بسم الله
Catatan pagi Jumaat
Catatan pagi Jumaat
Termanggu seketika tatkala berbual dengan anak ku saat menanti azan.
Betapa kecacatan yang amat parah ke atas iman semakin
dirasakan hasil keterlaluan dibenarkan khalayak seniman artis menjadi ikon dan
imej bagi institusi kekeluargaan islam dan pendidikannya.
Saya termenung panjang menyedari kekuatan akidah semakin
diperculaskan sebelumnya generasi akhir zaman benar-benar berhadapan dengan realiti
akhir zaman itu sendiri.
“Solat subuh dulu sebelum tidur. Sebentar lagi azan
menandakan waktu subuh sudah masuk.”
“Ya …along solat.”
“Usah hingga tidak solat Long…emak mahu naik ke atas nie.”
“Along tidak pernah tidak solat,sebelum ke tempat kerja
along solat dulu.”
“Itu qadha solat sebab along tidak terbangun untuk solat.”
“Yang penting along tidak tinggal solat…walaupun dengan
mengqadhakkan solat.”
لا حول ولا قوة الا باالله العلي العظيم
Perbualan jujur dengan anak menjadi secerbis kelukaan kerana
masih kukuhnya kesekularan dan hipotesis ‘islam itu mudah’ dicanangkan sehingga ia dihadami tanpa ditaakulkan.
Apabila iman direalitikan ke kaca televisyen … sangat mudah
ibadah dilakukan sehingga ia mempersonakan dan menjadikan keashikkan tanpa
upaya menilai kekurangan ilmunya.
Apabila agama menjadi perniagaan ke radas teknologi … sangat
mudah info dimaklumatkan walau pun tidak sahih untuk dijadikan pengetahuan.
Apabila pendidikan dikomersialkan untuk menjana pendapatan ... semakin dikenali jurai nasab Rasullullah sallallah hu alaihiwassallam yang tidak mengambil zakat serta sedekah untuk diri sendiri.
Benarkah ia sedemikian rupa?
Lalu semakin ingin dituntut agar suami-suami bagi
isteri-isteri muslim tidak mengautoritikan kuasa mereka agar para isteri upaya menjejak ke
syurga.
Bagaimanakah jadinya seandainya takrif derhaka itu hanya bersandarkan pengetahuan yang direalitikan berdasarkan pegangan
dan kepercayaan nilai mereka yang tidak berakidah meskipun beragama?
Tersangat ingin dituntut agar usah dibicara tentang neraka untuk para isteri yang beriman dengan dakwa ‘menderhaka’ tatkala hanya nilai-nilai pegangan budaya dan adat resam sahaja
kelihatan seorang isteri itu ‘tidak mentaati’ suami tatkala di dalam konteks kehidupan isteri-suami masih sah akidahnya, masih jelas tuntutan kalimah syahadahnya yang tidak menderhakai Allah dan mengasihi Rasullullah sallallah hu alaihiwassallam.
Tafsiran Al-Quran bagaimanakah boleh lebih menjelaskan
ketaatan isteri itu tidak seputar di dalam konsep ‘penceritaan Al-Hakim yang
menyatakan antara kewajiban seorang isteri terhadap suaminya ialah :
1-Jika mengalir darah
dan nanah dari ke dua lubang hidung suaminya lalu dijilat nanah dan darah itu
masih belum sempurna kewajiban si isteri terhadap suaminya.
Bagaimanakah sehingga
begitu sekali payah dan sukar untuk ditunaikan kewajiban dan tanggungjawab
seorang isteri muslim terhadap suaminya yang muslim?
Sifat
taqwa dimiliki oleh setiap lelaki dan wanita muslim apabila mereka mentaati
perintah Allah dan menghindari larangan Allah pada zahir dan batinnya.
Antara sifat taqwa yang difahami adalah Allah ditaati dan tidak dimaksiati, Allah diingati bukan dilupai dan nikmat Allah disyukuri bukan dikufuri.
Bagaimanakah dihenti menjadikan artis sebagai idola iman?