Khamis, 23 Mei 2013

Membina Imej Mukmin Sebagai Produk Syariah



Pertarungan dengan mega gelombang sering membuatkan terjahan fikiran mengingati catatan-catatan lama yang masih sesuai untuk diabaikan begitu sahaja.

"Saya mahu membina imej mukmin jika Cik Puan masih mengutarakan tentang iman tentera-tentera Imam Mahadi!"

"Sesalur eletrik mu memantaskan perjalanan masa."

"Ya setelah Cik Puan gagal memahami bahawa para syaithon berjalan dengan memasuki pembuluh darah manusia!"

1 

Warkah kali ini ditujukan buat Pelacur-Pelacur, Wanita Simpanan Dan Wanita 'Social Escort' yang berbangsa melayu dan beragama islam yang tidak memahami dan tidak mengenali hak-hak mereka yang boleh dituntut dari seorang lelaki muslim sekiranya mereka bersedia untuk tidak menawarkan diri dan meninggalkan pekerjaan ini.

2
Begini : 

3
Kontrak atau tugas yang hanya menjadi alat pemuas nafsu tidak membenarkan saudari dan puan-puan menuntut hak pemilikan harta sepencarian melainkan dengan pernikahan.

4
Ini bukan idea untuk lelaki bukan Islam tetapi ditujukan kepada wanita muslim yang telah disia-siakan hidup mereka oleh suami dan kerana perlu menyara kehidupan mereka dengan terpaksa menjadi pelayan jasad.

5
Juga ditujukan kepada gadis dan wanita muda yang mencari jalan pintas bagi menyara kos kehidupan yang tinggi dengan menjual diri di pasaran ‘menjadi pengiring peribadi’ agar berfikir berkali-kali untuk tidak terjerumus dengan dosa perzinaan.

6
Lelaki yang bermaruah tidak akan sedia melanggan wanita yang dikongsikan secara beramai-ramai melainkan wanita itu juga termasuk ke dalam kategori yang sama yakni mempunyai sifat rendah nilai dan persepsi diri.

7
Usah berjauh hati, fahami terlebih dahulu maksud yang tersembunyi dari terjemahan ayat dan hadis yang bermaksud :

8
Carilah isteri dengan hartamu untuk dikahwini bukan untuk berzina.

Dari Ali (r.a) dari Rasululah Sallallah hu alihiwassallam yang bersabda : 
"Ya Ali! Janganlah engkau turutkan pandangan itu kerana yang dibenarkan untuk mata mu ialah pada pandangan yang pertama. Dan tidak halal bagi mata mu untuk pandangan yang ke dua."

9
Mengapa?

Kerana isteri yang dinikmati perlu diberikan maharnya yang sempurna yakni belanja mas kahwin kerana hak-hak kelian ada padanya.

Tatkala wanita yang dinikmati tanpa mahar dan mas kahwinnya oleh ijab dan qabul serta saksinya, nilai diri kelian adalah percuma walau pun dibayar mengikut jam.

Lantas itu jika lelaki-lelaki muslim yang berbangsa melayu yang terdiri dari ahli politik, ahli perniagaan, para profesional atau orang kaya yang terdiri dari eliet yang memiliki wang yang banyak, saudari-saudari dan paun-puan wajar meminta pernikahan yang sah untuk melayakkan saudari-saudari dan puan-puan  mewarisi harta seandainya membenih di dalam ovari saudari-saudari dan puan-puan janin, janin yang menjadi anak itu berhak mendapat hak persaraan seumur hidupnya yakni ditanggung kebertanggungjawaban mendapat pendidikan rendah dan tinggi dan hak-hak untuk mendapat pembelaan di dunia dan akhirat.

Pesan saya jangan dibebankan lelaki-lelaki melayu muslim yang miskin iman, papa harta tetapi kaya nafsu kerana dibimbangkan benih mereka itu menambahkan kesengsaraan hidup saudari-saudari dan cik puan-cik puan.

Di sudut pemahaman ini juga upaya dilihat bagaimanakah keadilan yang mampu dilaksanakan oleh pengamal poligami dan persedian-persediaan memahami kewajipan berumah tangga.

Sayugia juga diperingatkan, jauhilah dari terlibat dengan lelaki-lelaki yang memiliki hutang, yang sederhana pendapatannya tetapi miliki keminimum kesedaran menunaikan kebertanggungjawaban, amanah dan hak sebagai seorang lelaki yang beragama.

Lantas dengan ini sebenarnya kita bersama-sama berupaya membasmi pelacuran yang menjadi acara lazim peradaban zaman yang cuba mahu disuaikenalkan dengan budaya beragama kita.

Generasi Imam Mahadi tidak dilahirkan dari ovari ibu yang tidak bersuami!
Sekiranya memang wujud generasi tersebut.

Isu yang tidak upaya diasingkan dari ketinggian berpengetahuan iman ialah kesediaan beriman dengan larangan-larangan yang menyatun akhlak untuk dijauhi wabak-wabak penyakit di dalam sosial masyarakat moden.

Saudari-saudari dan puan-puan perlu tahu bahawa di dalam agama kita, hak-hak untuk meneruskan pemilikan harta saudari-saudari dan puan-puan sebelum pernikahan, tidak berubah pemilikannya oleh perkahwinan. Maknanya ialah harta itu tidak perlu diperkongsikan sekiranya tidak wujud hasrat untuk dilakukan perkongsian.

Justeru usahlah diabaikan keperluan berpengetahuan di dalam agama tatkala dialami penderaan jiwa. 

Bantulah saya membasmi kebutaan iman, buta huruf kepada kalimat Al-Quran bagi mencelikkan iman dalam mereformasikan muslim muslimat kepada mukmin mukminat dan mentransformasikan jahiliah kepada ketaqwaan.

Usah juga bercuriga dengan Islam yang amat mengasihi saudari-saudari.

Posted by thanaif on 23 Ogos 2009