Hampir keseluruhan bulan-bulan di dalam tahun hijriah mengandungi peristiwa-peristiwa utama yang diceritakan di dalam Al-Quran pada sudut sejarah yang diberikan sorotan berfokus di dalam hadis Rasulullah sallallah hu alaihiwasalam.
Muharam misalnya adalah detik pertemuan bagi setiap permulaan yang sering didoakan oleh Kekasih ummah, Muhammad bin Abdullah sallallah hu alaihiwasalam pada purnama baru yang bersinar pada setiap permulaan bulan agar diperlihatkan kepada ummat manusia agar memperolehi keimanan, keselamatan, keislaman, ketenangan sakinah, keafiatan, rezeqi serta taufik hidayah dan apa sahaja yang Rabbul Jalil suka dan redhai (riwayat Atthabarani'an Ibnu Umar).
Mentari, bulan, bintang, planet, langit, awan serta seluruh makhluk di angkasa mempunyai Pemilik.
Amalan berpuasa pada Asyura dan Tasyu'a adalah ibadah yang berkait dengan perkisahan kesyukuran Nabi Musa alaihissalam dan bani Israel yang terlepas dari kekejaman Firaun telah disambut dengan hak oleh Rasulullah sallallah hu alaihiwasalam bagi ummatnya muslimin untuk berpuasa sebelum atau selepas 10 Muharam.
Bagaimanakah kita mengabaikan kisah-kisah sejarah dari Al-Quran sehingga hampir kesemua perwatakan sifat manusia yang mulia dan yang cela telah berulang berkali-kali dibentuk oleh kemajuan tamadun serta peradaban kemodenan masa kini?
Apakah 12 Rabiul Awal menjadi peristiwa penting sekiranya tanpa tahun gajah?
Gajah asal usul habitatnya dinyatakan oleh Surah Al-Fiil dengan virus yang didatangkan dari angkasa tersimpan kukuh di dalam ingatan pembaca juz amma namun sejarah Doktor Livingstone lebih mendapat rujukan sifat berkasih sayang simpati ke atas khalayak yang serba naif di benua hitam dunia itu yang penuh dengan virus dan penyakit, tatkala Abrahah dihukum kerana berhajat merobohkan Baitullah.
Baitullah mempunyai sejarah di dalam kitab Al-Quran yang tidak pernah berubah bahasanya.
Niat dan rancangan yang disimpan bagi merobohkan Ka'abah sejak awal-awal lagi digagalkan sebelum 'Periqlytos' dilahirkan.
Tidak upaya buat kemajuan keintelektualan peradaban moden untuk menafikan keaslian bahasa Al-Quran yang memberikan nama Ahmad kepada Rasul yang akhir, Muhammad sallallah hu alaihiwasalam setelah bahasa kuno purba "Eudokia' musnah bersama keruntuhan bahasa ibrani dan arami serta tamadun yunani.
Virus yang didatangkan bersama burung-burung ababil itu telah membunuh haiwan sebesar gajah.
Rejab, Syakban, Ramadhan, Syawal, Zulkaedah dan Zulhijjah mengandungi peristiwa-peristiwa utama yang diceritakan di dalam Al-Quran pada sudut sejarah dan pernyataan Kekasih Allah sallallah hu alaihiwasalam di dalam hadisnya.
Siapakah yang merubah peristiwa-peristiwa yang disampaikan oleh malaikat Jibrail?
Usia-usia nabi-nabi ada yang mencapai ratusan tahun tanpa seorang pun disabitkan sebagai anak Tuhan bila hanya Nabi Adam alaihissalam sahaja yang dilahirkan tanpa ibu bapa, manakala Nabi Isa alaihissalam dilahirkan tanpa bapa.
Nabi Adam dan Nabi Isa alaihissalam bukan anak-anak Tuhan (Allah).
Perintah mengorbankan Nabi Ismail alaihissalam antara peristiwa utama kepada ibadah haji ummat islam yang menjelaskan siapa Allah dan perbezaan Pencipta dengan makhluk yang diciptakanNya, yang dijelaskan dengan mudah bagi menolak konsep Bapa Tuhan, Anak Tuhan dan Roh Kudus.
Ketaatan kepada Allah yang tidak dibantah.
Apakah yang didoakan oleh seorang bapa yang mukmin?
Nabi Ibrahim berdoa mendapat seorang anak yang soleh.
Nabi Ibrahim bernikah dengan Siti Hajar yang melahirkan Nabi Ismail.
Hanya berlainan gender sahaja yang bernikah dapat membentuk darah daging setelah sperma tersimpan di dalam ovari yang memenuhi maksud berakal oleh kesihatan dari cara hidup yang baik.
Al-Quran mempunyai kaedah kaji baka yang tunduk kepada Al-Malik melalui proses penciptaan Nabi Adam alaihissalam yang perlu dijelaskan dengan huraian yang nyata dan terang bagi mengesakan pentauhidan kepada Allah subhanahu wata'ala bahawa Allah tidak mempunyai anak, tidak mempunyai bapa dan tidak mempunyai ibu.
Dan Nabi Adam atau Nabi Isa bukan anak-anak lelaki Allah.