Melangkah
kaki ke kelas baru dengan minda yang setengah lesu.
Sering bertukar guru menjadikan minda termanggu..
Sering ditukar lokasi minda semakin sangsi...
Namun apakah benar usia yang tua keberanian turut merundum
Untuk berasa sinis bagi berasa kagum
Pada yang muda yang tidak sedia berumah di tepi laut
Walau sedar taufan dan ombak serta ribut
Mampu menggugah nekad bila tohmahan disebut?
Ahhhh saya tidak dapat menulis sebuah sajak buat mengusir kelesuan ini.
Bismillah
hir Rahma nir Rahim
(Betapa tidak indahnya bahasa Mu Ya Rabb bila ditulis dengan bahasa asing namun daku tidak boleh berkomunikasi dengan menggunakan bahasa arab)
Surah Al-Kahfi dibaca berulang Jumaat.
Banyak bacaan minda yang menata berkali-kali hingga gusar aqal menjadi sesat.
Pembinaan tamadun akhir zaman menerusi dailog di antara Nabi Khidir dengan Nabi Musa alaihissalam dibaca dengan realiti sekarang.
Al-Quran tidak meramalkan masa hadapan ummat apabila membentangkan pengesaan Pencipta alam

1 Pembinaan tamadun akhir zaman menerusi Rasul-Rasul
dan Nabi-Nabi dengan urusan kekayaan sebagai pemerintah oleh Nabi Sulaiman, Nabi Daud, Nabi Musa alaihisalam dan Nabi Muhammad sallallah hu alaihiwassalam akhirnya memenuhi risalah yang menyempurnakan Islam untuk membahagiakan ummat akhir zaman mendapat pahala menjadi saksi kebenaran dan amanah penyampaian Kekasih Allah sallallah hu alaihiwassalam.
Siapakah yang tinggal di dalam gua dan apakah gua menjadi kediaman masa kini?
Bagaimanakah perumahan masih tidak mencukupi permintaan tatkala pelarian kekal meningkat statusnya sebagai manusia yang tiada kerakyatan kerana tiada bernegara?
Adakah kelemahan mengurus yang diberikan Allah kepada manusia tetap mahu dinafikan oleh khalayak yang menjadi pengurus dunia dan ummatnya?
Mengapakah sistem telekomunikasi tidak dikuasai oleh mereka yang sangat hampir dan dekat dengan Allah tatkala cahaya-cahaya para malaikat menjadi jalur benang gelombang bagi menolak kuasa atom ion binaan manusia yang memasuki wilayah tertinggi kekuasaan Allah setelah manusia diberikan bumi untuk menguruskannya?
Tatkala kisah para rasul dan nabi adalah kisah purbakala menurut sesetengah pendapat, kita masih gagal untuk menafikan bahawa kisah nabi-nabi dan rasul-rasul adalaa kias dari perintah solat sewaktu peristiwa Isra’k dan Mikra’j, pengusulan bilangan rakaat solat bagi ummat Nabi Muhammad sallallah hu alaihiwasalam yang upaya difahami oleh Nabi Musa alaihisallam.
Dari 50 rakaat menjadi 5 rakaat adalah synopsis kekritikalan pemikiran masa hadapan khalayak yang hidupnya masih di dalam zon pra tamadun material binaan manusia tetapi telah mendiami wilayah kekuasaan tertinggi Allah yang mendiami Arasy yang agung.
Tidakkah benar wilayah milik Allah juga mahu dicerobohi oleh para hamba ciptaanNya apabila mencari kediaman lain di alam cakrawala yang mempunyai tingkat dan lapisan berlapis yang tidak diberikan sebagai kediaman manusia.
Kesan lebihan wang di pasarankah menjadikan kemiskinan ummat di dunia gagal ditangani?
Atau kenaikan harga minyakkah oleh proses pengeluarannya tidak menyaingi dengan kos pembinaan pelancaran ke angkasa?
Wang perak selepas puluhan tahun atau ratusan tahun mempunyai nilai yang terubah kerana apa?
Bagaimanakah nilai mata wang yang lebih rendah dikhuatiri oleh pendominasian pasaran dunia.
Adakah kerana kekukuhannya yang tidak mengurangkan kuasa pembeli?
'Global positioning systemkah menerusi matahari bila terbit ia condong daripada gua ke sebelah kanan dan apabila ia tenggelam ia meninggalkan mereka di sebelah kiri sedangkan mereka berada di tengah gua.
Israk dan Mikraj kiranya masih menjadikan Baitul Muqaddis hanya milik bangsa yahudi tatkala perjalanan ke angkasa ditempuhi oleh Rasullulah sallallah hu alaihiwassalam nabi bagi orang muslimin?
I