Catatan ini dicatat pada 12 Rabiul Awal 1433 bersamaan 4 hb Febuari 2012 jam 2.12 petang waktu Doha.
Ia diulang catat semula berkali-kali di blog-blog saya bagi mendapatkan semula imbasan terhadap perlunya akar akidah sebagai penanda kewujudan ku di alam nyata sebagai tejathanaif @ thanaif yang sukar diterima kenyataannya oleh kebanyakan individu.
![]() |
tejathanaif @ thanaif adalah nama pena saya. |
Wujud pertanyaan dari diri kepada diri sendiri mengapakah kini saya kelihatan semakin memberikan perhatian untuk mengenali dan mempelajari mengenai suku yang mengikat semula saya kepada jurai nasab di sebelah emak (Hajjah Nafsiah binti Salleh) , tanpa saya berniat mahu mengabaikan susun nasab jurai di sebelah Allahyarhamhu abah (14556 Mohd Ali bin Ahmad). Mungkin juga bagi menghindari kerumitan-kerumitan yang saya tidak ketahui dari mana ianya wujud.
![]() |
Allahyarhamhu 14556 Mohd Ali bin Ahmad dan Hajjah Nafsiah binti Salleh adalah ibu dan bapa saya. |
Ini adalah kerana dari ketinggian kasih sayang lelaki dari suku nasab di sebelah emak yang dilihat mementingkan pemeliharaan dan jaminan keselamatan kebajikan wanita-wanita mereka yang wajar diberikan perhatian dalam waktu digiatkan usaha ingin memandaikan anak-anak lelaki mengenai amanah kepercayaan dan tanggungjawab terhadap ibu bapa dan keluarga sendiri.
Jika merujuk kepada kaedah persukuan seperinduk di sebelah emak, suku emak saya ialah suku mungkal.
Susun nasab ini hanya diwarisi oleh anak-anak perempuan yang diperolehi dari emak dan secara tradisinya akan dimiliki oleh anak perempuan saya, Siti Hanan binti Harith.
Seperinduk adalah satu pembacaan yang upaya membetulkan kesilapan yang diwarisi dari kaedah pembinaan keluarga yang berasal dari seorang ibu.
Tatkala adat masih dijadikan sandaran bagi membina budaya, sudah sampai ketikanya akidah dijadikan asas bagi membina budaya sebuah keluarga muslim.
Ya sering tertanya bagaimanakah budaya di dalam Islam yang mempunyai hukum berpakaian, hukum di dalam munakahat, hukum dalam makanan dan minuman (sebagai contoh) ke atas kehidupan seorang muslim dan muslimah?
Sejarah bukan sesuatu yang wajar diabaikan apabila keseluruhan al-quran menjelaskan sejarah besar sebuah keluarga yang dilahirkan oleh Siti Sarah dan Siti Hajar di samping Hawa isteri kepada Nabi Adam alihissalam yang membina asal usul bagi bangsa yahudi dan arab.
Saya adalah anak ke tujuh menurut kelahiran di dalam bilangan adik beradik yang perempuan dari jurai suku emak yang satu-satunya anak perempuan kepada aruah ibunya, Tiami binti Sulit. Manakala anak perempuan saya Siti Hanan menduduki bilangan ke sepuluh dari jumlah keseluruhan bilangan cucu-cucu perempuan yang dilahirkan oleh anak-anak perempuan emak saya (Hajjah Nafsiah binti Salleh).
Susun nasab ini hanya diwarisi oleh anak-anak perempuan yang diperolehi dari emak dan secara tradisinya akan dimiliki oleh anak perempuan saya, Siti Hanan binti Harith.
Siti Hanan binti Harith adaalah satu-satunya anak perempuan saya. |
Seperinduk adalah satu pembacaan yang upaya membetulkan kesilapan yang diwarisi dari kaedah pembinaan keluarga yang berasal dari seorang ibu.
Tatkala adat masih dijadikan sandaran bagi membina budaya, sudah sampai ketikanya akidah dijadikan asas bagi membina budaya sebuah keluarga muslim.
Ya sering tertanya bagaimanakah budaya di dalam Islam yang mempunyai hukum berpakaian, hukum di dalam munakahat, hukum dalam makanan dan minuman (sebagai contoh) ke atas kehidupan seorang muslim dan muslimah?
Sejarah bukan sesuatu yang wajar diabaikan apabila keseluruhan al-quran menjelaskan sejarah besar sebuah keluarga yang dilahirkan oleh Siti Sarah dan Siti Hajar di samping Hawa isteri kepada Nabi Adam alihissalam yang membina asal usul bagi bangsa yahudi dan arab.
Saya adalah anak ke tujuh menurut kelahiran di dalam bilangan adik beradik yang perempuan dari jurai suku emak yang satu-satunya anak perempuan kepada aruah ibunya, Tiami binti Sulit. Manakala anak perempuan saya Siti Hanan menduduki bilangan ke sepuluh dari jumlah keseluruhan bilangan cucu-cucu perempuan yang dilahirkan oleh anak-anak perempuan emak saya (Hajjah Nafsiah binti Salleh).
Saya (paling kanan) bersama Hanan (paling kiri) bersama mak wannya (di tengah) |
Anak-anak lelaki wajar diberikan pengetahuan tentang mahram yang perlu diberikan perhatian untuk ditanggung penanggung jawabannya.
Mereka wajar mengetahui siapakah wanita dan perempuan mahram.
Ahmad Mustaqim bin Harith, Ahmad Hilman bin Harith dan Ahmad Muttaqin bin Harith adalah anak-anak lelaki saya. |
Mereka wajar memahami makna amanah untuk menggalas kepercayaan wanita mahram mereka yang memerlukan pembelaan.
Sebagai lelaki dan wanita muslim, pengertian ahli waris dan mengapa ahli waris dituntut pemeliharaan pengetahuan mengenainya sangat penting untuk di etikakan kepada anak-anak supaya perundangan syariah keluarga islam upaya dipelajari seawal mungkin.

Lantaran dunia mendapat pengaruh yang tidak terbatas oleh keruntuhan institusi kekeluargaan ummah itu perlu didenyutkan untuk persediaan berhadapan dengan pemanipulasian pendajjal.
Sifat pendajjal ialah berbohong.
Sifat ummah kepada saya ialah wajar berkata benar bagi menolak unsur fitnah yang ditimpakan ke atas dunia dan penghuninya.
Kita meletakkan adat resam dan budaya di tempat yang perlu bukan menolak dan membuangnya dari aktiviti kehidupan kita.
Ini bagi menjelaskan bagaimana terdapat segelintir masyarakat moden yang mahu membebaskan diri mereka dari rantaian keimanan.
Islam itu mudah tetapi bukan menjadikan kemudahan itu menyebabkan rasa keimanan hilang.
Tidak boleh menjadi muslim tanpa mahu bersembahyang.
Tidak boleh menjadi muslim tanpa mahu memelihara kehormatan menjaga kesucian jasad diri, fikiran, emosi serta rohani oleh tuntutan bertaharah di samping pemakanan dari sumber yang halal (bukan menjaga hanya khasiat dan jenis pengambilan dari sudut kuantiti dan kualiti makanan semata-mata).
Wanita-wanita muslim upaya membantu lelaki-lelaki muslim tidak melakukan dosa apabila mereka sedia memelihara cara berpakaian.
Al-Quran menyatakan wanita adalah sebahagian daripada isu-isu ummat.
Rasullullah sallallah hu alaihiwassalam menegaskan bahawa wajar ibu bapa memberikan agama sebagai keutamaan apabila mahu memilih calon menantu yakni ketika mahu memilih bakal isteri atau bakal suami kepada anak-anak.
Wanita adalah pelahir ummah dan mereka melahirkan generasi manusia yang wajar melahirkan insan-insan yang kamil.
Tatkala lelaki adalah penyumber kepada kelahiran ummah.
Tatkala lelaki adalah penyumber kepada kelahiran ummah.