Menemukan semula catatan yang masih relevan biarpun telah berusia enam tahun.
Asas-asas fardhu ain membentuk syaksiah seorang muslim...
Apabila ditafsirkan erti tauhid Rubbubiah dan Uluhiyyah hati kembali terdiam lantaran kejahilan yang menguasai minda sehingga niat tidak dikasadkan untuk mencari erti rasa keinginan beragama yang membawa jiwa untuk rasa bertanggungjawab.
Waktu itu keashikkan bermain pondok-pondok sambil berlakon bermain berkahwin olok-olok menjadikan kelalaian adalah peneman yang paling akrab sehingga terhimpun kekeliruan yang mencalarkan indera rasa.
Perjuangan waktu itu sekadar mahu dihambat sebanyak mungkin rasa keseronokan yang tidak mengayamkan kebenaran kerana diri mahu membesarkan rasa nikmat yang kemanisannya menyampingkan rasa kegentaran kepada kebesaran Pencipta.
Roh bahasa waktu itu amat mendakapi jiwa.
Waktu itu amat bangga bila bahasa melayu rohnya tidak tercemar.
Tiada rasa ingin melarikan diri bila sifat wujud itu ertinya ada, mustahil Allah tiada dinyatakan dengan terang dengan kalimah yang padat bukti dan dalilnya.
Mudah apabila diminta melihat bumi, tanah, laut dan langit pasti ada yang menciptakannya itulah bukti Allah ada.
Qidam maknanya sedia, mustahil Allah bersifat baharu.
Perlahan-lahan sifat-sifat Allah mulai kesemuanya dihayati bila bahasa melayu digunakan tanpa diselang selikan oleh tafsiran bahasa yang tidak difahami.
Allah kekal, mustahil binasa kerana Kemuliaan dan KebesaranNya yang tidak ada permulaan dan tiada pengakhirannya.
Kematian dan kebinasaan adalah sifat makhluk ciptaanNya. Kiamat adalah masa hadapan ummat yang menunjukkan Allah hidup buat selama-lamanya.
Amat dirindui untuk merasakan saat gembira menghayati ilmu dengan bahasa yang menjadikan kita faham dan mudah dizahirkan rasa kekecewaan pada anak-anak yang sering terkial-kial dalam menafsirkan maksud oleh huraian ungkapan yang tidak dimengertikan.
Waktu itu tiada unsur lawak yang bersulam maksud bersirat.
Waktu itu amat sukar mahu memahami erti syirik sedangkan pada ketika itu jiwa amat mudah dilemahkan oleh rasa takut pada bayang-bayang hitam. Sedangkan itu berkait soalnya dengan alam ghaib.
Iman tidak berdiri sendiri tanpa iktikad yang sungguh-sungguh kepercayaan kepada Allah yang Esa di mana malaikat adalah makhluk taat yang sebahagiannya bertugas menyampaikan kitab kepada rasul untuk menerangkan hari kebangkitan adalah perhitungan untuk manusia di hari kiamat.
Kini ke manakah hilangnya rasa dari hasrat yang bernyala untuk dimengerti erti menjadi muslim andai petunjuk yang dibanggai adalah yang berlawanan dari apa yang dianjurkan oleh nabi-nabi dan para rasul?

Semasa masih di alam kanak-kanak tatkala pernah mendengar pengisian iman di kelas pengajian yang emak sertai, sering hati payah menghadami erti tauhid Asma’ Wassyifat.
Apabila ditafsirkan erti tauhid Rubbubiah dan Uluhiyyah hati kembali terdiam lantaran kejahilan yang menguasai minda sehingga niat tidak dikasadkan untuk mencari erti rasa keinginan beragama yang membawa jiwa untuk rasa bertanggungjawab.
Waktu itu keashikkan bermain pondok-pondok sambil berlakon bermain berkahwin olok-olok menjadikan kelalaian adalah peneman yang paling akrab sehingga terhimpun kekeliruan yang mencalarkan indera rasa.
Perjuangan waktu itu sekadar mahu dihambat sebanyak mungkin rasa keseronokan yang tidak mengayamkan kebenaran kerana diri mahu membesarkan rasa nikmat yang kemanisannya menyampingkan rasa kegentaran kepada kebesaran Pencipta.
Roh bahasa waktu itu amat mendakapi jiwa.
Tidak seriau atau berasa risau akan
ketidak fahaman bahasa kerana maksud yang disampaikan adalah terang dan jelas
cuma bermasalah pada hati yang tidak bermata untuk memahami bahawa istilah dan
ungkapan apabila tidak difahami fikiran juga tidak akan terbuka.
Waktu itu amat bangga bila bahasa melayu rohnya tidak tercemar.
Tidak rengkas
tidak pula dieja mengikut mudah bibir menyebutnya.
Tiada rasa ingin melarikan diri bila sifat wujud itu ertinya ada, mustahil Allah tiada dinyatakan dengan terang dengan kalimah yang padat bukti dan dalilnya.
Mudah apabila diminta melihat bumi, tanah, laut dan langit pasti ada yang menciptakannya itulah bukti Allah ada.
Qidam maknanya sedia, mustahil Allah bersifat baharu.
Perlahan-lahan sifat-sifat Allah mulai kesemuanya dihayati bila bahasa melayu digunakan tanpa diselang selikan oleh tafsiran bahasa yang tidak difahami.
Allah kekal, mustahil binasa kerana Kemuliaan dan KebesaranNya yang tidak ada permulaan dan tiada pengakhirannya.
Kematian dan kebinasaan adalah sifat makhluk ciptaanNya. Kiamat adalah masa hadapan ummat yang menunjukkan Allah hidup buat selama-lamanya.
Amat dirindui untuk merasakan saat gembira menghayati ilmu dengan bahasa yang menjadikan kita faham dan mudah dizahirkan rasa kekecewaan pada anak-anak yang sering terkial-kial dalam menafsirkan maksud oleh huraian ungkapan yang tidak dimengertikan.
Waktu itu tiada unsur lawak yang bersulam maksud bersirat.
Waktu itu amat sukar mahu memahami erti syirik sedangkan pada ketika itu jiwa amat mudah dilemahkan oleh rasa takut pada bayang-bayang hitam. Sedangkan itu berkait soalnya dengan alam ghaib.
Iman tidak berdiri sendiri tanpa iktikad yang sungguh-sungguh kepercayaan kepada Allah yang Esa di mana malaikat adalah makhluk taat yang sebahagiannya bertugas menyampaikan kitab kepada rasul untuk menerangkan hari kebangkitan adalah perhitungan untuk manusia di hari kiamat.
Percaya kepada
qadha dan qadar memberi peluang untuk berdaya usaha sebelum bertawakkal yang tidak diperolehi semata-mata dengan niat bagi muslim awam seperti saya.
Kini ke manakah hilangnya rasa dari hasrat yang bernyala untuk dimengerti erti menjadi muslim andai petunjuk yang dibanggai adalah yang berlawanan dari apa yang dianjurkan oleh nabi-nabi dan para rasul?
Bukankah islam adalah agama para rasul dan nabi-nabi?
Inginkah terus kekal di dalam kesesatan lantaran jahil memahami
natijah bahawa dengan berakidah kehidupan itu dapat disempurnakan?