Jumaat, 10 Januari 2014

Menjelang Ulang Tahun Mu Kekasih Ummat/ 12 RabiulAwal 1435Hijriah


Pagi Jumaat menjelang ulangtahun Kekasih Allah sallallah hu alaihiwassalam yang dicatatkan dilahirkan pada hari Isnin bersamaan 20 April 571..mengembalikan kelaziman bagi mengulangi pertanyaan-pertanyaan mengenai iman di dalam realiti kehidupan para muslim.

Islam dahulu atau imannya yang tiba terlebih awal?

Minda ini sukar menghentikan perbualan.

Keterbatasan akal menjadikan manusia memerlukan iman.

Lantas kerana itu iman mempunyai rukun-rukunnya.

Ia tidak terbit begitu sahaja.

Justeru itu melalui imanlah muslim berakidah.

Tanpa iman manusia hanya beragama.

Islam adalah agama para nabi dan rasul-rasul.



Apakah yang ingin dikau sampaikan wahai minda?

Apakah benar kita tidak membenci musuh yang membenci kita?

Apakah boleh syariat diubah?

Tidakkah Islam itu telah diubah, diselewengkan  dan dipinda setelah ummat zaman itu melupai ajaran-ajaran Islam yang dibawa oleh nabi-nabi sebelum kelahiran Nabi Muhammad bin Abdullah sallallah hu alaihiwassalam?

Dikau menyatakan tentang Sunnah melalui hadis Rasulullah sallallah hu alaihiwassalam?

Ummat keliru dan kita ini sering buntu.

Sunnah itu penegasan untuk iman dikukuhkan kerana iman dizahirkan melalui amalan ibadah dan akhlak yang menghubungkan muslim dengan Penciptanya dan perhubungan sesama mereka.


Masih ada yang dikau sembunyikan wahai minda.

Adakah ia berkenaan pertanyaan saya terhadap AIPAC?

Mengapakah bangsa yahudi dan nasrani tidak mahu menjejaki syurga setelah mengetahui kebanyakan mereka akan menjadi ahli neraka?


Apakah yang tidak diberitakan oleh Al-Quran untuk diabaikan bahawa terkandung di dalamnya petikan-petikan doa-doa Puteri Balqis, Nabi Nuh alaihisalam, Nabi Hud alaihisalam, Nabi Ibrahim alaihisalam, Nabi Zakaria alaihisalam, Nabi Ayub alaihisalam, Nabi Luth alaihisalam, Nabi Musa alaihisalam, Nabi Sulaiman alaihisalam, Nabi Ayub alaihisalam, Nabi Yusuf alaihisalam, Nabi Zakaria alaihisalam dan Nabi Isa alaihisalam yakni nabi-nabi dan rasul 'ulul azmi' yang diturunkan suhuf, Zabur, Taurat dan Injil kepada mereka.


Maksud mu syariat adalah berdasarkan keperluan zaman dan ianya boleh diubah?

Syariat dari Al-Quran telah menyempurnakan cabang-cabang perbezaan syariat pada zaman nabi-nabi dan rasul yang terdahulu zamannya dari zaman Rasulullah sallallah hu alaihiwassalam.

Nubuwwah telah dikhatamkan oleh junjungan kekasihku Rasulullah sallallah hu alaihiwassalam.
Sunnah baginda telah menegaskan kesemua kekeliruan dan sudah tiada apa-apa lagi yang wajar dipertikaikan.


Apakah yang berbeza itu perlu menjadikan kita saling bersengketa wahai emosi?

Kita masih upaya mengesahkan persamaan hari-hari di syurga ya minda.


Bagaimana?

Ada dinyatakan bahawa hari-hari di dunia tidak banyak berbeza dengan sebutan hari-hari di dalam syurga.

Adakah kerana itu hanya yang bijaksana sahaja sedia menjadikan hari Jumaat sebagai hari hujung minggunya di dunia ini?

Hari Jumaat di dalam syurga diberitakan bahawa adalah bagaikan hari raya pada setiap minggu oleh penghuni syurga. Mereka saling berziarah dengan kenderaan yang diukur dengan kelajuan cahaya.


Ya apabila hari-hari di syurga tidak dinamakan Sunday bukan pula Monday tidak dinamakan Tuesday bukan Wednesday. Bukan Thursday bukan Friday tidak juga Saturday...masih ada yang sama yang kita nikmati di dunia ini apabila layak memasuki syurga.