Sebelum jauh berduga selamat ulang tahun tanah air ke 57.
Bagaimana terlupa?
Sesudah Ramadhan ialah Syawal.
Bagaimana terleka?
Barakah masih berbekas dek ibadah beramal.
Apakah yang kita harapkan?
Pada sanjungankah untuk berasa mulia?
Tatkala kemuliaan dan sanjungan
Hanya milik Allah sahaja.
Rukun Negara sahajakah bacaan 'suci' kami?
Bila lebih bermakna bacaan dan huraian Surah Al-Kahfi
Buat semua pemuda pemudi
Juga putra dan putri kami.
Apakah makna tanah air kepada penguasa?
Serupakah nilai mutu yang dirasa oleh rakyat jelata?
Pada wasiat iman yang berajak jejak ke syurga
Tidak dianggap kecil atau sedikit amal yang ikhlas semata-mata.
Seduduk rendah namun masihkah kita berdiri tak sama tinggi?
Kepada satu negara antara penguasa dan rakyat marhaen
Adakah kerana keturunan bangsawan darjat dinasti?
Hingga niat di hati, bicara di bibir, pada amal buat menjadi lain.
Bagaimanakah diaudit sabda Kekasih Allah sallallah hu alaihiwasalam yang juga bernegara
Pernah juga baginda menjadi penguasa
Pernah juga baginda terusir menjadi penghijrah
Agar tidak hanya menjadi simpanan di arkib
Setelah ia hanya menjadi rujukan sarjana intelek melengkapkan tesis
Atau rujukan bahan bagi ceramah dan tazkirah..
Imam As-Sayuthi pada sarah Al-Syadur menyatakan dari At-Thabarani dari Kitab Al-Kabeer.
Rasulullah sallallah hu alaihiwassalam berkata:
Malam kelmarin aku bermimpi telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh malaikat Izrail untuk mengambil nyawanya, malakait telah terhalang oleh ketaatannya kepada ke dua ibu bapanya.
Aku melihat juga seorang dari ummatku telah disediakan untuknya menerima siksa kubur, dia telah diselamatkan oleh wudhuknya.
Aku telah melihat juga seorang dari ummatku sedang dikelilingi oleh syaitan-syaitan, dia telah dibebaskan dari bahaya setan itu dengan zikirullah.
Aku telah melihat seorang dari ummatku telah diseret oleh malaikat azab, solatnya tiba melepaskannya dari malaikat.
Aku juga meihat seorang dari ummatku ditimpa kehausan yang sangat berat, dia dihalang dari meminumi air dari perigi dan telaga lalu tiba puasanya memberikan ia minuman sehingga berasa puas.
Aku melihat seorang dari ummatku mengunjungi kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpul, bila ia mendekati dia telah diusir dari situ lalu majulah mandi junubnya memimpinnya ke kumpulan itu sambil menunjukkannya supaya duduk.
Sambil duduk mengenang-ngenang setelah terbuang
Ingin ditanya:
Bagaimanakah 'kebersihan' sebuah negara apabila 'kesuciannya' tidak barakah?