuan dan suami atau isteri.

Penyusunan Family Tree kepada saya amat wajar menyedari tentang perbezaan kaedah pemahaman nasab keluarga di kalangan pengguna muslim kerana ia bukan semata-mata sepohon jurai keturunan.

Family Tree wajar bersedia menambah pengetahuan bahawa anak-anak angkat yakni anak  yang bukan anak sendiri distatuskan sebagai orang asing pada sudut pentakrifan ahli waris.

Umpamanya apabila wujud ahli waris yang dilahirkan tanpa perkahwinan oleh perzinaan, apabila ahli waris menjadi  murtad yakni membebaskan dirinya yang muslim menjadi bukan muslim, ahli waris yang membunuh misalnya membunuh bapa atau ibu atau saudaranya yang lelaki mahu pun yang perempuan selain hamba yang dimiliki (zaman rasullullah sallallah hu alaihiwassallam serta para sahabat)


Perbezaan di antara cara penggabungan susunan ahli keluarga pelayar bukan muslim dengan pelayar yang muslim di Family Tree dan Geni mesti dijadikan sebagai sebahagian dari cara dan kaedah yang memberi pengetahuan kepada kita betapa pentingnya keluarga sebagai ahli terdekat untuk diberikan keutamaan penghargaan dan bantuan juga kasih sayang selain belas kasihan dan simpati apatah lagi jika mereka terdiri dari mereka yang perlu dibantu oleh kesusahan mereka.

Geni dot com berkesempatan membuka minda penggunanya dari kalangan masyarakat nasrani juga yahudi dan mereka yang bukan beragama samawi untuk memahami keintelektualan Nabi Muhammad sallallah hu alihiwassallam yang berpesan bahawa tidak boleh orang islam mewarisi orang kafir dan tidak pula orang kafir boleh mewarisi orang islam riwayat dari Bukhari dan Muslim.

Dengan kata lain harta bagi orang-orang nasrani tidak boleh diwarisi oleh orang yahudi, harta bagi orang islam tidak boleh diwarisi oleh orang nasrani dan begitulah seterusnya bagi hak penganut agama-agama yang lain.

Ini tidak bermakna wujud pendiskriminasian selain dari membezakan erti dan makna keluarga yang sah dengan rakan-rakan.


Selain itu apabila kami yakni pengguna muslim di geni dot com mengenali susunan ahli keluarga (nasab keturunan), kami berupaya menghindari pernikahan yang tidak sah dari syariah undang-undang keluarga islam oleh sifat semahram kerana wujud wanita-wanita yang diharamkan untuk dinikahi/dikahwini :

1- Isteri bapa yang telah ditalaki atau isteri bapa itu ditinggalkan kerana kematian bapa.

2- Ibunya sendiri yang termasuk neneknya di sebelah ibu dan bapa.

3- Anak perempuannya sendiri yang terdiri dari cucu-cicitnya dan yang sama taraf status.

4- Adik perempuan yang sekandung yakni sama ibu bapanya, adik perempuan seayah atau seibu.

5- Ibu saudaranya sendiri yakni adik beradik di sebelah bapa  yang sebapa atau seibu.

6- Ibu saudaranya sendiri dari pihak ibu (khalah - yakni adik beradik ibu yang sekandung, sebapa atau seibu).

7- Anak dari saudara lelakinya (anak saudara yakni anak abang/adiknya).

8- Anak dari saudara perempuannya (anak saudara yakni anak kakak/adiknya).

9- Anak dari hubungan susuan.

10-Ibu Mertua.

11-Anak perempuan kepada suami/isterinya (anak tiri).

12-Menantu  (isteri kepada anak lelaki yang mana perempuan itu bukan anak angkat).

13-Memperisterikan dua wanita yang sekandung pada satu masa.

14-Wanita yang bersuami.

15-Wanita musyrik jika dia tidak menerima islam sebelum berkahwin.

Selain itu muslimin tidak mengamalkan konsep perkahwinan Mutt'ah.